Masalah dah selesai.

Salam.Selamat pagi..hehe

Hari ni aku nak berkongsi cerita ku lagi.Dalam entry aku sebelum ni, aku ada menyatakan perasaan aku yang celaru terhadap seorang lelaki ni.. Alhamdulillah sekarang aku telah mendapat petunjuk mengenai hatiku.. Hahaha..rupanya aku hanya sekadar 'gedil' untuk berteman. Al-maklumlah, roommates ku masing-masing duk berkepit ngan handphone masing2 berbual dengan ehem2 diaorang. So aku pun mulalah nak mencari sesuatu yang boleh menghilangkan bosanku yang akhirnya makan diriku semula..Hahaha..sekarang aku dah jelas semula dengan diriku bahawa memang aku tak bersedia lagi untuk bercinta. Biarlah apa orang nak kata, biarlah apa orang nak usik kerana yang jelas AKU TAK BERSEDIA lagi..

Entry berkenaan mimpiku pula, hmm..ada sorang teman ni yang telah membaca diriku dan mengatakan ianya bukanlah perkara yang aku perlu ambil serius sangat. Ianya cuma peringatan dari Tuhan Yang Maha Esa yang menunjukkan KebesaranNya kepada Insan yang Dia mahukan. Alhamdulillah, aku kini menjadi lebih tenang dan boleh mula fokus untuk pengajian ku semula. 

Aku juga sudah rasa lega kerana telah dapat bercakap dengan Insan yang aku rindui a.k.a saudara jauhku yang sangat jauh.. sangat lega mendengar nasihat dan tunjuk ajarnya. Aku memang rindu nak dengar nasihat dan motivasi dari dia. Aku tak tahu kenapa tapi aku sayang dirinya dan aku harap Nenda ku itu sentiasa mendapat petunjuk dan perlindungan dari ALLAH,Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Menyayangi. 
I love U, Ya Allah..You are the BEST!!

Ok lah. sampai sini dahulu entry ku buat masa ni..Aku nak sambung study..Aku harap aku dapat kejar Anugerah Dekan untuk semestar  ini. Kalian tolong doakan ye..Terima Kasih daun keladi~~

Tiada ulasan:

the follower

networked Blogs