Surat untuk kesayanganku..

Kepada kesayanganku, tahukah engkau akan berat sangat hatiku untuk meluahkan..tetapi engkau tetap memberikan aku rasa sebak kerana tidak mampu menghadapimu. Tahukah engkau, aku juga punya cita rasa sendiri yang perlu dihormati. Tahukah engkau, jika terdapat sebarang perbezaan pendapat tidak bermaksud hanya satu sahaja yang benar. Tahukah engkau, aku sudah penat untuk mengharungi hidupku?? Apakah engkau mengerti akan hatiku dan perasaanku yang amat sensitif terhadap kata-katamu? Aku tidak berupaya untuk berdendam lama-lama denganmu kerana sudah sebati di dalam diriku bahawa setiap insan pasti akan melakukan kesalahan dan kesilapan kerana kekurangan yang terdapat pada insan tersebut, Tetapi aku juga tidak betah untuk terus berkecimpung dalam dunia peraturanmu kerana aku juga perlukan privasiku untuk diriku sendiri. Aku tidak suka diherdik, difitnah oleh siapa-siapa walaupun mereka yang rapat dengan ku. Mungkin sudah sebati dengan diriku untuk terus menghayati setiap perkara yang berlaku di hadapanku, kerna HAYATI itulah nama yang telah diberikan kepadaku. Mungkin engkau kerap melihat aku tersenyum tetapi engkau tidak tahu sebagaimana banyaknya aku tersenyum begitu jugalah aku menangis mengenangkan setiap perkara di sekelilingku. Aku bukanlah insan yang kuat untuk memegang seluruh bebanan sebaliknya aku hanya sekadar pembuka jalan atau penerus kepada usaha-usaha yang ku kirakan mampu untuk aku lakukan. Aku juga bukanlah terlalu berani untuk mengambil segala risiko sebaliknya aku menunggu masa yang sesuai bagi melakukan tiap-tiap sesuatu. Oleh itu, janganlah kamu menganggap aku serba tidak tahu kerana sekali aku letakkan hatiku untuk melakukan sesuatu aku pasti akan melakukannya bersungguh-sungguh walaupun hasilnya tidak semegah mana. Aku cuma mencari kepuasan hidup dan juga ingin melihat akan kekuasaan yang Esa sebagai Pencipta dimana aku akan cuba memahami akan isi tersurat dan isi tersirat yang disediakan olehNya. Fahamilah, akan diriku. kerana jika engkau berusaha memahamiku maka aku juga akan turut berusaha untuk memahamimu. Sekian.

Kad Pelajar + Ramadhan + kerinduan..

Bulan 7,8,9.....wah sudah masuk bulan keriga aku di UiTM Shah Alam menyambung pengajianku dalam bidang Operations Management.. Akhirnya hari ini dapat juga aku mengambil kad matrik ku yang baru minggu ini diwar-warkan sudah siap..Alhamdulillah..Aku masih lagi diberi peluang untuk mengumpul kad pelajar dalam simpanan ku selain kad pengenalan diri ku..hehe.. poyo jer..hehe

Hmm...Dalam bulan Puasa nih, banyak juga amalan ibadah yang tidak mampu ku kejar..sedihnya..rupanya aku masih tak cukup kuat untuk melawan nafsuku.. haiyo...moga aku sentiasa cuba untuk memperbaiki situasi ku ini.. dan moga aku masih sempat untuk menambahkan lagi amalan ku di akhir Ramadhan ini..

Hmm...dalam kejauhan dari rakan2 tersayang, membuatkan aku rindu pada mereka termasuklah si dia yang kerap masuk dalam mimpi-mimpi ku.. huhu ( tak tau kenapa dalam ramai2, dia yang selalu masuk. apa kelebihan dia???) Wahai rakan, rindukah kalian pada ku.. Bagaimanakah keadaan kalian di sana? Baikkah atau sebaliknya.. Walau bagaimanapun keadaan kalian, cekalkanlah hatimu rakan kerna hidup di dunia memang lumrahnya penuh dengan pancaroba.. Moga kalian kuat untuk mengharunginya... Pesanku buat kalian, Moga kalian berbuat pekerjaan niat kerana Allah supaya kalian juga dapat menambahkan jumlah kredit dalam akaun akhirat kalian..

Doaku sentiasa buat temanku yang menyayangiku seikhlas hati dan kerna Allah Taala...

the follower

networked Blogs