Kenali Saya

Dilahirkan pada 24 Mac 1989.
Anak kedua daripada 5 orang adik-beradik.
Mendapat pendidikan di :
      1)Tadika KEMAS SG. Pinang Dalam, Selangor
      2) Sekolah Agama Rakyat Al-Fallah Batu 2 1/2, Jalan Kapar -darjah 1-6
      3) Sekolah Kebangsaan (2), Jalan Meru, Klang -darjah 1-6
      4) Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang - Tingkatan 1-5
      5) Sekolah Tinggi Klang - sebulan jer untuk STPM
      6 ) UiTM Perlis - diploma
      7) UiTM Shah Alam & UiTM Puncak Alam- 2012
      8) kakak kerani-kini

Sangat suka menghayati dan menikmati alam sekeliling kerana prinsip hidup saya adalah 'Jangan biarkan diri anda menyesal'.


Saya sebenarnya menulis blog ni saja untuk tambahkan ilmu pengetahuan mengenai dunia blogger.. Mula-mula tu saya berniat nak tulis ala-ala kongsi ilmu berkenaan something, alih-alih saya tulis macam diari saya pulak..kekeke..akhirnya saya taram jelah buat gaya penulisan macam-macam..orang Inggeris kata variety lah katakan..chewah..hehe..

Hobi saya masa kecik-kecik dulu adalah membaca buku dan menonton televisyen. Masa tu saya suka baca buku cerita teladan, cerita misteri dan cerita klasik..best sangat..sebabnya saya boleh berimaginasi saya berada sekali dalam buku tu... Dulu saya ni jenis budak yang suka bersendirian. Saya lebih gemar duduk kat ceruk buat aktiviti sendiri. Lagipun saya ni bukan anak kesayangan orang tua saya jadi saya lebih suka bawa diri sendiri ke dalam dunia saya sendiri. Kalau bab menonton televisyen pulak, saya memang suka sunggug-sungguhlah sampai ayah saya kata tv tu boyfriend saya..kihkihkih.. kalau sapa2 on televisyen pasti saya yang dituduh sebagai orang yang on televisyen dan sekaligus menjadi penyebab rumah tak berkemas..sampai begitu sekali giannya saya tengok tv dulu..hehe..macam-macam ceritalah saya tengok. Cerita kartun, cerita melayu, cina, tamil, hindustan dan inggeris.. masa tu citer korea tak wujud lagi dalam dunia saya..bila dah masuk zaman sekolah menengah baru start ada..hehe..Sekarang pulak kedua-dua hobi utama saya tu dah tak menjadi hobi lagi..tinggal kenangan sahaja. Sebabnya kerana terlalu banyak sekatan yang terpaksa saya lalui sampai saya give up nak sambung membaca buku cerita dan menonton tv.. Jadi, sekarang saya cuma membuka laptop untuk mengisi masa lapang saya. tengoklah sama ada, main game ke, yahoo messenger ke, facebook ke, myspace ker, friendster ke, blogger ker, maintenance komputer ke, download ke atau tengok movie online..hehe..

end of 2013
*********************************************************************************

beginning of 2014

Hello

Tahun ni berumur 25 tahun!
Alhamdulillah! panjang umur saya.. masih diberi kesempatan untuk bernafas dan melakukan amal ibadat dan aktiviti di dunia ini.
Rezeki tahun ni? Hmm... gadget baru..Galaxy Grand Duos... (boleh upload post dengan lebih mudah)
Sesuatu yang ingin dikejar tahun ni? AHAH!! nak kawen~~ ooopsss...haha... gurau je..  sebenarnya nak tambah skill.. setakat ni rancangan nak belajar Perakaunan... masih dalam proses pertimbangan nak amik LCCI, CAT-ACCA, STPM (Perakaunan), atau kelas tuisyen Akaun sahaja.


Alhamdulillah, sejak 29 Oktober 2012 dah jadi kakak kerani di sebuah agensi Badan Berkanun. Masih lagi berkhidmat sehingga kini. Dah banyak juga menimba pengalaman dan menambah kenalan-kenalan baru. Pe'el diri pun banyak juga berubah seiring dengan pengalaman pahit manis yang ditempuh.

Harapan: Nak buka kedai Alat Tulis suatu hari nanti, nak jadi Suri Rumah Tangga Sepenuh Masa dan Penyelia kedai separuh masa...nak habiskan masa berkualiti dengan famili..(In Shaa Allah)

Itu sahaja setakat ini,
Jumpa lagi



























Tiada ulasan:

the follower

networked Blogs