barang penting

Assalamualaikum.

Bercerita mengenai hal penting, di masa hadapan, saya akan pastikan saya ada ofis saya sendiri di rumah..
Ofis saya tu walaupun kecik tapi mesti ada barang2 berikut,

  1. Printer
  2. Mesin potostat
  3. Mesin Fax
  4. table
  5. bookshelf
  6. stationary
  7. laminated
  8. binding machine
  9. bakul sampah
  10. whiteboard
  11. pc
  12. laptop/notebook
  13. calculator
  14. kerusi
  15. sofa
  16. internet
  17. tv
  18. radio
  19. hanphone
  20. talian tetap punya phone
  21. kertas A4
  22. kertas kajang
  23. sticky note
  24. notepad
  25. memopad
  26. marker pen
  27. perfume bilik
  28. ubat-ubatan a.k.a medicine kit
  29. cermin
  30. cermin mata yg *eagle eyes <-- demand kemain..wahaha atau yg transition pun ok
  31. et cetera
Haha...so cik Yati...pastikan anda memiliki gaji yang mencukupi untuk semua ni...sekian~~

cuti Raya campur cuti pertengahan semester

Assalamualaikum,

Cuti...cuti jugak...hadiah berupa assignment pun banyak jugak.
Susahnya nak buat keputusan balik rumah..bukan apa, rasanya untuk buat assignment ni better buat di rumah sewa lagi senang dan selesa tapi toto-toto perlu dibawa balik untuk dicuci.. kalau di bawa ke kedai dobi perlukan duit lah pulak, tambahan lagi takde transport.. kalau balik rumah dua2 problem settle..

Selain itu 'orang baru' nak datang rumah..hehe...cuba teka siapa????? wahaha.. bukan rombongan pinanglah..jangan risau..wahaha... sebenarnya Noor Anis Sofiya nak datang rumah...hehe... anak saudara saya yg pertama...harap2 ada la yg kedua, ketiga dan seterusnya..kihkihkih... Tahniah buat kakak saya a.k.a Yong dan abg ipar saya a.k.a Along... hehe...

Seronok pulak balik rumah kali ni.... mana tak nya,,,bila dah jarang balik, sekali balik mesti rasa seronok.. cuma sometimes ada cerita2 tertentu yg tak sedap didengar dan juga asap2 rokok dan juga habuk2 yg menganggu sistem pernafasan saya ni yg menjadi batu penghalang untuk balik rumah... takpe2.. think positif..balik ni survey dulu apa barang rumah nak ditukar nanti... satu hari nanti dah keje , dah ada gaji, bolehlah upgrade mana2 bahagian yg nak di upgrade...hehe Insyaallah kalau diizinkanNYa..

Oh ye.. semalam..eh malam tadi saya ada mimpi sedang beratur untuk amik wudhuk..kononnya masa tu ada kat Mekkah.. tapi barisan punyalah panjang... sekarang dah tak berapa ingat lagi dah mimpi tu... Agaknya saya ni dah teringin nak ke Mekkah kot.. Doakan ye wahai pembaca sekalian moga2 saya dapat menunaikan kewajipan saya untuk tunaikan Haji secepat mungkin... Rasanya saya perlu rujuk balik langkah2 nak buat haji ni... hadoi...dah byk yg lupa...ish ish.. psss.: doakan juga semoga saya berkemampuan untuk tunaikan kewajipan saya sebagai muslimah yg taat pada Allah juga yek..hihi

Oklah nak sambung buat assignment lagi ni... Doakan saya dapat siapkan semua assignment saya sebelum due date nya tiba yek... Sekali korang doakan.nanti berkali ganda Malaikat doakan kejayaan korang pulak..hehe..
Ok...Selamat Malam...Wsalam

baru ku perasan

 Baru ku perasan....

bila kerap sangat sakit benda yang sama, otak akan syorkan ubat yang sama juga untuk kita guna..bagi kes saya ,

batuk      : cari ubat batuk Hurix
selsema   : cari ubat selsema pil kat farmasi
sakit tekak : makan strepsil yg strong n vitamin c punya..
sakit perut  : seboleh-bolehnya nak minyak Afiat..kalau takde cari krim panas susu kambing..terbaru ni pakai     losyen mujarab je..
sakit pale    : cari bam tiger ..guna bam takdelah terasa ada benda mengalir kat kepala..
sakit kepala or migrain   : cari panadol

tapi...tu semua perlukan kos yang boleh tahan juga ler..so nak jimat pergi klinik 1 Malaysia sebab bayar singgit tapi kalau saya nak free saya pun pergilah klinik UiTM ...Jadi dah penat2 cari ubat, kene lah makan..jangan bazir pulak..mahal wo kos perubatan...kalau tak caya pergilah beli ubat sendiri...huhu
let me or allow me to fulfil my basic need first before fulfil my social need



sem 5

Selamat malam...

untuk semester 5 ini, aku dah mula menetap di rumah sewa yang terletaknya di puncak alam... dengan bayaran RM450 sebulan untuk rumah tu dibahagikan kepada 5 orang penyewa iaitu teman-teman sekelasku juga... rumah yang aku dapat tu adalah rumah baru yang belum pernah disewakan kepada sesiapapun...hmmm... kalau rosaklah dinding ke, peralatan apa-apa ker, kantoilah kitaorang..hehe...harap-harap untuk semestar ni, aku dan juga teman-teman sekelasku mampu menaikkan semula reputasi kelas kami yang merudum jatuh sem lepas..sekian...

rumah sewa

esok nak masuk rumah sewa baru..Isnin ni nak masuk kampus baru...azam baru nak lulus dengan kredit dalam sem yang baru..huhu...Moga Allah perkenankan~~

nothing at all


you say it best... when you say nothing at all..
same as me..
I say it best.. when I say nothing at all..

sapa tahu cara nak tag blogger lain dalam entry blog? ajarkan~~

sapa tahu cara nak tag blogger lain dalam entry blog? ajarkan~~

Answer here

BLOG PUTERI BERIBIRU: Komik Ini Boleh Menyesatkan Orang Islam Terutamany...

BLOG PUTERI BERIBIRU: Komik Ini Boleh Menyesatkan Orang Islam Terutamany...: Pernah dapat komik ni?? Aku dapat komik ni kat opis sebab salah sorang pakcik kat opis aku ni bagi aku baca untuk aku nilaikan isi komik ni...

pukal

Assalamualaikum dan selamat malam,

Hurm... PUKAL...malksudnya banyak-banyak <---translation aku sendiri..malas nak pergi buka kamus cari maksud sebenar.hihi..jangan kutuk paham!!

Sejak dari kecil lagi ayah dan ibuku suka beli barang secara pukal... mungkin disebabkan faktor anak perempuan yang ramai ( ada 4 orang) dan jarak umur yang dekat-dekat dan ditambah juga faktor kewujudan diskaun yang lebih banyak diberi apabila beli barang dengan banyak, ayahku suka beli barang secara pukal.

Beli barang secara pukal ni ada bagusnya, tapi aku tak tahu kenapa sekarang bila dah besar, aku pulak tak berapa berkenan beli barang secara pukal.
Antara sebab-sebab aku adalah,
1. barang yang terlalu banyak memerlukan ruang yang besar untuk simpan. Jadi, kira makan ruang rumah lah.

2. barang makanan pulak kalau beli banyak pulak, boleh rosak, kurang berkhasiat dan tak segar lagi.. lebih-lebih lagi orang yang menghidap penyakit resdung cam aku ni tak tahan makan makanan laut yang dah
berminggu dalam peti ais...mulalah gatal hidunglah, gatal matalah...uish..tu yg tak berkenan tu..kronik!

3. selain tu, hanya certain barang je yang sesuai dibeli secara pukal.. kalau barang tu cepat bertukar ganti takpela, tapi kalau barang tu lambat nak di turnover, tak payah lah beli secara pukal sebab nanti kualiti barang tu akan berkurangan.

Tapi tu semua hanya pada pendapat aku.. kalau pakaian, nak dibeli secara pukal lagi elok sebenarnya.. sebab kita ada banyak pakaian untuk disilih ganti setiap hari..hehe..takpun kalau dah 4 orang anak perempuan campur 1 mak, ha memang lah beli secara pukal lagi elok..haha.. MURAH
Jadi, pandai-pandai koranglah nak fikir mana barang yang elok dibeli secara pukal, dan mana yang tak.
Aku punya pendapat ni pun tertakluk pada jenis barang, jenis kedai yang korang pergi dan situasi masa nak beli barang tu. ehehe..

Kesimpulannya, berfikirlah sebelum membeli yek. Ok..sehingga bertemu lagi~~

bengang

Urgh!!!! bengang tul aku ngan manusia 2 orang ni!! nak gaduh janganlah gaduh depan aku..bikin aku stress aje.. nak teaching each another pun buatlah dengan cara yang berhemat.jangan melampau-lampau..dah tu sakitkan hati orang lain reti, tapi bila hati sendiri sakit touching gila parah... mangkuk ***** betul!!!  aku yang dengor tak sedap telinga, ikutkan hati mau aje hentam dua-dua skali..mujur iman yang ada menahan..

     Hai Ya Allah, jauhkanlah aku dari malapetaka ini..janganlah biar aku berdepan dengan peristiwa dahsyat ni lagi..cukuplah sekali dalam seumur hidupku..Amin~

Buat pasangan kat luar sana tu..kalau nak gaduh jangan melampau-lampau.. Kalau salah sorang buat salah, tegurlah dengan cara yang baik dan bukan dihadapan orang ketiga dan paling penting, belajarlah tutup keaiban orang lain..Diri sendiri tu pun bukannya perfect,, bukan ulul azmi pun...lagipun Sesungguhnya Allah benci golongan yang melampaui batas ni...



note: peace..aku bukan nak cari gaduh cuma nak luahkan rasa tak puas hati ngan manusia yang kurang budiman ni..

Kemalangan

Pada 9 Ogos yang lalu tanpa disangka-sangka aku telah menghadapi ujian dari Allah yang berbentuk kemalangan di jalan raya. Kemalangan tersebut berlaku sewaktu aku sedang memandu di atas sebuah jambatan yang berdekatan dengan Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah. Pada ketika itu, aku sedang memandu kereta kenari ayahku menuju ke tempat kerja ibuku iaitu Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah. Nasib tidak menyebelahi ku kerana di saat aku menunggu sebuah lori muatan panjang lepas berjalan sebelum aku bertukar ke lorong kiri (kerana kehadiran kon-kon penghalang jalan di laluan aku )tidak berhasil kerana kegagalan aku mengagak jarak selamat di antara kenderaanku dengan hujung lori berkenaan sehingga menyebabkan berlakunya sedikit geselan pada hujung kereta aku...huhu...seram sejuk gak aku masa tu..ish ish... oleh kerana aku risaukan kehadiran kereta di belakang aku yang semakin dekat, aku gagal untuk mengagak ruang yang selamat untuk lori tersebut berlalu pergi...

Inilah kesan yang ditinggalkan oleh peristiwa berkenaan..





Mujurlah aku dan ibuku tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal cuma aku jer yang berperang dengan masalah emosi dan fikiran kerana aku perlu berdepan dengan ayahku selepas itu.. Tuhan je lah tahu betapa kecutnya aku dan betapa sakitnya kepala aku nak pikirkan kos pembaikan kereta berkenaan..Walau bagaimanapun aku bersyukur kepada Allah sebab kemalangan di jalan raya paling tidak sekali akan berlaku kepada diri seseorang yang bergelar pemandu dan setidak-tidaknya kemalangan kecil yang aku lalui ini tidaklah seberat mana jika nak dibandingkan dengan kejadian kemalangan motosikal yang dihadapi oleh adik lelakiku 2 tahun yang lalu..

Pak cikku berkata kepadaku, " itu kemalangan biasa tanda nak dapat lesen keberanian berdepan dengan masalah-masalah yang wujud di atas jalan raya"..Walaupun aku tak mengerti sepenuhnya ungkapan beliau tapi aku sedar selepas melalui pengalaman ini, tahap kewaspadaan aku di jalan raya akan meningkat..hehe

Note: gambar lekuk di bahagian bawah bumper tu takde kaitan dengan kejadian kemalangan yang aku ceritakan di atas.. lekuk berkenaan wujud disebabkan kejadian kemalangan suatu masa lalu di mana adikku yang memandu kereta berkenaan..




Seremban

Pada  3 Ogos yang lalu, aku telah menemani kakak sepupuku outstation ke Seremban selama 3 hari 2 malam. Beliau merupakan pegawai MQA yang bertugas untuk memeriksa kualiti silibus yang disediakan oleh sebuah kolej yang terdapat di Seremban. Kami menginap di Hotel Royale Bintang yang memang mempunyai fasiliti dan servis yang bagus. Oleh kerana aku telah menduga bahawa aku pasti kebosanan sementara menunggu kepulangan sepupuku itu dari perjumpaan yang beliau hadiri, aku pun menghabiskan masaku dengan bermain game di facebook, membaca buku karangan Enid Blyton dan buat amal ibadah yang termampu di Bulan Ramadhan ini.

Untuk juadah berbuka pada hari pertama, sepupuku telah membelanja aku makan di Kenny Rogers Roasters. Berikut merupakan menu juadah yang kami jamah untuk berbuka. Sementara menunggu waktu berbuka, sempat aku tangkap beberapa gambar untuk aku jadikan kenangan sebab inilah pertama kali aku makan Kenny Rogers Roasters, sungguh aku tak tipu!!











Pada malam kedua pula kami berbuka di Chicken Rice Shop yang juga dibelanja oleh sepupuku..hehe...dia tahu aku ni penganggur sementara jadi dialah yang belanja aku makan..hehe...Malangnya waktu aku nak tangkap gambar makanan yang aku makan kat Chicken Rice Shop, bateri handphone aku habis pulak.. Jadi tak dapatlah nak tunjukkan makanan apa yang aku makan..hehe..Sebenarnya yang Chicken Rice Shop ni pun first time aku makan..kwang kwang kwang...hihi..

Walau apapun, sekarang aku dah merasa makan kat Kenny Rogers Roasters dan Chicken Rice Shop, tahniah aku ucapkan kat diri aku sendiri sebab dah berjaya keluar sedikit dari kepompong hidup aku..hehe dan terima kasih banyak-banyak juga aku ucapkan kepada sepupuku yang ku panggil Kak Nana kerana sudi menjemput aku mengikut beliau outstation dan juga membelanja aku makan kat luar.. Oh ye, makanan untuk sahur pula disediakan oleh pihak hotel tapi makanannya makanan biasa sahaja jadi tak perlulah aku ceritakan di entry ini..

Sekian.

kepada semua muslimin dan muslimat pembaca blog ini, aku ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan nak dekat separuh bulan ni rajin-rajinlah tambahkan amal ibadah dan semoga kalian bertemu dengan Malam Lailatul Qadar~~

berlebihan

Kasih sayang yang berlebihan mampu menjadi Racun yang Berbisa untuk anak-anak..
Pernahkah mereka terfikir perbuatan mereka melampaui limit?

Apa-apa pekerjaan pun mahupun makan andai BERLEBIHAN mampu merosakkan pemikiran kita, akhlak kita, hati nurani kita. Tidakkah mereka berfikir?

Would you rather play a team sport, or solo sport?

solo sport

Awak nak tanya sesuatu?

Gangguan syaitan, iblis dan jin

Selamat pagi para pembaca blog yang dihormati sekalian. Pagi ni saya nak ceritakan sedikit informasi mengenai syaitan, iblis dan jin.

Syaitan dan iblis merupakan musuh utama kita manusia yang memang telah dinyatakan dalam kitab Al-Quran kita,sementara jin pula ada di kalangan mereka yang juga merupakan saudara seagama dengan kita. Ini kerana di kalangan jin ada yang merupakan Jin Islam dan ada juga Jin Kafir.

Gangguan daripada ketiga-tiga golongan di atas tidak boleh dipandang ringan oleh kita manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T untuk beribadat kepadaNya. Pada mulanya saya hanya memandang enteng akan perbezaan yang wujud dalam ketiga-tiga golongan ini hinggalah beberapa tahun yang lepas. Pada mulanya saya hanya mengetahui bahawa hanya syaitan sahaja yang selalu turun padang mengganggu kesejahteraan manusia di atas arahan Jeneral mereka iaitu Iblis sehinggalah saya terbaca buku mengenai makhluk halus yang wujud di dunia kita ini. Antara golongan makhluk halus yang wujud adalah Syaitan, Iblis, Jin dan juga ingin saya kongsikan bersama bahawa Malaikat juga tergolong dalam golongan makhluk halus. Ha! Saya pun terkejut juga masa mengetahui berita ini. Tetapi setelah dicari-cari informasi lain, saya juga mengetahui bahawa Iblis itu juga sebenarnya merupakan golongan Malaikat yang telah menderhaka kepada Allah kerana keengganannya untuk memberikan penghormatan kepada Nabi Adam A.D.




"Iblis Membangkang.

Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah seperti para malaikat yang lain,yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah yang akan diberi amanat menguasai bumi dengan segala apa yang hidup dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam di dalamnya.Iblis merasa dirinya lebih mulia,lebih utama dan lebih agung dari Adam,karena ia diciptakan dari unsur api,sedang Adam dari tanah dan lumpur.Kebanggaannya dengan asal usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain,walaupun diperintah oleh Allah.

Tuhan bertanya kepada Iblis:"Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?"
Iblis menjawab:"Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia.Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur."
Karena kesombongan,kecongkakan dan pembangkangannya melakukan sujud yang diperintahkan,maka Allah menghukum Iblis dengan mengusir dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pd.dirinya hingga hari kiamat.Di samping itu ia dinyatakan sebagai penghuni neraka.

Iblis dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Tuhan itu dan ia hanya mohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat.Allah meluluskan permohonannya dan ditangguhkanlah ia sampai hari kebangkitan,tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu,bahkan sebaliknya ia mengancam akan menyesatkan Adam,sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari barisan malaikat,dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh jalan yang sesat,mengajak mereka melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang,menggoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh." - http://yudhim.blogspot.com/2008/07/kisah-nabi-adam-as.html


Maka setelah itu, Iblis pun merekrut (istilah saya sendiri) syaitan untuk turut sama turun padang menyesatkan manusia di bumi yang fana' ini. Hantu yang wujud si dunia ini juga sebenarnya adalah tranformasi syaitan yang ingin menakut-nakutkan manusia dan menyesatkan manusia. Jika diperhatikan, kesemua hantu yang wujud seperti yang ditayang-tayangkan dalam filem Melayu adalah hantu yang menyerupai manusia yang tidak sempurna akan fizikalnya. Ya! Allah memberikan keistimewaan kepada Iblis dan Syaitan Laknatullah akan keistimewaan menyerupai bentuk kejadian manusia tetapi tidak sesempurna manusia sebenar, ada yang tiada kaki, ada yang tiada badan  dan lain-lain. Keistimewaan ini tidaklah dapat ditandingi dengan keistimewaan makhluk halus yang lain yakni Malaikat kerana malaikat diberikan keistimewaan untuk menyerupai manusia dengan bentuk manusia yang sempurna seperti yang terdapat dalam kisah-kisah para Rasul dan Nabi.

Jin seperti yang telah diberitahu di atas terdiri daripada 2 golongan dan seperti manusia di bumi ini ada yang Islam juga ada yang Kafir. Mereka juga diciptakan Allah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan beribadah kepadaNya. Seperti manusia yang beragama Islam, mereka juga ada yang patuh dan ada yang enggan menurut perintah Allah dan melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah. Menurut sebuah buku yang bertajuk "Berdialog dengan Jin-diari seorang perawat" karangan Ustaz Abd. Majid Hassan, ada juga jin-jin Islam yang berperanan sebagai tentera melawan jin-jin Kafir juga jin-jin Islam yang memberontak melakukan kejahatan seperti mengganggu kesejahteraan manusia. ( sedikit selingan: ada juga diantara kita yang juga secara sedar mahupun tidak sedar mengganggu kehidupan jin-jin seperti menebang pokok sesuka hati tanpa mengetahui pokok tersebut merupakan rumah bagi jin berkenaan, terbunuh ular yang sebenarnya merupakan jelmaan jin mahupun terlanggar atau terpijak jin-jin yang sedang berehat- ini semua di luar kawalan kita kerana kita tidak mampu untuk melihat kewujudan mereka tetapi sebagai makhluk Allah yang sama-sama diciptakan untuk berkongsi tinggal di bumi ini, janganlah segan untuk meminta maaf di atas kesalahan kita walaupun kita tidak sedari- Selalulah beristighfar)

Antara jenis-jenis jin yang saya ketahui hasil pembacaan saya adalah jin asyik ( yang menyukai seseorang manusia sehingga mencuba untuk mendapatkan manusia berkenaan menjadi hak miliknya), jin saka ( jin yang pada mulanya merupakan kawan atau rakan kepada bangsa manusia pada zaman dahulukala yang ada diantara mereka membuat perjanjian dengan tok moyang kita untuk menjaga kita ataupun lain-lain kontrak yang hanya diketahui oleh mereka-mereka yang terlibat), dan jin Ifrit (salah satu bangsa jin yang cerdik yang memindahkan istana Ratu Balqis dalam kisah Nabi Sulaiman).

Ada di antara golongan jin-jin ini yang berkhidmat kepada manusia yang jahat yang ingin membalas dendam ataupun yang dengki terhadap orang lain. Mereka ini biasanya berkontrak dengan jin-jin berkenaan dah dihantar untuk menduduki tubuh orang yang dimusuhi mereka dan dalam kes-kes yang lebih melarat, keluarga musuh mereka juga akan mereka hantar jin-jin berkenaan dengan tujuan membunuh, menyakiti, mahupun mengganggu ketenteraman. Huh! Yang ini bolehlah korang kategorikan dalam mainan sihir. Sebabnya kebiasaanya yang mengamalkan sihir kita panggil tok Bomoh kan? Sihir mereka tu sebenarnya menjadi di atas bantuan-bantuan jin khadam merekalah. Ha! Jangan main-main. Ada juga golongan perawat yang memberitahu saya golongan jin-jin saka ni pun tak boleh buat main. Kebanyakan kita yang duduk di Asia ni, tak boleh nak mengiyakan diri kita ni tiada jin-jin saka kerana kita tak tahu nenek moyang kita ni ada jin-jin saka atau tidak. Ada juga tercatit dalam buku yang saya nyatakan di atas dimana ada di antara pesakit beliau yang tidak mengetahui mereka ada jin saka dan disebabkan pesakit tersebut ada memusuhi seorang hamba Allah yang lain, maka jin saka beliau telah menyerang hamba Allah tersebut walaupun tanpa arahan daripada pesakit tersebut. So, sebaik-baiknya untuk mengelakkan hal-hal ini daripada terjadi, maka sebaiknya korang janganlah bermusuhan dengan sesiapapun, kerana kalau nak diikutkan cerita tadi, hamba Allah tersebut juga mempunyai jin saka tersendiri. Maka terjadilah peristiwa Jin A menghentam Manusia B dan Jin B menghentam Manusia A. Payahkan kalau ini terjadi? Alih-alih yang sakit tubuh badan adalah Manusia A dan juga Manusia B.. Ish Ish.. Jadi pandai-pandailah korang cari ayat-ayat Al-Quran yang sesuai untuk menghalang gangguan-gangguan berkenaan dan juga doa-doa mustajab yang sesuai diamalkan untuk kesejahteraan kehidupan kita.

Untuk penutup kisah ini, saya ingin menyeru pembaca-pembaca blog saya untuk bersama-sama mencungkil ilmu sedalam yang mungkin mengenai sihir, jin, gangguan jin, syaitan dan Iblis dan cara-cara untuk merawat penyakit ini. Andai ada coretan saya yang mungkin terdapat salahfaham mahupun kesalahan dan kesilapan silalah beritahu saya  kerana ini adalah perkongsian hasil daripada pengalaman dan juga pembacaan saya yang lemah. Sekian.

Asyik

Selamat malam saya ucapkan kepada pembaca blog saya ini.. malam ni saya nak kongsikan dengan anda akan buah fikiran saya berkenaan perkataan Asyik..

Apabila saya terkenangkan perkataan asyik, secara otomatisnya akan terngiang-ngianglah di telinga saya akan lagu Amelina-Asyik...hehe bukan apa, dari lagu itulah saya tahu akan kewujudan perkataan asyik di dunia ini..masa tu saya masih lagi dalam peringkat sekolah rendah lagi..masih dalam kategori sedang mengumpul vocab untuk kegunaan dalam karangan di sekolah..

Apa yang best nyer tentang perkataan asyik ni? haaa..inilah yang saya nak ceritakan kepada anda sekalian..
Pada suatu hari saya bersama keluarga saya telah menziarahi keluarga pak cik saya yang tinggalnya di Petaling Jaya. Nak dijadikan cerita, pak cik saya ni jenis yang suka menasihati anak-anak saudara beliau tentang realiti kehidupan dunia dan akhirat. Saya ni pulak memang suka datang dekat dengan orang-orang yang sejenis pak cik saya ni, bukan apa, daripada sembang kosong lebih baik mendengar apa yang ingin disampaikan oleh pak cik saya ni.Pak cik saya berkata," Kita ni kalau nak berjaya dalam sesuatu pekerjaan, kita perlu buat pekerjaan itu disertakan dengan perasaan asyik sekali". Pada mulanya saya tak paham apa yang ingin disampaikan, tetapi setelah beliau memberikan contoh, "kalau kita nak belajar, kita perlulah asyik, kalau kita nak memasak,menulis, menaip mahupun apapun perbuatan yang hendak kita lakukan, perlulah disertakan dengan keasyikan supaya minat kita akan bercambah dan kita mudah untuk menerima mahupun membuat pekerjaan tersebut. Ini kerana kita telah meletakkan hati kita di peringkat suka melakukan perbuatan tersebut dan dari perasaan sukalah kita akan diberi petunjuk untuk terus melakukan perbuatan tersebut sehingga berjaya ataupun sekurang-kurangnya berpuas hati dengan hasil perbuatan kita tersebut".

Daripada cerita pak cik saya itu, saya membuat kesimpulan 'asyik' itu bolehlah disamakan dengan perkataan tekun dan juga fokus tetapi kerana keklasikkan bahasa pak cikku itu yang lebih gemar menggunakan perkataan asyik untuk dijadikan sebagai bahan nasihat kepada anak-anak saudara beliau..
Baiklah, sekian sahaja perkongsian saya pada malam ini. Sehingga bertemu lagi~~

Kamal Info : Sejarah Ayat Kursi

Kamal Info : Sejarah Ayat Kursi

Berita Semasa : Port Dickson Bandar Tentera Darat

Berita Semasa : Port Dickson Bandar Tentera Darat


dalam jalan-jalan di blog orang dan laman web rasmi, saya baru tau akan hal Port Dickson adalah Bandar Tentera Darat..dahsyat2x

4 perkara yang perlu dijaga

4 perkara yang perlu dijaga

  1. Mati
  2. Sakit
  3. Seteru
  4. Sahabat
1. Aku mengingati mati selalu tapi aku kurang membuat persediaan untuknya...<--- tak bagus
2. Aku kerap sakit- selsemalah, gatal matalah, sakit tekaklah, migrainlah, sakit perutlah,demamlah tapi aku cepat2 cari ubat sebab nak sembuh.....<--- bagus
3. Seboleh-bolehnya aku cuba untuk tidak bermusuh dengan sesiapa terutama Syaitan, oleh itu aku selalu amalkan membaca A'uzubillaaahiminash syaitho nirrajim...<--bagus
4. Aku tak pandai nak berkawab rapat dengan sesiapa. Selalunya aku lebih suka bersendirian..<--tak bagus

score: 2/4.. hmm...aku kena berusaha lagi untuk memperbaiki diri sendiri nampaknya..

....pelupa?

Salam. sejak cuti bermula, lama aku tak update blog. Bila tak online macam2 cerita nak dikongsikan bersama tapi bila dah duk depan Laptop, haprak, idea tak muncul menjelma..Selain tu, malas pun ada gak, biasalah aku manusia biasa..hehe..

Kali ni aku nak citer pasal hati ayam. Dalam sem 4 degree yang baru ku tempuh sebulan dua yang lalu, aku telah dikhabar oleh sahabat aku bahawa hati ayam boleh menyebabkan penyakit lupa datang menginap kat kepala kita. Aiseyh..masa dia bagitau aku pasal berita tu, aku baru jer nak amik hati ayam goreng kat warung makan kegemaran aku. terbantut usaha aku nak amik hati ayam tu..tapi takpe aku simpan info yang dia bagi tu dalam2. Bukan apa, memang aku akui aku memang suka makan hati ayam yang digoreng. Bolehlah kalau korang nak kategorikan hati ayam sebagai makanan favorite aku selain peria goreng..hehe...lagipun aku tak terdaya nak menyangkal info yang dia bagi tu, sebabkan penyakit lupa aku semakin menjadi-jadi dalam tempoh kedewasaan aku ni.. sampaikan aku naik kecewa ngan tahap ingatan aku..

Makan kismis untuk kuatkan  minda? bukan aku tak nak makan.. tapi ada syarat2 yang perlu diikut kalau nak mujarab seperti makan 7 biji sekali makanlah, tak boleh makan lebih2lah..aisey, aku ni buat kismis jadi kudapan kalau benda tu ada depan mata..so tak berapa menjadilah kesimpulannya..

makan tempe? aku memang suka makan tempe...tapi mungkin sebab aku makan tempe aku tak lupa langsung...kalau aku lupa langsung, bergelaplah blog aku nih..hihi..

Oklah, hari dah larut malam. Aku pun nak tidur. Sok nak kerja.kerja apa? kerja sementara kat taska je..hihi..sajer testing bakat jaga budak..hihi..aku harap korang tak lupa nak tinggalkan komen atau jejak kat blog aku ni ek..bukan pe, bolehlah aku follow blog korang bila aku punya masa lapang..hehe..ok..wassalam

Petua Belajar « kerdipanbintang

Petua Belajar « kerdipanbintang

Cuti Ulangkaji datang lagi~~

selamat bertemu kembali wahai para pembaca. Wah,,,best nyer~~ hari ini dengan rasminya cuti ulang kaji bermula bagi seluruh warga UiTM untuk level diploma dan juga degree...best..best..
Hmm..ni saya nak share tarikh-tarikh keramat saya yang akan menjelang tak lama lagi.
27/4/2011   Rabu   OPM544    9pg -12 tengahari.
30/4/2011  Sabtu   OPM545    9pg -12 tengahari
3/5/2011    Selasa  ECO556     2.15-5.15 ptg
6/5/2011    Jumaat OPM546     8.30-11.30 pg
10/5/2011  Selasa  FIN 548      9pg -12 tengahari

Doakan saya lulus yek kawan2 (^_^)..saya pun doakan untuk kalian juga~~

*****************************************************************************
Sepetang bersama Kak Fyda dan anak2nya ( Fauzan dan Farhan)

Petang tadi kami berempat telah selamat menuju ke Tasik Seksyen 7 yang letaknya di dalam Shah Alam juga berdekatan dengan UiTM Shah Alam. Rancangan untuk berjogging telah di atur sejak hari Khamis yang lalu. Alhamdulillah program untuk berjogging bersama kakak sepupu dan anak2 buahku telah pun selamat berjalan dengan lancar sekali. Kami sampai di tasik tersebut sekitar pukul 5.15 petang dan kami berada di sana sehinggalah pukul 6.40 petang kalau tak silap ( tak tengok jam pun masa tu)..Usai berjogging dan minum petang, kami pun bertolak pulang di mana Kak Fyda menghantarku kembali ke kolej dan kemudian mereka perlu menuju ke destinasi yang berikutnya iaitu tempat kerja Abg Lan ( suami kak Fyda). Terima kasih aku ucapkan kepada Kak Fyda yang sudi mengajak aku berjogging yang peluang ini memang aku nanti-nantikan dari awal semestar lagi..hehehe..Alhamdulillah, dengan izin Allah tercapai jugak hasrat aku nak berjogging dan buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ku ke Tasik Seksyen 7, Shah Alam.. Love Allah soooooo much..hehe..wow!!!

kesan 'Papa to Musume no Nanokakan' kepada saya~

Selamat malam wahai pelawat blog ini..

          Malam ni saya rasa sangat bermotivasi selepas menonton cerita Papa to Musume no Nanokakan. Ceritanya mengenai pertukaran badan di antara seorang ayah dengan anak perempuannya. Hmm..idea cerita ini agak sama dengan movie Freaky Friday yang saya pernah tonton sebelum ini tapi saya enggan untuk membandingkan prestasi kedua-dua cerita ini kerana saya tetap berpendapat kedua2 cerita tersebut sangat bagus untuk ditonton untuk seisi keluarga. Ini kerana, melalui penceritaan di dalam kedua2 dua cerita ini, saya mula mengerti akan perasaan ayah dan ibu saya untuk membesarkan saya dan adik-beradik saya. 

         Memang saya akui setiap anak pasti akan berdepan dengan masalah terhadap ibubapa mereka. Tak kiralah masalah itu muncul masa kita masih bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, sebelum kahwin mahupun selepas kahwin. Malahan saya sendiri pernah menghadapi masalah dengan kedua ibubapa saya tetapi Alhamdulillah, mujurlah Allah menunjukkan saya jalan keluar untuk masalah saya dan ditambah usaha saya meletakkan diri saya di tempat kedua ibu bapa saya, akhirnya saya mampu untuk menangani perasaan huru-hara saya terhadap kedua mereka. 

        Melalui cerita Papa to Musume no Nanokakan, saya sangat teruja dengan sikap positif yang ditunjukkan oleh Koume dan papanya. Koume, walaupun masih lagi bergelar pelajar sekolah tapi dengan sikap aktif dan positif thinking nya, dia berjaya untuk membuatkan rakan-rakan sekerja papanya untuk berusaha mencapai kejayaan walaupun telah dicampakkan ke bahagian yang diabaikan oleh pekerja-pekerja elit sehingga membuatkan mereka berdepan dengan masalah kurang motivasi dan kurang produktif. Papa Koume pula, walaupun agak sukar baginya untuk menerima perubahan anak perempuannya ke arah dunia dewasa, tetapi akhirnya dia memahami untuk menjadi pelajar sekolah di zaman sekarang ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh oleh setiap ibubapa. Banyak perkara yang perlu ibubapa fahami sebelum membuat keputusan bagi pihak anak-anak mereka seperti cara pembelajaran anak-anak mereka, rakan-rakan anak mereka, elaun untuk perbelanjaan anak-anak mereka, cara hidup mereka, cara mereka berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya mereka dan juga cara mereka berfikir dalam hidup mereka.Jadi selepas Papa Koume bertukar badan dengan Koume, akhirnya dia sedar mengapa terdapat halangan dalam hubungan beliau dan anak perempuannya. Kita pula, sebagai penonton, cuba letakkan diri kita dan ibubapa kita dalam watak-watak cerita tersebut.Seterusnya lakukan critical thinking, adakah kita akan melakukan perkara yang sama seperti apa yang mereka lakukan dan adakah kita akan berjaya dalam setiap tindakan yang kita ambil?

         Melalui cerita ini juga saya juga sedar bahawa tidak semua yang kita rancang akan menjadi, sebagaimana kegagalan yang dihadapi oleh kekasih Koume dalam membuat jaringan goal, kegagalan Koume dalam mendapatkan kepercayaan ahli-ahli lembaga pengarah untuk project Rainbow Dream yang papanya sedang usahakan dan juga kegagalan papa Koume dalam menjawab peperiksaan akhir bagi pihak Koume. 
"when we become adults, many unfortunate things may happen to us, and it's not winners or wealthy people who are the greatest. It's those who try their best, and fight on with all their might, they are the greatest."-Koume

Daripada ayat di atas, saya juga terfikir ayat yang seakan-akan  membawa maksud yang hampir serupa tapi tidak sama seperti

  1. bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah
  2. jika kau fikirkan kau boleh, ko hampir boleh melakukan, jika kau fikirkan ragu-ragu usahamu tidak menentu
  3. jika kau fikirkan kemenangan kau hampiri kejayaan, jika kau fikirkan kekalahan kau hampiri kegagalan.
  4. orang yang kaya tak semestinya hidup senang, orang yang miskin pula tak semestinya hidup susah
  5. orang yang sentiasa menang tidak akan mengerti akan nikmat kemenangan tetapi orang yang pernah jatuh dan bangkit semula, sangat memahami nikmat kejayaan dan kemenangan
       Ayat tersebut juga membuatkan saya berfikir mengenai kewujudan segelintir pelajar yang meniru semasa mengambil ujian mahupun menduduki peperiksaan pasti tidak akan merasa nikmat kepuasan terhadap keputusan yang mereka perolehi kerana mereka sendiri juga sedar itu bukanlah usaha yang boleh dibanggakan oleh diri mereka sebaliknya bagi insan yang benar-benar berusaha tetapi masih temui kegagalan dan masih berterusan berusaha yang akhirnya menemui kejayaan pasti akan benar-benar berasa bangga dan berpuas hati dengan hasil usaha mereka. 

       Saya juga sangat berpuas hati dan hormat kepada Kenta-senpai yang menghormati Koume sebagai seorang gadis yang baik dan seorang remaja lelaki yang boleh diharapkan..hehehe..memang cocoklah Koume dengan Kenta-Senpai,,wah suka saya!! <--ter'over sikit..hehe

      Jadi, bagi keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan apa yang saya dapat daripada cerita Papa to Musume no Nanokakan. Bagi saya, itu sudah cukup untuk saya terus berfikiran positif untuk meneruskan cabaran peperiksaan yang bakal menjelang tak lama lagi..Oh ye, lupa nak bagitau, esok akan bermulanya cuti ulangkaji bagi pelajar-pelajar UiTM. Oleh itu, saya mengucapkan 'SELAMAT BERCUTI dan SELAMAT MENGULANGKAJI kepada SELURUH PELAJAR UiTM dan JAGA DIRI BAIK-BAIK yek..hehe

     Baiklah, sampai di sini sajelah entry saya untuk kali ini, sehingga bertemu lagi dan terima kasih sebab sudi membaca post saya..
Sekian..

death people

Selamat pagi, 
Pagi ni aku nak ceritakan mengenai pengalaman aku bermimpikan kematian lagi~~
Pada mulanya aku mimpikan saudara kandungku yang meninggal dunia tetapi masih belum dikapankan lagi. Pada waktu itu, kami berada dalam kenderaan (UNSER) di mana ayahku bertindak sebagai pemandu kereta berkenaan. Tapi benda yang paling tak best adalah aku(bersama seorang lagi saudara kandungku) yang dikehendaki menjaga jenazah itu daripada terjatuh dari tempat duduk penumpang ( mentang-mentang itu mimpi aku, aku yang kena jaga..adeh..dah lah aku ni penakut bab-bab jenazah ni..ish ish ish) di sepanjang perjalanan yang aku sendiri tak tahu ke mana arah tuju yang ayahku nak bawa jenazah berkenaan ..Al kisah bermula apabila di dalam kekalutan menjaga jenazah itu daripada terjatuh ditambah pula dengan kerisauan jenazah itu bangun semula, boleh pulak aku ditinggalkan sendirian untuk mengawal keadaan..yang lagi sorang tukang jaga tu pergi duduk kat seat belakang sebab ketidakselesaan untuk menunduk dalam kenderaan tersebut. Selepas teman aku tu ke belakang, boleh pulak jenazah tersebut bergerak-gerak dan bangun daripada pembaringan.Part ni yang aku tak suka..jenazah tu nak keluar dari kereta tu tapi aku tak bagi.hish memang nak kena setan-setan ni sebab berlakon jadi family aku dalam mimpi- tengah-tengah berperang ngan jenazah tu sampai dicakar-cakar tetiba mimpi bertukar ke arwah pak cikku pula, pelak dia memang ku lihat pelik persis gaya jembalang yang pernah memasuki tubuh badan seseorang yang aku kenal. Pandangannya memang tajam tetapi aku tidak fokus ke mata dia sebaliknya aku fokus macammana nak halau jembalang itu sambil mulutku membaca ayat suci Al-Quran yang aku masih ingati ketika itu (bulat mata dia bila aku baca Al-Fatihah dan Ayat Kursi). Kebiasaannya aku memang akan terjaga dari tidur segera tetapi kali ini agak berbeza kerana aku cuba untuk psycho jembalang berkenaan yang menyerupai arwah pak cikku..dan antara percaya ngan tak percaya, untuk menghalau jembalang berkenaan dari mimpi aku, aku cuma tanya kat dia antara kau ngan jembalang yang lain sapa lagi kuat, gara-gara enggan menjawab soalan aku itu jembalang itu terus hilang dari mimpi aku,dan akhirnya mimpi aku terus berhenti takat di situ sahaja dan aku pun terus terjaga dari mimpiku itu..Aneh, tapi itulah mimpi yang aku mimpikan malam tadi. sajalah aku kongsikan kat sini sebab aku tak tau nak citerkan kat sapa lagi..
ok.sekian sahaja dariku setakat ini..sehingga ketemu lagi~~

happy Birthday to me

Allah selamatkan saya,
Allah selamatkan saya,
Allah selamatkan pemilik blog ini,
Allah selamatkan saya......

hehe.. jangan marah..saja suka-suka wish untuk diri sendiri..

lagu sekolah menengah..

Lagu sekolah menengah aku....dari Form1 sampai Form 5..

Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor Darul Ehsan.

ILMU SINAR HIDUP

Berdiri megah warisan bangsa,
Dengan semangat bersatu padu,
Rela berkorban untuk pendidikan,
Demi kejayaan nusa.

SMRP lambang kemegahan,
Jasa guru tetap dikenang,
Dikau cahaya penerang jiwa,
Ilmu sinar hidup kita.

Kami semua bersumpah setia,
Pada bangsa dan juga agama,
Rukun negara asas panduan,
Mencapai cita Malaysia.

Ciptaan: Cikgu Kaharudin b. Mohd Yusof

lirik lagu sekolah kebangsaan

Bila masuk alam sekolah rendah, aku sekolah pagi, petang dan juga tengahari. Apa? tengahari?.haha..maksud aku, waktu tengahari sebelum pergi sekolah petang, aku akan pergi belajar mengaji Al-Quran di rumah Pak Cikku. 

Ni aku nak post kan lirik lagu sekolah kebangsaan aku. SK (2) JALAN MERU,KLANG.

Sekolah Kebangsaan 2, Jalan Meru Kelang.
Menjadi lambang pendidikan.
Mendidik anak bangsa.
Pelbagai kaum bersatu padu,
Mencapai cita-cita murni.
Pelajaran kunci kejayaan.
Itulah yang diutamakan.

Berbakti, Berjasa, Berdisiplin dan Berdikari.
Berbudi pekerti pada semua insan.

Sekolah Kebangsaan 2, Jalan Meru Kelang.
Menjadi lambang pendidikan
Menuju kejayaan..

lirik lagu sekolah tadika aku dulu-dulu

Kemajuan masyarakat itulah teras utama kita,
Membela bangsa membangun negara agar maju dan jaya.. 
Berinsiatif, berdikari, membentuk jiwa hati nubari
bersih, cekap, amanah diri,
Semoga hidup bererti...
Ayuh bangsaku bangunlah bersama 
tampilkan diri kemuka..
Turuti segala rancangan kita dengan azam semangat waja


p/s: aku suka nyanyi~~

Team Building March 2011 (edisi pertama)

Bermula hari Sabtu pukul 6.30 pg, pelajar-pelajar jurusan Pengurusan Operasi telah berada di Perkarangan tempat letak kereta berdekatan dengan Pusat Inovasi UiTM , Shah Alam. Penggerak bagi Program Team Building adalah pelajar-pelajar kelas BM2244L ( kelas aku ler tu). Program Team Building tersebut hanya melibatkan pelajar semester 1,2,3 dan 4 Ijazah Pengurusan Operasi sahaja. Program tersebut dibuat adalah untuk mengeratkan hubungan pelajar-pelajar OPEMS singkatan bagi Bachelor in Operations Management Society. Kehadiran pelajar-pelajar adalah bolehlah dikatakan menggalakkan. Terdapat 12 kumpulan telah ditubuhkan dan setiap kumpulan mempunyai ahli seramai 6-7 orang termasuk fasilitator. Aku menjadi fasilitator bagi kumpulan ke-empat ( second time jadi fasi hehehe) dan ahli kumpulan ku telah menamakan kumpulan kami dengan nama Merong Maha Perkasa..wahaha..pengaruh daripada cerita Hikayat Merong MahaWangsa..hehe

Selepas pembahagian kumpulan, sarapan dan briefing mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan, kami semua diarahkan untuk masuk ke dalam bas untuk menuju ke Dataran Merdeka. Di situ setiap kumpulan diberikan makanan tengahari dan aktiviti pertama iaitu LDK ( latihan dalam kumpulan) dibuat. Setelah selesai kami bermain game BOM MENGEBOM..hehehe..

     Caranya setiap kumpulan mesti pilih 1 nama negara dan selepas itu, setiap 1 kumpulan perlu mengebom bom yg lain..hehe.. kumpulan aku gunakan nama En**and dan kumpulan lain-lain gunakan nama negara yang lain, contohnya Ch**a...Nyanyikan lagu ni beramai-ramai dengan rakan sekumpulan,
       En**and bom, En**and bom, En**and bom to Ch**a Bom,                    dan kumpulan Ch**na perlu menyahut atau membalas nyanyian tersebut kepada kumpulan lain dan begitulah seterusnya. mana-mana kumpulan yang gagal menyahut atau tersalah sahut akan disqualified hinggalah tinggal 2 kumpulan yang tinggal dan kedua-dua kumpulan tersebut akan dianggap pemenang. kumpulan aku menang beb..hehe..

Kemudian game yang kedua adalah Explorace. Untuk game ni setiap kumpulan diberikan modal RM30 untuk tambang dan juga Kad Check Point untuk dicop oleh penjaga check point.Ketua pasukan dikehendaki pergi ke penjaga check point pertama untuk dapatkan tugasan yang pertama iaitu Crossword puzzle. Bila dah siap baru dapat klu untuk ke check point kedua iaitu KL Sentral.

Di situ, group aku dikehendaki menjawab 3 teka-teki tapi malangnya hanya 1 je yang betul dan kami dikenakan penalti tunggu 10 minit sebelum diberi klu check point yang seterusnya. Oh lupa nak kasi tau, setiap 1 kumpulan diberi 10 kotak air mineral dan 10 bungkus tisu untuk dijual sepanjang explorace berjalan dan kumpulan mana yang berjaya settle kan semua task dan mengumpul keuntungan jualan paling tinggi akan menjadi pemenang dan mendapat hadiah wang tunai RM 100. Pemenang kedua RM70 dan yang ketiga RM50 manakala kumpulan yang lain akan diberikan hadiah saguhati berupa hamper yang boleh tahan jugak besarnya..hehe..Sepanjang tempoh penalti tersebut ahli kumpulan aku mengambil kesempatan untuk menjualkan produk-produk yang ada kepada orang yang terdapat di KL Sentral tapi AWAS!!! rupa-rupanya DILARANG MENJUAL MAKANAN DI DALAM KL SENTRAL... nasib baik kumpulan aku tak kena tangkap, nak buat cemana,dah terjual baru diberitahu bahawa tak boleh dijual di dalam bangunan..haha..10 minit berlalu, kami diberikan klu tempat seterusnya adalah di Little India.

Ada 2 tugasan yang perlu disiapkan di Little India (check point ketiga) iaitu membuat rantai daripada benang nilon dan juga bunga tanjung dan yang kedua nyanyikan lagu 'rasa sayang eh' tapi ditukarkan ke 'rese seyeng eh' plus dalam mulut ada ais batu yang tidak dibenarkan hisap ataupun terjatuh..hehe..sweet sangat memori itu...haha....

Selepas selesai di check point ketiga, check point yang keempat adalah di Central Market. Berjalan kaki kami dari Little India ke sana, tapi memang syok..hahaha.. Kat Central Market kami ditugaskan menjual 3 bungkus ABC kepada pengunjung Central Market dan juga merakam video foreigner yang menyebut 1 MALAYSIA atau MALAYSIA BOLEH.. pandai-pandailah mereka kena tarik perhatian foreigner untuk melakukan tugas tersebut..hehe..

Last check point adalah di tingkat 5 bangunan Times Square. Untuk ke sana kami gunakan Putra LRT ke KL Sentral( tak larat nak jalan kaki dah) dan kemudian bertukar ke MONORAIL ke Imbi. Usai itu, kami mencari penjaga check point  tersebut dan diberi 3 bungkusan gula2 untuk dijual dan kami juga dikehendaki tangkap gambar yang mempunyai 3 kaum yang berbeza ( 1 MALAYSIA lah konon-kononnya..hehe).. selepas berjaya kami pun melaksanakan solat zohor di sana dan berpatah balik ke KL Sentral menggunakan MONORAIL..

Jam menunjukkan pukul 3.58 ptg selepas kami check out dari Monorail. Kami diarahkan untuk tunggu di bus stop setentang dengan pintu keluar Monorail. Game dijadualkan tamat pada pukul 4.30 ptg tapi kami tamat awal..jadi kenalah tunggu kumpulan-kumpulan lain datang ke bus stop tersebut. Selepas tamat game Explorace itu, kami pun pergi ke Impian Country Resort di Ulu Langat dengan menaiki Bus yang disediakan.
( to be continue)

****************************************************************************
Sampai di sana kami dihidangkan dengan bunyi deruan air sungai yang mengalir, bunyi unggas dan juga bunyi kanak-kanak yang juga tinggal di situ untuk berkelah dengan ahli keluarga masing-masing. Memang best!! tambah-tambah lagi, aku sendiri dah pernah datang ke situ semasa aku mengikuti kem motivasi untuk anak-anak TNB masa aku di bangku sekolah lagi.. Kami diberi masa untuk berehat dan bersedia untuk aktiviti malam. Kami berjemaah di surau yang memang siap sedia ada di situ. Selesai berjemaah solat Isyak, kami mendengar sedikit syarahan motivasi dari empunya Country Impian Resort sementara menunggu makan malam disiapkan. Setelah itu, kami meneruskan dengan aktiviti malam di mana kami bermain dengan game Investment. Cara nak main agak sukar untuk aku jelaskan di sini so kalau nak tau kena tunggu aku dapat hidayah cemana nak terangkan..hehe..selepas bermain, kami diberi lagi minuman dan makanan ringan waktu malam sebelum menuju ke khemah yang disediakan untuk tidur..
Pada pukul 6.20 pagi, kami beramai-ramai menunaikan solat subuh secara berjemaah dengan diimamkan oleh  Talha (salah seorang peserta ). Kemudian kami berkumpul untuk aktiviti senaman pagi sebagai persediaan untuk jungle tracking dan juga aktiviti tempuh halangan. Ok, untuk kedua-dua aktiviti tersebut memang lasak dan juga perlukan team yang bersatupadu. Aku ingin syorkan kepada kawan-kawan taekwon do aku untuk datang buat aktiviti oudoor kat sini..memang best wa cakap sama lu~~
Sebagai ganjaran selepas berpenat lelah barulah kami dibenarkan untuk mandi sungai dan kemudian makan tengahari yang boleh tahan sedapnya..hehe...

Ni la antara gambar-gambar untuk team building kali ini..




Selepas siap berkemas barang-barang dan khemah, kami berkumpul semula untuk aktiviti penyampaian hadiah..kemudian kami pun bertolak balik..huhu..

SukaHatiAkuNakTaipMende: Tutorial Untuk BLog

SukaHatiAkuNakTaipMende: Tutorial Untuk BLog

Wawasan 2020

bendera berkibar di angkasa
lambang negara gagah,
rakyat sepakat sehati sejiwa,
tekad berbakti dengan megah,
hadapi cabaran masa muka,
penuh tenaga murni,
bakti dicurah searah sehala,
dengan wawasan yang suci.

wawasan meningkat kemajuan
tiada lagi kepincangan
kemewahan rata dirasai
bersama kita nikmati

WAWASAN 2020 satu pandangan jauh
bukan impian malah kenyataan
bersama kita jayakan...


*************************************************************************
hrmm.... teringat pulak aku dengan lagu ni sampai boleh tulis semula lirik tanpa mana2 rujukan.(maaflah kalau ada tersalah tulis lirik..huhu..saya cuma insan biasa)
Masa zaman sekolah dulu selain lagu Sekolah dan Negaraku, lagu ini pun akan turut dinyanyikan beramai-ramai di tapak perhimpunan sekolah. Dulu, masa nyanyi, aku tak paham sangat pun liriknya, tapi bila dinyanyikan semula pada waktu sekarang aku mula memahami lirik lagu ini. Wawasan 2020... entah akan tercapai atau tidak.sekarang ni dah tahun 2011..entahkan sempat atau tidak untuk merasakan tahun 2020..hehe

nak tahu? dulu zaman-zaman sekolah memang aku suka lagu-lagu patriotik ni. Mungkin disebabkan tarikan guru-guru muzik aku yanng hebat-hebat, aku masih suka dengar lagu patriotik ni. terima kasih Cikgu Putri, Cikgu Majid, dan cikgu Dzohirudin..hehe..walaupun pelik tapi ketiga-tiga mereka telah berjaya membuatkan aku suka dengan subjek Pendidikan Muzik. Moga lebih banyak lagu-lagu patriotik diputarkan di radio kerana mesejnya bagus-bagus.

rakan sekelas diploma meninggal dunia

Semalam selepas maghrib saya mendapat berita dari rakan-rakan yang menyatakan salah seorang dari sahabat kami telah meninggal dunia. Takziah buat keluarga Emma Suzila di atas kehilangan ahli keluarga mereka. Khabarnya allahyarhamah meninggal dunia pada pukul 7 pagi dan sebab kematian adalah sakit asma.Wallahualam..

Emma Suzila (1989-2010) Semoga rohnya di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin..

Kalau girl jadi pandai, boy jadi apa?

       Sudah termaktub dalam kitab Al-Quran bahawa menuntut ilmu sangat dituntut dalam Islam dan ianya tidak terkecuali untuk kaum Hawa. Kita juga tahu bahawa Kaum Adam dilahirkan sebagai seorang khalifah di atas muka bumi ini, tetapi golongan Adam yang benar-benar berjihad untuk menjadi khalifah sejati masih lagi tidak seramai mana.Objektif untuk menuntut ilmu masih tidak menjadi keutamaan bagi sesetengah golongan kaum Adam di muka bumi ini. Pernah juga aku diperdengarkan dengan kata-kata," perempuan zaman sekarang ni pandai-pandai belaka, susah nak deals dengan mereka". Pelik juga aku mendengar kata-kata mereka. Tidakkah mereka menyedari, jika kaum Hawa sudah semakin pandai, tidakkah mereka terpukul dengan cabaran untuk menjadi LEBIH pandai daripada kaum Hawa tersebut?

      Kata-kata ini bukan kata-kata sindiran yang ingin aku ketengahkan pada entry aku kali ini, sebaliknya aku ingin menyeru kepada kaum Adam agar maju lebih ke hadapan agar tidak kecundang dengan kaum Hawa..Sepandai manapun kaum Hawa ranking kami tetap di bawah kalian.Syurga isteri tetap terletak pada suami dan itu fakta yang tidak dapat disangkal kerana ianya telah ditetapkan Allah sebagai Pencipta Alam Semesta. Lagipun, lelaki yang berilmu tinggi akan tinggi juga sahamnya bukan saja di dunia malahan di akhirat juga. Jangan jadikan sehelai sijil sebagai penghalang anda untuk terus menuntut ilmu kerana definisi ilmu terlalu luas dan terlalu banyak di muka bumi ini. Pandai bertukang, pandai menebang, pandai menyusun, pandai berkias, pandai mengaji dan tidak semua jenis kepandaian ini akan diiktiraf dalam sehelai kertas.

    Jadi jangan mengalah dan jangan berputus asa untuk menuntut ilmu..Semoga anda lebih terdorong dan lebih termotivasi untuk terus menuntut ilmu, dan ingatlah "Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?".

   Akhir kata, Selamat menuntut ilmu.
********************************************************************************
sentiasa ingat bahawa sesungguhnya Dia Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.. Sentiasalah basahkan lidah kita dengan menyebut Al-Hakim dan Al- A'lim..

Lelaki Berbaju Biru



best buku ni..saya bagi 4 bintang..

Nama-nama kegemaran saya

Setakat ni, saya sangat suka dengan nama-nama berikut:

Aisyah
Aiman
Balqis
Borhan


wahaha...
rasa cam sejuk jer sebut nama-nama ni..

Andai aku mangsanya..(simpang malaikat 44)

Penderaan kanak-kanak, Gangguan sex terhadap kanak-kanak....

Perkara itu memang menjadi faktor utama yang mampu untuk menuntut jiwa remaja ke arah terpesong.
Mangsa jenayah itu pasti akan berdepan dengan tekanan perasaan yang jika tidak dibantu akan mengundang padah yang berbahaya.
Kebanyakan kursus-kursus motivasi remaja yang aku pernah sertai memang memandang tinggi akan hal-hal yang berkaitan dengan masalah ini, tetapi mereka sekadar menyuarakan cara-cara untuk mengelakkan masalah ini.
Jika adapun sangat sedikit bilangan mereka yang menceritakan apakah perkara yang perlu dilakukan oleh mangsa-mangsa jenayah ini. 
Fikiranku menerawang dan cuba meletakkan diriku jika aku di tempat mangsa jenayah tersebut. Apa yang AKU lakukan?


a) aku akan melaporkan hal ini kepada saudara mara terdekat tetapi jika pemangsa tersebut memang merupakan saudara terdekat, macam mana nak laporkan? 
b) ceritakan hal tersebut kepada rakan sebaya. Hmmm, ketika bersahabat mungkin rakan tersebut prihatin dengan kita tetapi jika sebaliknya, permusuhan melanda ikatan persahabatan tersebut, adakah sahabat tersebut akan menjadikan hal sensitif itu sebagai satu senjata untuk menyerang dan memalukan diri aku?
c) mendiamkan diri. Mungkinkah dengan langkah mendiamkan diri akan menyelamatkan jiwa aku dari memberontak?

Akibatnya..
adakah aku akan menjadi manusia yang sukar untuk mempercayai orang lain?
adakah aku akan membenci lelaki akhir zaman membuta tuli?
adakah aku akan menghadapi tekanan perasaan yang melampau?


Aku sendiri tidak tahu akan jawapannya. Tetapi aku berharap semoga kepercayaan mangsa jenayah tersebut terhadap Allah sebagai Pencipta Alam tidak akan terputus. Semoga mereka mengetahui Allah tidak akan menduga seseorang hambanya jika hambanya itu tidak mampu untuk menanganinya.
Akhir kata, aku doakan agar mangsa-mangsa jenayah tersebut menjadikan peristiwa pahit itu sebagai benteng daripada terjebak dengan masalah sosial yang semakin meruncing dari hari ke hari..

Semoga Allah merahmati kalian..

******************************************************************************
nukilan terhasil daripada CRITICAL THINKING aku yang tidak berapa kritikal.huhu

Kematian

Semua yang hidup pasti akan mati.
Andai aku mati,
aku berharap kematianku akan mengakhiri sebuah permusuhan
dan
bukannya memulakan sebuah permusuhan.

Andai aku mati,
aku tidak mahu ada di antara mereka yang menziarahiku
atau menguruskan jenazahku berasa gentar atau takut melihat jenazahku,
Sebaliknya,
mereka ku harap merasa belas kasihan dengan jenazahku dan memberikan kata-kata semangat kepada mereka yang aku tinggalkan.

Andainya aku mati,
aku mahu keluargaku redha dengan pemergianku,
aku mahukan keinsafan menyelinap ke dalam hati dan sanubari mereka,
agar mereka lebih dekat dengan Allah, Pencipta Seluruh Alam.
agar mereka menyedari kematian tidak memandang umur, harta, pangkat mahupun ilmu pengetahuan.

Akhirnya,
Andainya aku mati,
aku tidak mahu sesiapapun merasa dihantui dengan pemergianku,
Ya, aku sedar, selama aku hidup,
aku sendiri sentiasa dihantui ketakutan kepada perkara yang tidak sepatutnya ku fikirkan.
Oleh itu, amatlah aku harapkan agar tiada sesiapapun yang dibayangi oleh ku
setelah aku pergi...

******************************************************************************
Note: nukilan ini tercipta setelah mendengar khabar kematian seorang jiran yang umurnya lebih muda dariku..

sem depan awak kena pindah kampus puncak alam tak?

sem depan awak kena pindah kampus puncak alam tak?

Answer here

kalau disuruh tangkap kucing atau tikus, mana yang awak lebih prefer?

kalau disuruh tangkap kucing atau tikus, mana yang awak lebih prefer?

Answer here

the follower

Archives

networked Blogs