Asyik

Selamat malam saya ucapkan kepada pembaca blog saya ini.. malam ni saya nak kongsikan dengan anda akan buah fikiran saya berkenaan perkataan Asyik..

Apabila saya terkenangkan perkataan asyik, secara otomatisnya akan terngiang-ngianglah di telinga saya akan lagu Amelina-Asyik...hehe bukan apa, dari lagu itulah saya tahu akan kewujudan perkataan asyik di dunia ini..masa tu saya masih lagi dalam peringkat sekolah rendah lagi..masih dalam kategori sedang mengumpul vocab untuk kegunaan dalam karangan di sekolah..

Apa yang best nyer tentang perkataan asyik ni? haaa..inilah yang saya nak ceritakan kepada anda sekalian..
Pada suatu hari saya bersama keluarga saya telah menziarahi keluarga pak cik saya yang tinggalnya di Petaling Jaya. Nak dijadikan cerita, pak cik saya ni jenis yang suka menasihati anak-anak saudara beliau tentang realiti kehidupan dunia dan akhirat. Saya ni pulak memang suka datang dekat dengan orang-orang yang sejenis pak cik saya ni, bukan apa, daripada sembang kosong lebih baik mendengar apa yang ingin disampaikan oleh pak cik saya ni.Pak cik saya berkata," Kita ni kalau nak berjaya dalam sesuatu pekerjaan, kita perlu buat pekerjaan itu disertakan dengan perasaan asyik sekali". Pada mulanya saya tak paham apa yang ingin disampaikan, tetapi setelah beliau memberikan contoh, "kalau kita nak belajar, kita perlulah asyik, kalau kita nak memasak,menulis, menaip mahupun apapun perbuatan yang hendak kita lakukan, perlulah disertakan dengan keasyikan supaya minat kita akan bercambah dan kita mudah untuk menerima mahupun membuat pekerjaan tersebut. Ini kerana kita telah meletakkan hati kita di peringkat suka melakukan perbuatan tersebut dan dari perasaan sukalah kita akan diberi petunjuk untuk terus melakukan perbuatan tersebut sehingga berjaya ataupun sekurang-kurangnya berpuas hati dengan hasil perbuatan kita tersebut".

Daripada cerita pak cik saya itu, saya membuat kesimpulan 'asyik' itu bolehlah disamakan dengan perkataan tekun dan juga fokus tetapi kerana keklasikkan bahasa pak cikku itu yang lebih gemar menggunakan perkataan asyik untuk dijadikan sebagai bahan nasihat kepada anak-anak saudara beliau..
Baiklah, sekian sahaja perkongsian saya pada malam ini. Sehingga bertemu lagi~~

Tiada ulasan:

the follower

networked Blogs