Andai aku mangsanya..(simpang malaikat 44)

Penderaan kanak-kanak, Gangguan sex terhadap kanak-kanak....

Perkara itu memang menjadi faktor utama yang mampu untuk menuntut jiwa remaja ke arah terpesong.
Mangsa jenayah itu pasti akan berdepan dengan tekanan perasaan yang jika tidak dibantu akan mengundang padah yang berbahaya.
Kebanyakan kursus-kursus motivasi remaja yang aku pernah sertai memang memandang tinggi akan hal-hal yang berkaitan dengan masalah ini, tetapi mereka sekadar menyuarakan cara-cara untuk mengelakkan masalah ini.
Jika adapun sangat sedikit bilangan mereka yang menceritakan apakah perkara yang perlu dilakukan oleh mangsa-mangsa jenayah ini. 
Fikiranku menerawang dan cuba meletakkan diriku jika aku di tempat mangsa jenayah tersebut. Apa yang AKU lakukan?


a) aku akan melaporkan hal ini kepada saudara mara terdekat tetapi jika pemangsa tersebut memang merupakan saudara terdekat, macam mana nak laporkan? 
b) ceritakan hal tersebut kepada rakan sebaya. Hmmm, ketika bersahabat mungkin rakan tersebut prihatin dengan kita tetapi jika sebaliknya, permusuhan melanda ikatan persahabatan tersebut, adakah sahabat tersebut akan menjadikan hal sensitif itu sebagai satu senjata untuk menyerang dan memalukan diri aku?
c) mendiamkan diri. Mungkinkah dengan langkah mendiamkan diri akan menyelamatkan jiwa aku dari memberontak?

Akibatnya..
adakah aku akan menjadi manusia yang sukar untuk mempercayai orang lain?
adakah aku akan membenci lelaki akhir zaman membuta tuli?
adakah aku akan menghadapi tekanan perasaan yang melampau?


Aku sendiri tidak tahu akan jawapannya. Tetapi aku berharap semoga kepercayaan mangsa jenayah tersebut terhadap Allah sebagai Pencipta Alam tidak akan terputus. Semoga mereka mengetahui Allah tidak akan menduga seseorang hambanya jika hambanya itu tidak mampu untuk menanganinya.
Akhir kata, aku doakan agar mangsa-mangsa jenayah tersebut menjadikan peristiwa pahit itu sebagai benteng daripada terjebak dengan masalah sosial yang semakin meruncing dari hari ke hari..

Semoga Allah merahmati kalian..

******************************************************************************
nukilan terhasil daripada CRITICAL THINKING aku yang tidak berapa kritikal.huhu

2 ulasan:

Ara Nadea berkata...

kte pon penah terfikir perkara yg sama.. xdapat ku bayangkan..

CeNDeRaWaSiH berkata...

huhu..jangan bayangkan~~

the follower

Catatan Popular

networked Blogs