awak suka bising atau suka senyap?

awak suka bising atau suka senyap?

Answer here

awak suka pisang goreng or goreng pisang?

awak suka pisang goreng or goreng pisang?

Answer here

Kenapa soalan kat formspring ni kita tak leh like?

Kenapa soalan kat formspring ni kita tak leh like?

Answer here

Semakin sibuk

Kebelakangan ini aku perasan aku bertambah sibuk dari hari ke hari.. Ini semunya gara-gara 'gap exam' yang mulanya jauh-jauh dan semakin dekat..dekat  dan dekat.. huhu.. 'target' nak study subjek lain sekali harung semasa berada dalam 'gap' yang panjang tetapi haram, tak larat den nak buat..huhu.. Setakat ni first paper baru saja lepas, itupun aku dapat hidayah daripada Allah untuk pergi study kat bilik kawan 2 hari sebelum paper start..masa tu barulah aku sedar, selama ini yang aku baca tak banyak yang melekat..adeh~~tetapi berkat perbincangan dengan kenalan ku itu, aku berjaya juga bersihkan mindaku dan belajar dengan cara yang betul dan Alhamdulillah 'paper' pertama berjalan dengan lancar 'even' ada sikit2 kesalahan yang tak dapat dielakkan..

Hmm.. bolehlah nak dikatakan minggu ni dan minggu depan aku asyik berkepit dengan buku 'even' aku tak tahu aku pegang buku ker, aku pandang buku ker, aku baca buku ker, aku jawab latihan ker  waaaa~~  banyak peringkat sebenarnya study ni..aku ni jenis yang akan ambil tahu 'general knowledge' mengenai sesuatu tajuk dulu baru kemudiannya 'deeply go in the topic. But that way does not really help me until I pretty sure I wasting my TIME'!!!! Setiap subjek punyai cara 'study' yang berbeza tetapi aku masih belum mengetahu cara belajar untuk subjek QMT( 'paper' kedua) lagi.. Aku mulakan dengan 'review' latihan2 yang pernah aku buat dan mula buat 'past year question'.. harap betullah cara aku 'study' ni..

Ok selepas tamat kesibukan 2 minggu 'final exam' ini, minggu berikutnya aku akan menyibukkan diriku dengan persediaan majlis perkahwinan kakak aku pula. Harap sangat aku pandai mengawal emosiku nanti.. Al-maklumlah 'stress exam' belum lepas lagi kan..huhu.. nanti dah 'settle' 2 minggu majlis tu nanti, aku akan bertolak ke Arau pula ke UiTM Perlis untuk menyertai acara konvokesyen...Sekarang ni aku dengar Arau banjir. Aku harap warga Arau tabah menghadapi musibah banjir di sana. Risau jugak aku kalau ada pihak yang tak bertanggungjawab mengambil kesempatan banjir untuk buat projek yang salah seperti mencuri ke, atau apa-apalah yang salah.. Moga Allah melindungi mangsa-mangsa banjir dari kejadian-kejadian yang tidak diingini.

Tamat je minggu 'final exam', minggu majlis perkahwinan kakak aku dan majlis konvokesyen nanti, Insyaallah aku akan pergi bercuti pula nanti.. tempatnya aku rahsiakan dulu.. Tak sabar rasanya nak pergi bercuti tambahan cuti semestar pula dari 15 Nov- 2 Jan 2011.. wah..lamanya aku cuti nanti..Kena rancang program untuk cuti pulak nanti.. wakaka..bz kan? hehehe..takpe, 'even' bz pun kalau hati gembira dan tenang maka segalanya akan berjalan lancar, Insyaallah. Moga aku sentiasa berada dalam keadaan yang sihat untuk menjalani hari-hari ku kelak..

the follower

Catatan Popular

networked Blogs