happy Birthday to me

Allah selamatkan saya,
Allah selamatkan saya,
Allah selamatkan pemilik blog ini,
Allah selamatkan saya......

hehe.. jangan marah..saja suka-suka wish untuk diri sendiri..

lagu sekolah menengah..

Lagu sekolah menengah aku....dari Form1 sampai Form 5..

Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor Darul Ehsan.

ILMU SINAR HIDUP

Berdiri megah warisan bangsa,
Dengan semangat bersatu padu,
Rela berkorban untuk pendidikan,
Demi kejayaan nusa.

SMRP lambang kemegahan,
Jasa guru tetap dikenang,
Dikau cahaya penerang jiwa,
Ilmu sinar hidup kita.

Kami semua bersumpah setia,
Pada bangsa dan juga agama,
Rukun negara asas panduan,
Mencapai cita Malaysia.

Ciptaan: Cikgu Kaharudin b. Mohd Yusof

lirik lagu sekolah kebangsaan

Bila masuk alam sekolah rendah, aku sekolah pagi, petang dan juga tengahari. Apa? tengahari?.haha..maksud aku, waktu tengahari sebelum pergi sekolah petang, aku akan pergi belajar mengaji Al-Quran di rumah Pak Cikku. 

Ni aku nak post kan lirik lagu sekolah kebangsaan aku. SK (2) JALAN MERU,KLANG.

Sekolah Kebangsaan 2, Jalan Meru Kelang.
Menjadi lambang pendidikan.
Mendidik anak bangsa.
Pelbagai kaum bersatu padu,
Mencapai cita-cita murni.
Pelajaran kunci kejayaan.
Itulah yang diutamakan.

Berbakti, Berjasa, Berdisiplin dan Berdikari.
Berbudi pekerti pada semua insan.

Sekolah Kebangsaan 2, Jalan Meru Kelang.
Menjadi lambang pendidikan
Menuju kejayaan..

lirik lagu sekolah tadika aku dulu-dulu

Kemajuan masyarakat itulah teras utama kita,
Membela bangsa membangun negara agar maju dan jaya.. 
Berinsiatif, berdikari, membentuk jiwa hati nubari
bersih, cekap, amanah diri,
Semoga hidup bererti...
Ayuh bangsaku bangunlah bersama 
tampilkan diri kemuka..
Turuti segala rancangan kita dengan azam semangat waja


p/s: aku suka nyanyi~~

Team Building March 2011 (edisi pertama)

Bermula hari Sabtu pukul 6.30 pg, pelajar-pelajar jurusan Pengurusan Operasi telah berada di Perkarangan tempat letak kereta berdekatan dengan Pusat Inovasi UiTM , Shah Alam. Penggerak bagi Program Team Building adalah pelajar-pelajar kelas BM2244L ( kelas aku ler tu). Program Team Building tersebut hanya melibatkan pelajar semester 1,2,3 dan 4 Ijazah Pengurusan Operasi sahaja. Program tersebut dibuat adalah untuk mengeratkan hubungan pelajar-pelajar OPEMS singkatan bagi Bachelor in Operations Management Society. Kehadiran pelajar-pelajar adalah bolehlah dikatakan menggalakkan. Terdapat 12 kumpulan telah ditubuhkan dan setiap kumpulan mempunyai ahli seramai 6-7 orang termasuk fasilitator. Aku menjadi fasilitator bagi kumpulan ke-empat ( second time jadi fasi hehehe) dan ahli kumpulan ku telah menamakan kumpulan kami dengan nama Merong Maha Perkasa..wahaha..pengaruh daripada cerita Hikayat Merong MahaWangsa..hehe

Selepas pembahagian kumpulan, sarapan dan briefing mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan, kami semua diarahkan untuk masuk ke dalam bas untuk menuju ke Dataran Merdeka. Di situ setiap kumpulan diberikan makanan tengahari dan aktiviti pertama iaitu LDK ( latihan dalam kumpulan) dibuat. Setelah selesai kami bermain game BOM MENGEBOM..hehehe..

     Caranya setiap kumpulan mesti pilih 1 nama negara dan selepas itu, setiap 1 kumpulan perlu mengebom bom yg lain..hehe.. kumpulan aku gunakan nama En**and dan kumpulan lain-lain gunakan nama negara yang lain, contohnya Ch**a...Nyanyikan lagu ni beramai-ramai dengan rakan sekumpulan,
       En**and bom, En**and bom, En**and bom to Ch**a Bom,                    dan kumpulan Ch**na perlu menyahut atau membalas nyanyian tersebut kepada kumpulan lain dan begitulah seterusnya. mana-mana kumpulan yang gagal menyahut atau tersalah sahut akan disqualified hinggalah tinggal 2 kumpulan yang tinggal dan kedua-dua kumpulan tersebut akan dianggap pemenang. kumpulan aku menang beb..hehe..

Kemudian game yang kedua adalah Explorace. Untuk game ni setiap kumpulan diberikan modal RM30 untuk tambang dan juga Kad Check Point untuk dicop oleh penjaga check point.Ketua pasukan dikehendaki pergi ke penjaga check point pertama untuk dapatkan tugasan yang pertama iaitu Crossword puzzle. Bila dah siap baru dapat klu untuk ke check point kedua iaitu KL Sentral.

Di situ, group aku dikehendaki menjawab 3 teka-teki tapi malangnya hanya 1 je yang betul dan kami dikenakan penalti tunggu 10 minit sebelum diberi klu check point yang seterusnya. Oh lupa nak kasi tau, setiap 1 kumpulan diberi 10 kotak air mineral dan 10 bungkus tisu untuk dijual sepanjang explorace berjalan dan kumpulan mana yang berjaya settle kan semua task dan mengumpul keuntungan jualan paling tinggi akan menjadi pemenang dan mendapat hadiah wang tunai RM 100. Pemenang kedua RM70 dan yang ketiga RM50 manakala kumpulan yang lain akan diberikan hadiah saguhati berupa hamper yang boleh tahan jugak besarnya..hehe..Sepanjang tempoh penalti tersebut ahli kumpulan aku mengambil kesempatan untuk menjualkan produk-produk yang ada kepada orang yang terdapat di KL Sentral tapi AWAS!!! rupa-rupanya DILARANG MENJUAL MAKANAN DI DALAM KL SENTRAL... nasib baik kumpulan aku tak kena tangkap, nak buat cemana,dah terjual baru diberitahu bahawa tak boleh dijual di dalam bangunan..haha..10 minit berlalu, kami diberikan klu tempat seterusnya adalah di Little India.

Ada 2 tugasan yang perlu disiapkan di Little India (check point ketiga) iaitu membuat rantai daripada benang nilon dan juga bunga tanjung dan yang kedua nyanyikan lagu 'rasa sayang eh' tapi ditukarkan ke 'rese seyeng eh' plus dalam mulut ada ais batu yang tidak dibenarkan hisap ataupun terjatuh..hehe..sweet sangat memori itu...haha....

Selepas selesai di check point ketiga, check point yang keempat adalah di Central Market. Berjalan kaki kami dari Little India ke sana, tapi memang syok..hahaha.. Kat Central Market kami ditugaskan menjual 3 bungkus ABC kepada pengunjung Central Market dan juga merakam video foreigner yang menyebut 1 MALAYSIA atau MALAYSIA BOLEH.. pandai-pandailah mereka kena tarik perhatian foreigner untuk melakukan tugas tersebut..hehe..

Last check point adalah di tingkat 5 bangunan Times Square. Untuk ke sana kami gunakan Putra LRT ke KL Sentral( tak larat nak jalan kaki dah) dan kemudian bertukar ke MONORAIL ke Imbi. Usai itu, kami mencari penjaga check point  tersebut dan diberi 3 bungkusan gula2 untuk dijual dan kami juga dikehendaki tangkap gambar yang mempunyai 3 kaum yang berbeza ( 1 MALAYSIA lah konon-kononnya..hehe).. selepas berjaya kami pun melaksanakan solat zohor di sana dan berpatah balik ke KL Sentral menggunakan MONORAIL..

Jam menunjukkan pukul 3.58 ptg selepas kami check out dari Monorail. Kami diarahkan untuk tunggu di bus stop setentang dengan pintu keluar Monorail. Game dijadualkan tamat pada pukul 4.30 ptg tapi kami tamat awal..jadi kenalah tunggu kumpulan-kumpulan lain datang ke bus stop tersebut. Selepas tamat game Explorace itu, kami pun pergi ke Impian Country Resort di Ulu Langat dengan menaiki Bus yang disediakan.
( to be continue)

****************************************************************************
Sampai di sana kami dihidangkan dengan bunyi deruan air sungai yang mengalir, bunyi unggas dan juga bunyi kanak-kanak yang juga tinggal di situ untuk berkelah dengan ahli keluarga masing-masing. Memang best!! tambah-tambah lagi, aku sendiri dah pernah datang ke situ semasa aku mengikuti kem motivasi untuk anak-anak TNB masa aku di bangku sekolah lagi.. Kami diberi masa untuk berehat dan bersedia untuk aktiviti malam. Kami berjemaah di surau yang memang siap sedia ada di situ. Selesai berjemaah solat Isyak, kami mendengar sedikit syarahan motivasi dari empunya Country Impian Resort sementara menunggu makan malam disiapkan. Setelah itu, kami meneruskan dengan aktiviti malam di mana kami bermain dengan game Investment. Cara nak main agak sukar untuk aku jelaskan di sini so kalau nak tau kena tunggu aku dapat hidayah cemana nak terangkan..hehe..selepas bermain, kami diberi lagi minuman dan makanan ringan waktu malam sebelum menuju ke khemah yang disediakan untuk tidur..
Pada pukul 6.20 pagi, kami beramai-ramai menunaikan solat subuh secara berjemaah dengan diimamkan oleh  Talha (salah seorang peserta ). Kemudian kami berkumpul untuk aktiviti senaman pagi sebagai persediaan untuk jungle tracking dan juga aktiviti tempuh halangan. Ok, untuk kedua-dua aktiviti tersebut memang lasak dan juga perlukan team yang bersatupadu. Aku ingin syorkan kepada kawan-kawan taekwon do aku untuk datang buat aktiviti oudoor kat sini..memang best wa cakap sama lu~~
Sebagai ganjaran selepas berpenat lelah barulah kami dibenarkan untuk mandi sungai dan kemudian makan tengahari yang boleh tahan sedapnya..hehe...

Ni la antara gambar-gambar untuk team building kali ini..




Selepas siap berkemas barang-barang dan khemah, kami berkumpul semula untuk aktiviti penyampaian hadiah..kemudian kami pun bertolak balik..huhu..

SukaHatiAkuNakTaipMende: Tutorial Untuk BLog

SukaHatiAkuNakTaipMende: Tutorial Untuk BLog

Wawasan 2020

bendera berkibar di angkasa
lambang negara gagah,
rakyat sepakat sehati sejiwa,
tekad berbakti dengan megah,
hadapi cabaran masa muka,
penuh tenaga murni,
bakti dicurah searah sehala,
dengan wawasan yang suci.

wawasan meningkat kemajuan
tiada lagi kepincangan
kemewahan rata dirasai
bersama kita nikmati

WAWASAN 2020 satu pandangan jauh
bukan impian malah kenyataan
bersama kita jayakan...


*************************************************************************
hrmm.... teringat pulak aku dengan lagu ni sampai boleh tulis semula lirik tanpa mana2 rujukan.(maaflah kalau ada tersalah tulis lirik..huhu..saya cuma insan biasa)
Masa zaman sekolah dulu selain lagu Sekolah dan Negaraku, lagu ini pun akan turut dinyanyikan beramai-ramai di tapak perhimpunan sekolah. Dulu, masa nyanyi, aku tak paham sangat pun liriknya, tapi bila dinyanyikan semula pada waktu sekarang aku mula memahami lirik lagu ini. Wawasan 2020... entah akan tercapai atau tidak.sekarang ni dah tahun 2011..entahkan sempat atau tidak untuk merasakan tahun 2020..hehe

nak tahu? dulu zaman-zaman sekolah memang aku suka lagu-lagu patriotik ni. Mungkin disebabkan tarikan guru-guru muzik aku yanng hebat-hebat, aku masih suka dengar lagu patriotik ni. terima kasih Cikgu Putri, Cikgu Majid, dan cikgu Dzohirudin..hehe..walaupun pelik tapi ketiga-tiga mereka telah berjaya membuatkan aku suka dengan subjek Pendidikan Muzik. Moga lebih banyak lagu-lagu patriotik diputarkan di radio kerana mesejnya bagus-bagus.

rakan sekelas diploma meninggal dunia

Semalam selepas maghrib saya mendapat berita dari rakan-rakan yang menyatakan salah seorang dari sahabat kami telah meninggal dunia. Takziah buat keluarga Emma Suzila di atas kehilangan ahli keluarga mereka. Khabarnya allahyarhamah meninggal dunia pada pukul 7 pagi dan sebab kematian adalah sakit asma.Wallahualam..

Emma Suzila (1989-2010) Semoga rohnya di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin..

Kalau girl jadi pandai, boy jadi apa?

       Sudah termaktub dalam kitab Al-Quran bahawa menuntut ilmu sangat dituntut dalam Islam dan ianya tidak terkecuali untuk kaum Hawa. Kita juga tahu bahawa Kaum Adam dilahirkan sebagai seorang khalifah di atas muka bumi ini, tetapi golongan Adam yang benar-benar berjihad untuk menjadi khalifah sejati masih lagi tidak seramai mana.Objektif untuk menuntut ilmu masih tidak menjadi keutamaan bagi sesetengah golongan kaum Adam di muka bumi ini. Pernah juga aku diperdengarkan dengan kata-kata," perempuan zaman sekarang ni pandai-pandai belaka, susah nak deals dengan mereka". Pelik juga aku mendengar kata-kata mereka. Tidakkah mereka menyedari, jika kaum Hawa sudah semakin pandai, tidakkah mereka terpukul dengan cabaran untuk menjadi LEBIH pandai daripada kaum Hawa tersebut?

      Kata-kata ini bukan kata-kata sindiran yang ingin aku ketengahkan pada entry aku kali ini, sebaliknya aku ingin menyeru kepada kaum Adam agar maju lebih ke hadapan agar tidak kecundang dengan kaum Hawa..Sepandai manapun kaum Hawa ranking kami tetap di bawah kalian.Syurga isteri tetap terletak pada suami dan itu fakta yang tidak dapat disangkal kerana ianya telah ditetapkan Allah sebagai Pencipta Alam Semesta. Lagipun, lelaki yang berilmu tinggi akan tinggi juga sahamnya bukan saja di dunia malahan di akhirat juga. Jangan jadikan sehelai sijil sebagai penghalang anda untuk terus menuntut ilmu kerana definisi ilmu terlalu luas dan terlalu banyak di muka bumi ini. Pandai bertukang, pandai menebang, pandai menyusun, pandai berkias, pandai mengaji dan tidak semua jenis kepandaian ini akan diiktiraf dalam sehelai kertas.

    Jadi jangan mengalah dan jangan berputus asa untuk menuntut ilmu..Semoga anda lebih terdorong dan lebih termotivasi untuk terus menuntut ilmu, dan ingatlah "Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?".

   Akhir kata, Selamat menuntut ilmu.
********************************************************************************
sentiasa ingat bahawa sesungguhnya Dia Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.. Sentiasalah basahkan lidah kita dengan menyebut Al-Hakim dan Al- A'lim..

Lelaki Berbaju Biru



best buku ni..saya bagi 4 bintang..

Nama-nama kegemaran saya

Setakat ni, saya sangat suka dengan nama-nama berikut:

Aisyah
Aiman
Balqis
Borhan


wahaha...
rasa cam sejuk jer sebut nama-nama ni..

Andai aku mangsanya..(simpang malaikat 44)

Penderaan kanak-kanak, Gangguan sex terhadap kanak-kanak....

Perkara itu memang menjadi faktor utama yang mampu untuk menuntut jiwa remaja ke arah terpesong.
Mangsa jenayah itu pasti akan berdepan dengan tekanan perasaan yang jika tidak dibantu akan mengundang padah yang berbahaya.
Kebanyakan kursus-kursus motivasi remaja yang aku pernah sertai memang memandang tinggi akan hal-hal yang berkaitan dengan masalah ini, tetapi mereka sekadar menyuarakan cara-cara untuk mengelakkan masalah ini.
Jika adapun sangat sedikit bilangan mereka yang menceritakan apakah perkara yang perlu dilakukan oleh mangsa-mangsa jenayah ini. 
Fikiranku menerawang dan cuba meletakkan diriku jika aku di tempat mangsa jenayah tersebut. Apa yang AKU lakukan?


a) aku akan melaporkan hal ini kepada saudara mara terdekat tetapi jika pemangsa tersebut memang merupakan saudara terdekat, macam mana nak laporkan? 
b) ceritakan hal tersebut kepada rakan sebaya. Hmmm, ketika bersahabat mungkin rakan tersebut prihatin dengan kita tetapi jika sebaliknya, permusuhan melanda ikatan persahabatan tersebut, adakah sahabat tersebut akan menjadikan hal sensitif itu sebagai satu senjata untuk menyerang dan memalukan diri aku?
c) mendiamkan diri. Mungkinkah dengan langkah mendiamkan diri akan menyelamatkan jiwa aku dari memberontak?

Akibatnya..
adakah aku akan menjadi manusia yang sukar untuk mempercayai orang lain?
adakah aku akan membenci lelaki akhir zaman membuta tuli?
adakah aku akan menghadapi tekanan perasaan yang melampau?


Aku sendiri tidak tahu akan jawapannya. Tetapi aku berharap semoga kepercayaan mangsa jenayah tersebut terhadap Allah sebagai Pencipta Alam tidak akan terputus. Semoga mereka mengetahui Allah tidak akan menduga seseorang hambanya jika hambanya itu tidak mampu untuk menanganinya.
Akhir kata, aku doakan agar mangsa-mangsa jenayah tersebut menjadikan peristiwa pahit itu sebagai benteng daripada terjebak dengan masalah sosial yang semakin meruncing dari hari ke hari..

Semoga Allah merahmati kalian..

******************************************************************************
nukilan terhasil daripada CRITICAL THINKING aku yang tidak berapa kritikal.huhu

Kematian

Semua yang hidup pasti akan mati.
Andai aku mati,
aku berharap kematianku akan mengakhiri sebuah permusuhan
dan
bukannya memulakan sebuah permusuhan.

Andai aku mati,
aku tidak mahu ada di antara mereka yang menziarahiku
atau menguruskan jenazahku berasa gentar atau takut melihat jenazahku,
Sebaliknya,
mereka ku harap merasa belas kasihan dengan jenazahku dan memberikan kata-kata semangat kepada mereka yang aku tinggalkan.

Andainya aku mati,
aku mahu keluargaku redha dengan pemergianku,
aku mahukan keinsafan menyelinap ke dalam hati dan sanubari mereka,
agar mereka lebih dekat dengan Allah, Pencipta Seluruh Alam.
agar mereka menyedari kematian tidak memandang umur, harta, pangkat mahupun ilmu pengetahuan.

Akhirnya,
Andainya aku mati,
aku tidak mahu sesiapapun merasa dihantui dengan pemergianku,
Ya, aku sedar, selama aku hidup,
aku sendiri sentiasa dihantui ketakutan kepada perkara yang tidak sepatutnya ku fikirkan.
Oleh itu, amatlah aku harapkan agar tiada sesiapapun yang dibayangi oleh ku
setelah aku pergi...

******************************************************************************
Note: nukilan ini tercipta setelah mendengar khabar kematian seorang jiran yang umurnya lebih muda dariku..

the follower

networked Blogs