minat hanya sekadar minat

Aku amat meminati Seni Silat, tetapi aku hanya sekadar berminat dan kurang berusaha untuk mengenalinya dengan lebih lanjut. Aku diberitahu, keturunanku juga merupakan keturunan pendekar tetapi aku kurang pasti dengan berita tersebut. Apa kan daya, Ayahku memberitahuku, dulu ramai saudara-daudara lelakinya yang mempelajari ilmu silat sehingga bergelar Guru, tetapi tidak diteruskan kerana keuzuran tubuh badan dan juga tiada yang mahu meneruskan rantaian tersebut di dalam keluargaku. Mungkin ada saudara-saudaraku yang jauh masih meneruskan ilmu persilatan tetapi seperti yang ku katakan mereka sangatlah jauh dariku..

Jika aku lelaki, pasti akan ku turutkan kemahuanku untuk mempelajari ilmu silat, tetapi disebabkan aku perempuan, aku tundakan dulu hasratku itu. Biarlah aku mengenali salasilah keluargaku dahulu dan menyiasat apa itu silat sebenarnya. Hmm..
Aku bersyukur kerana walaupun bukan silat, tetapi aku suka berkecimpung dalam Tae Kwan Do. Walaupun aku tidak berminat dengan perlawanan yang dikatakan 'sparring' tetapi aku suka menontonnya. Mungkin satu hari nanti aku akan mengenali apa itu silat sebenarnya dan apa fungsi dan objektif sebenar ilmu itu diturunkan..

Cuti bermula

Akhirnya, dapat juga aku merehatkan mindaku daripada buku-buku semestar 5 yang ku kirakan paling berat buat diriku. Tambahan pula, ku rasakan diriku memang kurang persediaan sepanjang semestar 5 yang kini baru berlalu. Aku mengerti keputusan untuk semestar 5 yang paling diutamakan terutama ketika ingin membuat pertimbangan untuk memilih kursus sarjana muda akan datang, Tetapi, aku redha jika keputusanku merosot berbanding semestar lepas.Aku tahu kemampuan diriku dan aku bersyukur aku dapat menghabiskan semestar 5 tanpa menghadapi sebarang masalah emosi yang serius ( stress). Aku amat bersyukur dengan pertolonganNYA dan juga si dia yang selalu bersedia menjadi pesaing buat diriku dalam akademik..hehe..tetapi sem ni adalah sem terakhir dia sekampus dengan diriku..kelak, aku perlu mencari pesaing baru atau mungkin dia masih bersedia menjadi pembakar semangatku..

Sekarang aku berada di rumah, adik-adikku pula yang perlu berperang dia dalam peperiksaan SPM dan STPM. Aku doakan mereka dapat buat yang terbaik.. Bukanlah aku memaksa mereka untuk cemerlang dalam akademik, cuma aku pohonkan mereka berusaha sedaya upaya dahulu sebelum menyerah kalah.. Walau apapun, aku bangga dengan mereka (adik-adikku). Tanpa kalian, tak mungkin aku akan mendapat semangat seperti yang aku ada sekarang. Selamat berjaya!

tekanan berat

Kenapa aku seperti tak pernah belajar apa-apa? Ingatan semakin merosot. Aduh.. Boleh ke aku survive dalam perjuangan ini.. Masalah assignment yang simple menjadi gempak. Kenapa aku tak boleh selesaikan dengan tenang? Mungkin aku terlalu fikirkan perkara yang tidak perlukan perhatian dariku.. Ya Allah..bantulah aku.. Aku buntu..

the follower

networked Blogs