Balik umah

Jadual ku hari ini adalah balik umah. Training Taekwondo ku terpaksa ku tinggalkan. Hatiku memberontak untuk pulang ke rumah..Fikiranku agak runsing dalam 2-3 minggu ni. Alhamdulillah, dalam pukul 5 lebih aku selamat tiba di rumahku. Begitu gembira hatiku melihat ahli keluargaku. (berapa banyak 'ku' da...)

Di dalam bas, ada sepasang suami isteri yang agak berumur, ku kira pangkat atuk dan nenek bagi diriku.Nenek tersebut kelihatan agak lemah dan ternyata sepanjang perjalanan beberapa kali dia telah muntah. Tetapi aku begitu kagum dengan kecekalan hatinya untuk menunaikan solat zohor. Nenek tersebut telah menunaikan solat zohor di dalam bas! aku betul2 terkejut... hehe
First time aku tgk seorang wanita yang menunaikan solat dalam bas.Malu jugak aku dibuatnya. Mana tak nya, dulu masa sekolah ada jugak aku belajar cara2 solat dalam kenderaan bergerak, solat ketika sakit, solat ketika musafir tapi disebabkan tiada aplikasi dalam kehidupan seharianku, akhirnya aku lupa cara2 nak buat perkara tersebut.. hehe rugi..rugi..
Bermula 2 sem lepas, aku telah diajar kembali oleh Kak Manissah cara nak menjamakkan solat.
Sepanjang perkenalan aku dengannya,banyak ingatan dan ilmu dunia dan akhirat yang aku dapat darinya. Sayang kak Manissah...

Sebelum menaiki bas,sempat jugak aku membeli majalah Al-Islam. Aku tertarik dengan kisah Natrah yang terdapat dalam majalah itu. Sungguh! aku benar2 rasa terharu dan sedih apabila membaca kisah si Natrah ini. Ku kira semangat Melayu Islam sangat kuat pada zaman dahulu. Sekarang, anak muda hanya pandai bercakap tapi kurang bertindak. Natrah yang telah dimurtadkan menangis-nangis tidak rela untuk diKristiankan,tetapi anak melayu zaman sekarang (yang terlibat sahaja) beria-ria untuk dimurtadkan.Dunia..Dunia. Aku bermohon kepada Tuhan agar aku dan mereka yang aku sayangi jauh dari peritiwa murtad ini.Amin.

Selain kisah Natrah ada jugak kisah Facebook yang bertajuk AWAS:FACEBOOK DIGUNA UNTUK BUNUH RAKYAT PALESTIN dan juga kisah ISA MASIH RELEVAN?. tapi kedua-dua kisah tersebut aku tak baca lagi kerana aku tak boleh baca buku dalam kenderaan yang bergerak. nanti sakit kepala..hehe
Jadi aku tak boleh nak komen pasal kedua-dua kisah tersebut..

Angin!

Aduh!..aku angin betul dengan sepasang suami isteri ni.. Punya lah aku sanjung dan hormat kat depa dua sebelum ni ( al maklumlah depa pun ada anak sebaya aku yang jadi teman main waktu kecik-kecik dulu) tapi malangnya depa cari pasal ngan keluarga aku.. Dunia..dunia.. Tu lah orang tua-tua kata buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Pasni aku tekad aku akan pastikan pertolongan yang akan aku hulurkan kepada orang lain, tidak aku harapkan balasan dari mereka supaya aku tak sakit hati bila mereka cari pasal ngan aku..Huh!.. Tak berbaloi rasanya aku buat baik ngan anak depa time kecik-kecik dulu.. SAKIT HATI aku ni bila fikir mengenai perangai pasangan suami isteri tersebut kepada keluarga aku (fokus utama diberikan kepada Bapa aku).. Aku pernah baca buku yang berkisarkan mengenai hukuman di alam kubur..Seram aku nak fikirkan balasan yang akan dikenakan kepada mereka-mereka yang buat kesalahan di dunia yang fana ini..Tambahan pula bagi yang guna cara sihir untuk jatuhkan orang lain, memang teruk padahnya..
Aku doakan mereka berdua sempat bertaubat lebih-lebih lagi bulan Ramadan yang mulia bakal tiba dan aku doakan masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang Paling Diredhai Allah...

Korang jangan terkejut dengan kata-kata aku ni..sebab aku ni sebenarnya keras hati..
Pak cik aku kata orang rambut tegak memang cam tu...Hoho

ADA UBI ADA BATAS, ADA HARI BIAR TUHAN YANG BALAS!

p/s: nasib baik ada blog, boleh aku curahkan perasaan aku kat sini..hihi

*aku sakit hati.

Demo

Akhirnya masa yang ditunggu telah tiba..kami group ACTC GTF dipanggil untuk membuat persembahan setelah kumpulan Silat Cekak Malaysia selesai. Fuh! gabra giler..walaupun ni bukan first time aku buat persembahan tapi gabra tu still ada lagi..Aduhai.. Kali ni aku buat persembahan, aku perlu pecahkan papan. First time ni pecahkan papan! Masa tumbukan pertama aku gagal untuk memecahkannya tapi dengan tumbukan padu untuk kali ke dua, YES! berjaya!!!!. Syukur Alhamdulillah.Aku gembira sangat aku dapat pecahkan papan walaupun ketebalannya setengah inci sahaja..hahaha..takpe Permulaan je tu..coming soon aku akan cuba pecahkan papan lagi dengan pelbagai teknik pukulan dan tendangan dan juga dengan pelbagai jenis ketebalan papan..hehehe( berangan lagi aku ni).
Selain personal defense, aku juga perlu buat sparring dengan rakanku iaitu Hidayati ( junior tapi dah red tip).Lawan punya lawan, tendang punya tendang akhir sekali bila aku cuba untuk buat chopping kick, PUP! aku terjatuh..licin lah pulak lantai kat MUSHROOM ni!!..takpe2 cover malu beb.. ni bukan first time aku jatuh..dah second time.. kira dah ada pengalaman jatuh lah ni..kurang malunya..hehehe

Bukan aku sorang je yang kene pecahkan papan tapi ada lagi member2 ku yang lain yang turut serta memecahkan papan masing-masing. Aku rasa lega kerana semua papan berjaya dipecahkan..Hidup pemecah Papan!!!..hehehe

Selepas buat demo, aku pun meronda gerai-gerai jualan yang ada. Aku ni bukan pandai membeli pun..sekadar tengok2 bolehlah.. orang lain sibuk tengok baju dan makanan, aku sibuk mencari NIPS kegemaranku kat kedai Roti di mushroom..hehe. GIla NIPS..

Akhir sekali, aku pun menyinggah gerai coursemate ku..singgah untuk sembang-sembang..hihihi..

Disebabkan kakiku sakit dan tanganku pedih, aku pun buat keputusan balik kolej. Esok ada training lagi.Sir Azim kata, esok training nak kasi buang 'karat' yang bersemadi dalam diri kami sejak cuti semestar aritu..hehe
teruklah aku esok..waaaa...takpe2. minat punya pasal.aku akan cuba menghadirkan diri untuk training esok..
Ok lah.Sekian sahaja dariku..

Training Demo

Malam tadi punyalah lama aku duk tunggu budak2 datang..aisey man..boring betul..nasib baik bawa ear phone..boleh aku pasang radio..best gak dengar radio kat court tenis yang sunyi sepi malam tadi. Takdelah sunyi sangat sebab ada je student2 yang lalu kat belakang court tenis tu ha.

Setelah semua yang patut sampai telah sampai, kami pun mulakan latihan dengan diketuai oleh presiden kelab kami sendiri (first time agaknya dia conduct kelas training ni)hehe.. ok jugak lah.

Kami telah sepakat menyusun semula kedudukan kami semua dan banyak idea2 yang muncul apabila ramai orang ni. Betullah seperti kata orang-orang tua, Sepakat membawa berkat. Akhirnya kami telah berjaya membuat set untuk demo pada malam ini.
Harap sangat demo malam ini menjadi dan mendapat penghargaan dari pihak-pihak tertentu.






-Gabra jugak nak buat demo malam ni-

Training ACTC GTF

Malam tadi telah berlangsungnya Training pertama kelab ACTC GTF bagi semestar ini di gelanggang tenis UiTM,Perlis. Training yang kononnya bermula pukul 8.30 malam tapi hampeh sebab ramai senior datang lewat. Sedih jugalah hati ini kerana kurangnya komitmen dari member-member kelab ni untuk datang awal ( paling kurang pun datanglah sebelum Sir Azim datang), sekurang-kurangnya takdelah tebal muka aku dan Bruno ( presiden kelab) nak bersemuka dengan Sir dan junior-junior baru yang datang awal untuk turut serta dalam training malam ini..

Sepanjang waktu training memang suasana sangat meriah ditambah pula dengan kehadiran ahli yang bertambah di pertengahan training.Harap jumlah yang datang pada malam ini akan berterusan hingga tamat semestar ini dan bersambung pula untuk sem-sem hadapan. Memang menjadi hasrat kami ( MT kelab) untuk meramaikan lagi jumlah keahlian kelab ini. Lupa pulak nak khabarkan ada junior yang dah ada belt calit merah dan secara automatisnya aku pulak yang jadi junior..huhu
Tapi bagus jugak hal ini berlaku kerana bertambah lagi golongan senior belt dalam kelab ini.hehehe.

Malam tadi kami telah dibahagikan kepada 2 group ( satu group untuk buat demo dan satu lagi group buat Training biasa khususnya untuk budak2 baru dan member kelab yang tak dapat turut serta untuk demo FESKEM).Fuh! payah jugak rasanya nak Training untuk demo kerana waktu untuk Training sangat singkat tapi harap-haraplah demo yang kami buat dapat sambutan yang memuaskan dari penonton kelak. Apa tidaknya, kalau tahu dek Kak Manissah (presiden kelab sem lepas yang telah grad pada sem lepas) bahawa kami tak dapat meneruskan perjuangan dia pada semestar-semestar sebelum ni, teruk nanti aku nak jawab dengan dia.Al maklumlah, banyak jugak ilmu pengurusan yang dia turunkan kepada aku tapi ilmu tu semua hanya dapat aku kongsikan kepada mereka yang nakkan ilmu itu sahaja sebab aku ni tak pandai nak curahkan ilmu tepat pada masanya.Selalu sangat aku sampaikan ilmu aku pada orang yang salah dan pada masa yang salah.huhu

Di akhir training, kami telah diberi sedikit taklimat mengenai training akan datang dan persediaan yang perlu dibuat sebelum memulakan training. Semua ahli diingatkan datang awal untuk training akan datang dan bawa yuran kelab,gambar bersaiz passport, duit untuk tempahan uniform serta yang paling penting bawa air minuman untuk diminum sewaktu rehat..Kalau takde air mulalah gelabah nak balik cepat, kononnya haus. Maaflah kalau ada yang terkena.hihihi

Malam ini pula, training untuk demo akan berlangsung sama seperti malam tadi.Hanya mereka yang terlibat dalam demo sahaja yang perlu turun padang dan itu bermaksud saya juga perlu turun sekali pada malam ini(^^). Harap malam ini Training dapat berjalan dengan lancar dan mendapat keredhaan dari ALLAH Yang Maha Esa.Amin..

Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan saya berikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Training pada malam tadi. Tanpa korang semua, training malam tadi pasti akan jadi hambar.Tima kasih diucapkan sekali lagi. Buat Julianah yang tak dapat datang training malam tadi disebabkan ada test jangan risau kerana kehadiran anda dalam training seterusnya pasti dinanti-nantikan oleh member-member lain.

* aku suka training

Aku suka ayat-ayat nih!!

Aku suka ayat-ayat ni..

1) Kalau tak boleh terima semua, jangan tolak semua! (dapat masa join kem yayasan tenaga nasional)

2) Failing to plan is planning to fail ( dapat dari buku Business Driven Technology)

3) Setiap dari kita merupakan pemimpin dan kita bertanggungjawab dengan segala pimpinan kita! ( tak ingat dari mana sebab selalu sangat jumpa)

4) Pentingkan apa yang penting kerana yang penting itu LEBIH penting dari apa yang Kurang penting ( dapat dari adik aku tapi aku dah edit sikit)

*aku suka kumpul ayat

the follower

networked Blogs