berlebihan

Kasih sayang yang berlebihan mampu menjadi Racun yang Berbisa untuk anak-anak..
Pernahkah mereka terfikir perbuatan mereka melampaui limit?

Apa-apa pekerjaan pun mahupun makan andai BERLEBIHAN mampu merosakkan pemikiran kita, akhlak kita, hati nurani kita. Tidakkah mereka berfikir?

Would you rather play a team sport, or solo sport?

solo sport

Awak nak tanya sesuatu?

Gangguan syaitan, iblis dan jin

Selamat pagi para pembaca blog yang dihormati sekalian. Pagi ni saya nak ceritakan sedikit informasi mengenai syaitan, iblis dan jin.

Syaitan dan iblis merupakan musuh utama kita manusia yang memang telah dinyatakan dalam kitab Al-Quran kita,sementara jin pula ada di kalangan mereka yang juga merupakan saudara seagama dengan kita. Ini kerana di kalangan jin ada yang merupakan Jin Islam dan ada juga Jin Kafir.

Gangguan daripada ketiga-tiga golongan di atas tidak boleh dipandang ringan oleh kita manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T untuk beribadat kepadaNya. Pada mulanya saya hanya memandang enteng akan perbezaan yang wujud dalam ketiga-tiga golongan ini hinggalah beberapa tahun yang lepas. Pada mulanya saya hanya mengetahui bahawa hanya syaitan sahaja yang selalu turun padang mengganggu kesejahteraan manusia di atas arahan Jeneral mereka iaitu Iblis sehinggalah saya terbaca buku mengenai makhluk halus yang wujud di dunia kita ini. Antara golongan makhluk halus yang wujud adalah Syaitan, Iblis, Jin dan juga ingin saya kongsikan bersama bahawa Malaikat juga tergolong dalam golongan makhluk halus. Ha! Saya pun terkejut juga masa mengetahui berita ini. Tetapi setelah dicari-cari informasi lain, saya juga mengetahui bahawa Iblis itu juga sebenarnya merupakan golongan Malaikat yang telah menderhaka kepada Allah kerana keengganannya untuk memberikan penghormatan kepada Nabi Adam A.D.




"Iblis Membangkang.

Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah seperti para malaikat yang lain,yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah yang akan diberi amanat menguasai bumi dengan segala apa yang hidup dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam di dalamnya.Iblis merasa dirinya lebih mulia,lebih utama dan lebih agung dari Adam,karena ia diciptakan dari unsur api,sedang Adam dari tanah dan lumpur.Kebanggaannya dengan asal usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain,walaupun diperintah oleh Allah.

Tuhan bertanya kepada Iblis:"Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?"
Iblis menjawab:"Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia.Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur."
Karena kesombongan,kecongkakan dan pembangkangannya melakukan sujud yang diperintahkan,maka Allah menghukum Iblis dengan mengusir dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pd.dirinya hingga hari kiamat.Di samping itu ia dinyatakan sebagai penghuni neraka.

Iblis dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Tuhan itu dan ia hanya mohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat.Allah meluluskan permohonannya dan ditangguhkanlah ia sampai hari kebangkitan,tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu,bahkan sebaliknya ia mengancam akan menyesatkan Adam,sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari barisan malaikat,dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh jalan yang sesat,mengajak mereka melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang,menggoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh." - http://yudhim.blogspot.com/2008/07/kisah-nabi-adam-as.html


Maka setelah itu, Iblis pun merekrut (istilah saya sendiri) syaitan untuk turut sama turun padang menyesatkan manusia di bumi yang fana' ini. Hantu yang wujud si dunia ini juga sebenarnya adalah tranformasi syaitan yang ingin menakut-nakutkan manusia dan menyesatkan manusia. Jika diperhatikan, kesemua hantu yang wujud seperti yang ditayang-tayangkan dalam filem Melayu adalah hantu yang menyerupai manusia yang tidak sempurna akan fizikalnya. Ya! Allah memberikan keistimewaan kepada Iblis dan Syaitan Laknatullah akan keistimewaan menyerupai bentuk kejadian manusia tetapi tidak sesempurna manusia sebenar, ada yang tiada kaki, ada yang tiada badan  dan lain-lain. Keistimewaan ini tidaklah dapat ditandingi dengan keistimewaan makhluk halus yang lain yakni Malaikat kerana malaikat diberikan keistimewaan untuk menyerupai manusia dengan bentuk manusia yang sempurna seperti yang terdapat dalam kisah-kisah para Rasul dan Nabi.

Jin seperti yang telah diberitahu di atas terdiri daripada 2 golongan dan seperti manusia di bumi ini ada yang Islam juga ada yang Kafir. Mereka juga diciptakan Allah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan beribadah kepadaNya. Seperti manusia yang beragama Islam, mereka juga ada yang patuh dan ada yang enggan menurut perintah Allah dan melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah. Menurut sebuah buku yang bertajuk "Berdialog dengan Jin-diari seorang perawat" karangan Ustaz Abd. Majid Hassan, ada juga jin-jin Islam yang berperanan sebagai tentera melawan jin-jin Kafir juga jin-jin Islam yang memberontak melakukan kejahatan seperti mengganggu kesejahteraan manusia. ( sedikit selingan: ada juga diantara kita yang juga secara sedar mahupun tidak sedar mengganggu kehidupan jin-jin seperti menebang pokok sesuka hati tanpa mengetahui pokok tersebut merupakan rumah bagi jin berkenaan, terbunuh ular yang sebenarnya merupakan jelmaan jin mahupun terlanggar atau terpijak jin-jin yang sedang berehat- ini semua di luar kawalan kita kerana kita tidak mampu untuk melihat kewujudan mereka tetapi sebagai makhluk Allah yang sama-sama diciptakan untuk berkongsi tinggal di bumi ini, janganlah segan untuk meminta maaf di atas kesalahan kita walaupun kita tidak sedari- Selalulah beristighfar)

Antara jenis-jenis jin yang saya ketahui hasil pembacaan saya adalah jin asyik ( yang menyukai seseorang manusia sehingga mencuba untuk mendapatkan manusia berkenaan menjadi hak miliknya), jin saka ( jin yang pada mulanya merupakan kawan atau rakan kepada bangsa manusia pada zaman dahulukala yang ada diantara mereka membuat perjanjian dengan tok moyang kita untuk menjaga kita ataupun lain-lain kontrak yang hanya diketahui oleh mereka-mereka yang terlibat), dan jin Ifrit (salah satu bangsa jin yang cerdik yang memindahkan istana Ratu Balqis dalam kisah Nabi Sulaiman).

Ada di antara golongan jin-jin ini yang berkhidmat kepada manusia yang jahat yang ingin membalas dendam ataupun yang dengki terhadap orang lain. Mereka ini biasanya berkontrak dengan jin-jin berkenaan dah dihantar untuk menduduki tubuh orang yang dimusuhi mereka dan dalam kes-kes yang lebih melarat, keluarga musuh mereka juga akan mereka hantar jin-jin berkenaan dengan tujuan membunuh, menyakiti, mahupun mengganggu ketenteraman. Huh! Yang ini bolehlah korang kategorikan dalam mainan sihir. Sebabnya kebiasaanya yang mengamalkan sihir kita panggil tok Bomoh kan? Sihir mereka tu sebenarnya menjadi di atas bantuan-bantuan jin khadam merekalah. Ha! Jangan main-main. Ada juga golongan perawat yang memberitahu saya golongan jin-jin saka ni pun tak boleh buat main. Kebanyakan kita yang duduk di Asia ni, tak boleh nak mengiyakan diri kita ni tiada jin-jin saka kerana kita tak tahu nenek moyang kita ni ada jin-jin saka atau tidak. Ada juga tercatit dalam buku yang saya nyatakan di atas dimana ada di antara pesakit beliau yang tidak mengetahui mereka ada jin saka dan disebabkan pesakit tersebut ada memusuhi seorang hamba Allah yang lain, maka jin saka beliau telah menyerang hamba Allah tersebut walaupun tanpa arahan daripada pesakit tersebut. So, sebaik-baiknya untuk mengelakkan hal-hal ini daripada terjadi, maka sebaiknya korang janganlah bermusuhan dengan sesiapapun, kerana kalau nak diikutkan cerita tadi, hamba Allah tersebut juga mempunyai jin saka tersendiri. Maka terjadilah peristiwa Jin A menghentam Manusia B dan Jin B menghentam Manusia A. Payahkan kalau ini terjadi? Alih-alih yang sakit tubuh badan adalah Manusia A dan juga Manusia B.. Ish Ish.. Jadi pandai-pandailah korang cari ayat-ayat Al-Quran yang sesuai untuk menghalang gangguan-gangguan berkenaan dan juga doa-doa mustajab yang sesuai diamalkan untuk kesejahteraan kehidupan kita.

Untuk penutup kisah ini, saya ingin menyeru pembaca-pembaca blog saya untuk bersama-sama mencungkil ilmu sedalam yang mungkin mengenai sihir, jin, gangguan jin, syaitan dan Iblis dan cara-cara untuk merawat penyakit ini. Andai ada coretan saya yang mungkin terdapat salahfaham mahupun kesalahan dan kesilapan silalah beritahu saya  kerana ini adalah perkongsian hasil daripada pengalaman dan juga pembacaan saya yang lemah. Sekian.

the follower

networked Blogs