kesan 'Papa to Musume no Nanokakan' kepada saya~

Selamat malam wahai pelawat blog ini..

          Malam ni saya rasa sangat bermotivasi selepas menonton cerita Papa to Musume no Nanokakan. Ceritanya mengenai pertukaran badan di antara seorang ayah dengan anak perempuannya. Hmm..idea cerita ini agak sama dengan movie Freaky Friday yang saya pernah tonton sebelum ini tapi saya enggan untuk membandingkan prestasi kedua-dua cerita ini kerana saya tetap berpendapat kedua2 cerita tersebut sangat bagus untuk ditonton untuk seisi keluarga. Ini kerana, melalui penceritaan di dalam kedua2 dua cerita ini, saya mula mengerti akan perasaan ayah dan ibu saya untuk membesarkan saya dan adik-beradik saya. 

         Memang saya akui setiap anak pasti akan berdepan dengan masalah terhadap ibubapa mereka. Tak kiralah masalah itu muncul masa kita masih bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, sebelum kahwin mahupun selepas kahwin. Malahan saya sendiri pernah menghadapi masalah dengan kedua ibubapa saya tetapi Alhamdulillah, mujurlah Allah menunjukkan saya jalan keluar untuk masalah saya dan ditambah usaha saya meletakkan diri saya di tempat kedua ibu bapa saya, akhirnya saya mampu untuk menangani perasaan huru-hara saya terhadap kedua mereka. 

        Melalui cerita Papa to Musume no Nanokakan, saya sangat teruja dengan sikap positif yang ditunjukkan oleh Koume dan papanya. Koume, walaupun masih lagi bergelar pelajar sekolah tapi dengan sikap aktif dan positif thinking nya, dia berjaya untuk membuatkan rakan-rakan sekerja papanya untuk berusaha mencapai kejayaan walaupun telah dicampakkan ke bahagian yang diabaikan oleh pekerja-pekerja elit sehingga membuatkan mereka berdepan dengan masalah kurang motivasi dan kurang produktif. Papa Koume pula, walaupun agak sukar baginya untuk menerima perubahan anak perempuannya ke arah dunia dewasa, tetapi akhirnya dia memahami untuk menjadi pelajar sekolah di zaman sekarang ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh oleh setiap ibubapa. Banyak perkara yang perlu ibubapa fahami sebelum membuat keputusan bagi pihak anak-anak mereka seperti cara pembelajaran anak-anak mereka, rakan-rakan anak mereka, elaun untuk perbelanjaan anak-anak mereka, cara hidup mereka, cara mereka berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya mereka dan juga cara mereka berfikir dalam hidup mereka.Jadi selepas Papa Koume bertukar badan dengan Koume, akhirnya dia sedar mengapa terdapat halangan dalam hubungan beliau dan anak perempuannya. Kita pula, sebagai penonton, cuba letakkan diri kita dan ibubapa kita dalam watak-watak cerita tersebut.Seterusnya lakukan critical thinking, adakah kita akan melakukan perkara yang sama seperti apa yang mereka lakukan dan adakah kita akan berjaya dalam setiap tindakan yang kita ambil?

         Melalui cerita ini juga saya juga sedar bahawa tidak semua yang kita rancang akan menjadi, sebagaimana kegagalan yang dihadapi oleh kekasih Koume dalam membuat jaringan goal, kegagalan Koume dalam mendapatkan kepercayaan ahli-ahli lembaga pengarah untuk project Rainbow Dream yang papanya sedang usahakan dan juga kegagalan papa Koume dalam menjawab peperiksaan akhir bagi pihak Koume. 
"when we become adults, many unfortunate things may happen to us, and it's not winners or wealthy people who are the greatest. It's those who try their best, and fight on with all their might, they are the greatest."-Koume

Daripada ayat di atas, saya juga terfikir ayat yang seakan-akan  membawa maksud yang hampir serupa tapi tidak sama seperti

  1. bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah
  2. jika kau fikirkan kau boleh, ko hampir boleh melakukan, jika kau fikirkan ragu-ragu usahamu tidak menentu
  3. jika kau fikirkan kemenangan kau hampiri kejayaan, jika kau fikirkan kekalahan kau hampiri kegagalan.
  4. orang yang kaya tak semestinya hidup senang, orang yang miskin pula tak semestinya hidup susah
  5. orang yang sentiasa menang tidak akan mengerti akan nikmat kemenangan tetapi orang yang pernah jatuh dan bangkit semula, sangat memahami nikmat kejayaan dan kemenangan
       Ayat tersebut juga membuatkan saya berfikir mengenai kewujudan segelintir pelajar yang meniru semasa mengambil ujian mahupun menduduki peperiksaan pasti tidak akan merasa nikmat kepuasan terhadap keputusan yang mereka perolehi kerana mereka sendiri juga sedar itu bukanlah usaha yang boleh dibanggakan oleh diri mereka sebaliknya bagi insan yang benar-benar berusaha tetapi masih temui kegagalan dan masih berterusan berusaha yang akhirnya menemui kejayaan pasti akan benar-benar berasa bangga dan berpuas hati dengan hasil usaha mereka. 

       Saya juga sangat berpuas hati dan hormat kepada Kenta-senpai yang menghormati Koume sebagai seorang gadis yang baik dan seorang remaja lelaki yang boleh diharapkan..hehehe..memang cocoklah Koume dengan Kenta-Senpai,,wah suka saya!! <--ter'over sikit..hehe

      Jadi, bagi keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan apa yang saya dapat daripada cerita Papa to Musume no Nanokakan. Bagi saya, itu sudah cukup untuk saya terus berfikiran positif untuk meneruskan cabaran peperiksaan yang bakal menjelang tak lama lagi..Oh ye, lupa nak bagitau, esok akan bermulanya cuti ulangkaji bagi pelajar-pelajar UiTM. Oleh itu, saya mengucapkan 'SELAMAT BERCUTI dan SELAMAT MENGULANGKAJI kepada SELURUH PELAJAR UiTM dan JAGA DIRI BAIK-BAIK yek..hehe

     Baiklah, sampai di sini sajelah entry saya untuk kali ini, sehingga bertemu lagi dan terima kasih sebab sudi membaca post saya..
Sekian..

Tiada ulasan:

the follower

networked Blogs