tournament di PTSS

Lagi berapa hari je nak start final exam, aku masih lagi berada dalam mode "mengong" lagi..huhu..
Start final pada 21hb 4 (first day final) diikuti 22hb dan kemudiannya 5 May dan akhir sekali 9 May (last day final). Adeh..

Ok. lupakan sebentar mengenai Final, semalam aku teman member-member TKD ku menyertai KEJOHANAN TAEKWONDO TERBUKA KEBANGSAAN IPTA kali kedua yang berlangsung di Dewan Harum Manis,PTSS. Acara dirasmikan oleh MASTER AMIR BIN MD NOOR. Antara IPTA yang menyertai kejohanan ni adalah UITM Arau, UiTM Pinang, PTSS ( tuan rumah), POLIMAS, PUO ( Politeknik Ungku Omar,Ipoh), PSIS (Politeknik Sultan Idris Shah,Sabak Bernak),dan PKS (Politeknik Kuching, Sarawak).

Antara acara yang dipertandingkan adalah team sparring,mix sparring dan juga individual sparring. UiTM Perlis telah berjaya membawa pulang medal Perak bagi acara Team Sparring ( 4 medal untuk satu team), dan bagi Individual Sparring 2 Emas 2 Perak dan 1 Gangsa. Syabas bagi para pemenang dan tak sia-sia aku korbankan masaku di sana walaupun final exam dah dekat .. Hehe.. Aku rasa sungguh gembira walaupun aku hanya jadi Pengurus Team dan juga gadis kamera di sana. Ini kerana dapat juga aku mengeratkan hubungan dengan member ACTF GTF buat kali terakhir sebelum aku graduate dari UiTM Perlis ni.InsyaAllah..
Aku juga dapat bertemu rakan-rakan seperjuanganku di PTSS dan juga ex-instructor ku suatu ketika dahulu dan  Aku juga sudah makin mengenali ramai Sir-Sir yang ada dan sempat bertukar-tukar alamat FB..hihi.. 

Oklah.walaupun aku tak sertai pertandingan ini, tapi aku juga telah memenangi (che...wah!) Sijil menghadiri kejohanan tersebut.. Haha..rugi sapa tak ikut.. 

Tutup citer tournament, sekarang, aku nak fokus untuk study aku pula. Almaklumlah., selagi tak berkongsi cerita selagi tu tak rasa puas nak study.. Ok. Sehingga bertemu lagi..

Tiada ulasan:

the follower

networked Blogs