Aku adalah Aku

Aku adalah aku walaupun aku tak tahu macam mana nak gambarkan diriku.. Allah mencipta manusia dengan pelbagai rupa dan ragam dan bergantung kepada manusia sendiri untuk mencorakkan dirinya.

Kasihi saudara seagamamu dengan niat kerana Allah! pasti dirimu akan merasai nikmat kasih sayang yang sebenar..

Aku pernah memiliki sahabat yang aku terima dirinya seadanya, malangnya sahabat-sahabat ku itu (2 orang tu)telah dan pasti pergi meninggalkan aku.. aduhai..mengapa aku sering tiada sahabat duniawi yang boleh aku bawa kemana-mana sahaja? pastinya jawapan untuk soalan ku itu perlu aku tanya kepada diriku sendiri..
Di mana kelemahanku? Di mana kekuatanku? Di mana kelebihanku? Aku pun tidak pasti di mana..hanya teman-teman ku yang sejati yang sudi untuk menegur dan membetulkan kesilapanku dapat memberitahu jawapan kepada soalan itu.. Aku berdoa moga sesiapa jua yang pernah menasihati diriku yang lemah ini dikurniakan Allah balasan baik yang tidak dapat aku berikan sendiri.

Aku........ aku sedar diriku hanya insan biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Maafkan atas kesalahanku.. Namun aku juga gembira dengan diriku seadanya kerana apabila kita mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan Ilahi kepada diri kita sendiri, pasti akan menenangkan jiwa kita..


Saja omong kosong..nak isi masa lapang..hehehe

sedikit perkongsian

"Bukan kita hidup mencari puji, bukan pula supaya kita paling atas di dalam segala hal. Meskipun itu tidak kita cari, kalau kita menjaga kebersihan, kita akan dihormati orang juga". Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: "Perbaguslah pakaianmu, perbaiki tunggangan (kenderaan) mu, sehingga kamu laksana sebutir tahi lalat di tengah-tengah pipi, di dalam pergaulan dengan orang banyak".

Allah s.w.t. menurunkan wahyu, memberi hidayah penuntun rohani dan jasmani agar keduanya tetap berfungsi dan terpelihara.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah pergi ke kuburan, lalu memberi salam : "Assalamu'alaikum Dara Qaumin (perkampungan orang mukmin) dan Insya Allah kami akan menyusul kemudian, saya ingin benar melihat-lihat saudaraku." Berkata sahabat: "Bukankah kami ini adalah saudaramu ya Rasulullah? "Ya, kamu adalah sahabatku, dan saudara-saudaraku yang belum datang kini." Sahabat kembali bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenal mereka yang belum datang kini dari ummatmu ya Rasulullah?" Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bagaimana pendapatmu jika seorang mempunyai kuda belang putih muka dan kakinya, ditengah-tengah kuda yang semuanya hitam, tidakkah mudah mengenal kudanya?" Para sahabat menjawab : "Benar Ya Rasulullah." "Maka itu ummatku nanti kelak pada hari kiamat bercahaya muka dan kakinya sebagai bekas wudhu, dan saya akan membimbing mereka itu ke Haudh (Telaga Syafa'at)"

Apa nak buat?

Aduh, apa nak jadi pada aku ni? tak tahu nak buat apa masa cuti ni.. dok menghadap laptop je memanjang selain buat kerja-kerja rumah..huhu.. Nape lah aku tinggal kan coursework aku kat kolej.. hai..kan dah rasa berat nak balik kolej.. nasib2..

Usrah

humm..dah lama aku tidak menyertai group usrah.. mungkin kerana jiwa ku lebih kepada pembacaan dari perbincangan, menyebabkan aku tidak menghadiri usrahku... Maaf diucapkan kepada kakak-kakak naqibahku (Kak Afzan dan Kak Tini). walaupun aku takde kesempatan menyertai usrah kalian tetapi apa yang telah aku pelajari dari kalian pasti akan aku ingati..INSYAALLAH..


Moga Allah mengizinkan pertalian kita berterusan hingga ke akhirat.. Maaf diucapkan andai diriku pernah mengguriskan hati atau tidak mempedulikan kalian.. Aku hanya insan biasa yang tidak dapat lari dari melakukan dosa.Tetapi aku amat menghargai sesiapa yang sudi menegur kesilapanku kerana dari teguran yang membina dapat aku membetulkan kesilapanku..

Salam Ikhlas dari budak insaf

cuti mid sem

Salam. aku fikirkan aku takkan balik sehingga ke cuti raya cina,tup-tup cuti mid sem telah diawalkan oleh pihak UiTM bagi diseragamkan dengan kampus cawangan yang telah tutup 2-3 hari lebih awal.Ini semua gara-gara H1N1. hmm..suka atau tidak aku pun tak tahu dengan perasaan aku sendiri. Suka mungkn kerana boleh menghadiri majlis kakak aku yang berlangsung pada hari ini, tak suka mungkin kerana banyak kelas yang akan ditunda lebih-lebih lagi semestar ini ada 3 trip yang perlu aku turuti. huhuhu.
tapi takpelah. mungkin ada hikmah di sebaliknya, walau apapun aku akan cuba sebaik mungkin meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah diriku.

Hidup ini umpama roda. sekejap kat bawah,sekejap kat atas.Harap bila aku di bawah aku tidak mudah berputus asa dan harap bila ada kat atas aku tak akan memjadi bongkak. Moga ALLAH membimbingku..

Aktif,aktifkan dirimu selalu

Dahulu, ku rasakan diri ku tiada ertinya, kurang perhatian dari mereka di sekitarku, kini aku mengerti tiada yang lebih indah dari mengenang segala yang telah aku lalui dahulu. Aku kini mempelajari bahawa sungguh penting untuk manusia menghargai masa kini dan menggunakannya sebaik mungkin kerana hari yang lepas tidak akan kembali dan juga belum tentu hari esok akan diperolehi. Jika dahulu sukar bagi ku untuk berteman, kini aku mampu mempunyai pelbagai jenis teman. Kuncinya hanyalah "aktif, aktifkan dirimu selalu".

the follower

networked Blogs