formspring.me

Awak nak tanya sesuatu? http://formspring.me/cenderakenari

apa sikap yang anda paling benci pada seorang lelaki/perempuan?

huhu..susah ni nak jawab..hmmm, saya tak suka orang yang mengaibkan atau merendahkan orang lain....sila hormati kelemahan masing-masing dan tolong tutup kelemahan orang tu dengan kelebihan yang ada pada diri kita..peace~~

Awak nak tanya sesuatu?

ahaha.. kenal sy tak ??

hehehe..malas nak jawab...hihihi

Awak nak tanya sesuatu?

sedang buat apa ???

sedang jawab soalan anda..kih kih kih...

Awak nak tanya sesuatu?

Hampir terjebak

Al kisah, petang tadi aku pergi ke Maybank yang terletak di bandar Klang untuk menguruskan hal peribadi. Sebelum melangkah masuk ke pintu bank, aku telah disapa oleh seorang abang ni, "dik dik tunggu jap, adik guna celcom tak?" saya jawab, "guna". "Maxis?"abang tersebut bertanya kembali, "Tidak", kata saya. "Digi?" Tambahnya lagi.. "Guna..guna.."saya jawab.. "Ok dik, ni nah abang bagi sim card FREE untuk adik",
Hah, sim card.. aku pun ambillah dan membeleknya. Abang tu pun tergesa-gesa meminta no phone aku dan aku pun terus beri tanpa fikir panjang.Owh, rupanya dia nak isi borang pendaftaran..abang tu minta ic untuk di fotostat..Aku pun bagilah.. sementara aku menunggu abang tu pergi fotostat, aku bertanya kepada akak yang berada di tempat itu, "ni pelan apa kak?" katanya postpaid..waduh..gawat nih.. aku tak mau,,nanti kene bayar bulan-bulan payah nih.. Abang tu suruh aku isi borang pendaftaran tapi aku tak isi sebab aku masih belum diberi penerangan mengenai sim card tersebut... lantas, aku pun masuk kedalam maybank untuk selesaikan urusan aku di sana. Setelah selesai aku pergi semula ke meja abang celcom tu.. agaknya dia pelik nape lah budak ni tak isi borang lagi..hihihi..lantaklah,, aku pun buat muka selamba tanya kat abang tu.." bang, ni celcom apa bang? kene bayar bulan-bulan ke?". abang tersebut barulah buat penerangan dan memberi contoh jumlah wang yang aku perlu bayar. malangnya, had penggunaan aku tidaklah sampai rm50 sebulan seperti yang abang tu target..wakaka..terima kasih kepada U.O.X yang menawarkan pakej yang murah sesuai dengan tarafku sebagai pelajar. Aku minta maaf kat abang tu sebab aku tak nak sim card executive plan PERCUMA dia tu. Dia masih tak putus asa dan cuba memujuk untuk aku mencuba dulu sim card tersebut.. Oh tidak..aku tidak mahu dibebani bill yang tinggi.. mana nak topup nombor celcom UOX, no DiGi ( no ni pun aku gilir2 topup dengan nombor celcom..nak terminate?..sayang, first number tuuuu), mana nak bayar celcom broadband lagi..plus..mana nak cekau handphone untuk simcard postpaid tu pulak..adeh..Nekad, aku tolak pujuk rayu abang tu.. Maaf bang, saya tak sanggup..huhuhu..Abang tu akur dan dia pun mengalah.. ok bang,saya balik dulu yek...minta maaf yek bang.. Aku pun cepat- cepat menuju ke kereta..Maha Suci Allah telah menyelamatkan aku dari terjebak dengan tipu helah abang celcom tu.. Memang lah sim card tu free TETAPI bayaran bulanan RM50( nasib baik tanya, kalau tak..) sapa nak tanggung bang oooi?? huhu..cukuplah apa yang ada ni, lagipun aku pun bukannya banyak menelefon..hihi..Aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang...lupa plak,tak solat jumaat ke bang oi?adeh...

Kepada encik promoter, janganlah anda tarik customer gaya cam tu..Kasi information yang detail dulu kepada customer anda, kelak nama company you yang teruk..

p/s: fixed line kat rumah aku yang free pun (pakej streamyx) aku tak tahu nak call sapa...

Cuti study week

Kali ini aku tak terasa sangat perbezaan cuti study week dengan cuti2 biasa sebab aku sememangnya berada di rumah bukan di kolej lagi..hehe

Berikut merupakan tarikh-tarikh keramat yang aku perlu ingat untuk final exam ni..
1. 31/10 - MGT533 di dewan Raja Muda Musa seksyen 7 (DRMM)  mana ntah tempat ni..luar UiTM pulak
    exam nyer..huhu
2. 6/11 - QMT 425 dewan kompleks sukan UiTM
3. 8/11 - OPM 534 di DRMM
4. 11/11 - OPM 533 di DRMM
5. 14/11 - OPM 535 di DRMM ( abang sepupu kahwin + ada majlis cukur jambul ada kawan sekolah)

harap sangat aku boleh lepas semua paper untuk sem ini.. penat woo smbg degree.. tak tahu lah pulak berat gaya ni..tapi takpe..Aku buat niat Lillahi Taala..Moga aku dapat kebaikan dariNya.. Doakan aku yek teman-teman..


Konvo untuk diploma masih lagi belum dipasti kesahihan maklumatnya..sekejap di Perlis, sekejap di Shah Alam..Harap2 aku dapat tarikh yg sesuai supaya keluarga aku dapat pergi..

the follower

networked Blogs