Cuti bermula + Tamat diploma ( belum Rasmi)

Alhamdulillah..akhirnya habis juga semester 6 ini..risau juga nak tungggu hasil result.. Adakah mungkin aku Dekan? Adakah mungkin aku perlu ambil Sub paper? Wallahualam..Aku pun tak tahu... Aku bertawakal dan redha apa jua result yang aku dapat. Tapi aku mohon biarlah result ku lepas at least 2.5..huhu..Aku tak nak semestar 6 ku berakhir dengan sia-sia jika aku repeat..huhu...


Sekarang aku dah selamat berada di rumah... Hmm..ingat nak cari kerja tapi kerja kat rumah aku pun berlambak. Aku kene mengecat rumah dan kene perah otak nak buat redesign reka bentuk susunan perabot kat rumah ni.. Ini semua sebagai persediaan untuk majlis perkahwinan kakakku yang dijangka berlansung di hujung tahun ni InsyaAllah.


Kerja aku nak mengecat rumah bermula hari ini.. Mula dari jam 10 pagi hinggalah jam 6 petang, aku dan keluarga ku sibuk mengecat.. Bagi mereka ini bilik yang terakhir untuk dicat, sebaliknya bagi aku ini bilik pertama. Huhu.. takpe..inilah masanya aku nak meletihkan badanku. Sepanjang minggu final exam penat dah otak ni mengadap buku..Hahaha.


Hmm..Aku nak mulakan hidup baru, itu, aku nak setup semula ZONE SAYA kat dalam umah ni.. tak kiralah apa nak jadi-jadilah.Aku nak cari balik ruang aku kat dalam rumah ni. 3 tahun merantau cukup untuk membuatku kehilangan ruang di dalam rumah ini. Jadi, aku perlu mulakan semula pencarian ruang ku di rumah ini.  
Selain itu,aku juga nak mula berkecimpung semula dalam dunia maintenance komputer, tapi untuk melakukannya aku kena cari balik manual maintenance yang aku dapat semasa menjalani kursus pengaturcaraan komputer,Memandangkan adik aku sekarang ni dalam usaha mengumpulkan sedikit demi sedikit barangan pc maka aku pun kene improve pengetahuan komputer ku untuk compete dengan dia.Haha..bunyi cam kelakar, tapi aku memang suka compete ngan adik aku yang ini. Almaklumlah kami punya IQ lebih kurang so aku kene jaga prestasi peribadiku. Berusaha Cik Cenderawasih!Hahaha..


Baiklah, sampai disini dahulu entry aku buat malam ini..Ada masa lapang aku update entry baru..Salam dan Selamat malam.  
Tata..

Masalah dah selesai.

Salam.Selamat pagi..hehe

Hari ni aku nak berkongsi cerita ku lagi.Dalam entry aku sebelum ni, aku ada menyatakan perasaan aku yang celaru terhadap seorang lelaki ni.. Alhamdulillah sekarang aku telah mendapat petunjuk mengenai hatiku.. Hahaha..rupanya aku hanya sekadar 'gedil' untuk berteman. Al-maklumlah, roommates ku masing-masing duk berkepit ngan handphone masing2 berbual dengan ehem2 diaorang. So aku pun mulalah nak mencari sesuatu yang boleh menghilangkan bosanku yang akhirnya makan diriku semula..Hahaha..sekarang aku dah jelas semula dengan diriku bahawa memang aku tak bersedia lagi untuk bercinta. Biarlah apa orang nak kata, biarlah apa orang nak usik kerana yang jelas AKU TAK BERSEDIA lagi..

Entry berkenaan mimpiku pula, hmm..ada sorang teman ni yang telah membaca diriku dan mengatakan ianya bukanlah perkara yang aku perlu ambil serius sangat. Ianya cuma peringatan dari Tuhan Yang Maha Esa yang menunjukkan KebesaranNya kepada Insan yang Dia mahukan. Alhamdulillah, aku kini menjadi lebih tenang dan boleh mula fokus untuk pengajian ku semula. 

Aku juga sudah rasa lega kerana telah dapat bercakap dengan Insan yang aku rindui a.k.a saudara jauhku yang sangat jauh.. sangat lega mendengar nasihat dan tunjuk ajarnya. Aku memang rindu nak dengar nasihat dan motivasi dari dia. Aku tak tahu kenapa tapi aku sayang dirinya dan aku harap Nenda ku itu sentiasa mendapat petunjuk dan perlindungan dari ALLAH,Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Menyayangi. 
I love U, Ya Allah..You are the BEST!!

Ok lah. sampai sini dahulu entry ku buat masa ni..Aku nak sambung study..Aku harap aku dapat kejar Anugerah Dekan untuk semestar  ini. Kalian tolong doakan ye..Terima Kasih daun keladi~~

MIMPI- petunjuk atau bukan?

Ya Allah, adakah ini petanda yang ingin KAU berikan kepadaku atau adakah ianya sekadar mainan tidur.. Ya Allah, andai diri ini sudah tiba masanya berikanlah aku petanda yang jelas atau ilmu berkenaannya sebelum terlewat. Aku redha menerimanya dan izinkanlah bagiku untuk membuat persediaan..


MIMPI

setelah jam menunjukkan pukul 4:45 pagi, aku berhenti daripada belajar. Otakku telah memberi signal untuk tidur. Aku pun berkemas dan buat persiapan untuk tidur... -Aku sedang berada dalam situasi yang genting ketika ini, aku dan juga kumpulanku bergegas melarikan diri dari 'apa ntah' yang sedang mengejar kami. Kami perlu masuk ke dalam 1 lubang dan perlu berenang untuk sampai ke Rumah Allah( yang itu aku fikirkan ketika itu). Pada waktu itu, fikiranku begitu yakin aku sedang menuju ke masjid di MEKAH. Aku terus berlari ( tadi berenang ramai2 dengan orang yang aku dah tak ingat tapi sekarang belari) , turun tangga mencari pintu masuk masjid. Orang begitu ramai, dan aku berfikir lagi kalau aku cepat, aku akan sempat bertemu dengan PAK LONG ku yang aku tahu sedang berada di pintu masjid itu juga, Ayahku ada diluar kawasan itu tapi dia tidak dapat masuk dan aku tidak mengetahui apa sebabnya. Yang pasti aku jelas aku sangat gembira bertemu dengan Pak Longku sehinggakan aku peluk dirinya dan hampir menangis. Dari jauh aku terdengar ayahku berkata, Hmm..kalau aku dah sampai di sini ( Mekah) maka dah tamatlah perjuangan ku di dunia ini dan aku dan Pak Longku menerima kata-kata itu dengan gembira sebelum tiba-tiba ayahku menjerit dan mengatakan ,"jaangan, jangan, jangan pergi lagi', aku bingung ketika itu, Pak Longku yang ku peluk sebentar tadi tiba-tiba bertukar menjadi ayahku yang tidak membenarkan aku pergi. - Seterusnya aku terjaga dari mimpiku.
-Berdasarkan pengetahuanku ianya seolah-olah roh ku telah ditahan oleh ayahku supaya tidak pergi meninggalkan dunia ini.Aku teringatkan cerita orang-orang tua bahawa ada antara kita yang akan diuji rohnya untuk pergi ( meninggal dunia) tetapi jika ada saudara maranya yang menghalang maka ianya tidak akan menjadi. Aku tertanya adakah ini dia antaranya atau mainan mimpi semata-mata. Kisah mimpiku ini membuatkan aku tersedar mengenai hutang ku dengan Allah. Tak kiralah betul ke mimpi ini suatu petunjuk atau bukan, yang pasti aku yakin aku kene secepatnya menunaikan hutangku kepada Allah sebagai seorang Muslimah. Ya ALLAH, aku juga ingin berada di samping orang yang aku sayangi sebelum aku pergi dan ini termasuk Encik yang selalu berada dalam Istana hatiku.
Aku terjaga dari tidurku sekitar jam 7 pg dan aku terus pergi mandi dan membuat kerja yang perlu aku lakukan.

MIMPI 2 (Hari yang sama)
 Pukul 10 (lebih) pagi. dek kerana tak cukup tidur maka kepalaku bengal. Aku pun menuju katilku dan pergi tidur. Tujuannya untuk tidur sebentar. Aku lena begitu pantas sekali dan aku dikejutkan juga sekali lagi dengan mimpi yang dahsyat. - Aku berada di sekitar kawasan Sekolah Agamaku suatu ketika dahulu dan dari jauh aku nampak orang ramai sedang membawa jenazah dan dulang-dulang yang di atasnya terletak kepala jenazah yang terputus. Aku seolah-olah dapat merasakan ada dia antara mereka merupakan orang yang aku sayangi. Kepala pertama, aku tak kenal dan orang yang memegang dulang itu berlalu, dulang kedua aku tak kenal dan nasib baik matanya tertutup.Dulang ketiga MASYAALLAH!!!!!!!!!!!!!!!!! temanku Cik TIM ..aku sangat tidak menyangka dia, matanya terbuka dan kulihat ada air mata yang mengalir di pipinya .. seterusnya aku lihat Cik Jihah sahabatku pula..mereka semua mangsa kemalangan jalan raya. aku bertanya kepada sahabatku, Wan, memberitahuku mereka semuanya dalam perjalanan untuk membeli air minuman sebelum kereta yang mereka naiki dilanggar dan mereka meninggal di tempat kejadian...

- Aku terus bangun dari tidurku dan terus menaip mimpiku ini. Aku tak tahu nak berkongsi kedua-dua mimpiku dengan siapa dan aku tertanya apakah sebenarnya terjadi kepadaku. Ya ALLAH, mudahkanlah bagiku untuk tidur dengan tenang malam nanti.. HUHU..esok aku ada final paper dan mimpi ku ini membuat aku begitu tak senang hati.. Hai .nasib badan.... nasib baik ada blog yang sudi menyediakan aku ruang untuk bercerita.  Aku memnag benar-benar takut dan benda ni tak boleh cerita kepada parent terutama bila mereka jauh dariku.Aku risau mereka akan gelabah dan fikir macam-macam dan membuatkan darah tinggi ayahku naik pulak.HUHU..

aku takut dan lagi bimbang

Tanya sama Allah

Pernah tak korang ada masalah yang tak tahu nak dirujuk dengan siapa? Hmm..nak tanya kepada Pa and Ma macam tak sesuai, nak tanya pada kawan takut kene gelak dan lain2.Hhmm..kalau ye..meh cuba satu cara/ jalan nak dapat penyelesaian.. cara ni saya pernah cuba suatu ketika dahulu( masa form 5) dan memang menjadi. cuma biasalah manusia kan pelupa..saya pun lupa cara ni sampailah sebentar tadi roomate saya berkongsi cerita dengan saya. Nak tahu apa caranya? Ha..baca ni...

1. Korang kenal pasti masalah paling utama korang
2. Amik Al-Quran yang ada tafsir( wudhuk dulu yek) ataupun korang guna tafsir terus pun boleh..
3. Point mana2 ayat dan baca ayat tersebut berserta MAKSUD nya sekali..

InsyaAllah pasti ada jalan penyelesaian yang ada diberitahu dalam bacaan korang tu..tapi hati2..jgn salah faham pulak. korang kaitkan masalah korang dengan maksud ayat tu.. InsyaAllah korang akan bertemu dengan cahaya petunjuk DARI-NYA.Apa-apa pun niat paling penting..Jangan salah guna yek..Wallahualam

p/s: saya ni manusia biasa, kalau ada sebarang perkongsian..kita kongsi sama-sama.tak kisah korang siapa..

the follower

networked Blogs