Pada 3 Ogos yang lalu, aku telah menemani kakak sepupuku outstation ke Seremban selama 3 hari 2 malam. Beliau merupakan pegawai MQA yang bertugas untuk memeriksa kualiti silibus yang disediakan oleh sebuah kolej yang terdapat di Seremban. Kami menginap di Hotel Royale Bintang yang memang mempunyai fasiliti dan servis yang bagus. Oleh kerana aku telah menduga bahawa aku pasti kebosanan sementara menunggu kepulangan sepupuku itu dari perjumpaan yang beliau hadiri, aku pun menghabiskan masaku dengan bermain game di facebook, membaca buku karangan Enid Blyton dan buat amal ibadah yang termampu di Bulan Ramadhan ini.
Untuk juadah berbuka pada hari pertama, sepupuku telah membelanja aku makan di Kenny Rogers Roasters. Berikut merupakan menu juadah yang kami jamah untuk berbuka. Sementara menunggu waktu berbuka, sempat aku tangkap beberapa gambar untuk aku jadikan kenangan sebab inilah pertama kali aku makan Kenny Rogers Roasters, sungguh aku tak tipu!!
Pada malam kedua pula kami berbuka di Chicken Rice Shop yang juga dibelanja oleh sepupuku..hehe...dia tahu aku ni penganggur sementara jadi dialah yang belanja aku makan..hehe...Malangnya waktu aku nak tangkap gambar makanan yang aku makan kat Chicken Rice Shop, bateri handphone aku habis pulak.. Jadi tak dapatlah nak tunjukkan makanan apa yang aku makan..hehe..Sebenarnya yang Chicken Rice Shop ni pun first time aku makan..kwang kwang kwang...hihi..
Walau apapun, sekarang aku dah merasa makan kat Kenny Rogers Roasters dan Chicken Rice Shop, tahniah aku ucapkan kat diri aku sendiri sebab dah berjaya keluar sedikit dari kepompong hidup aku..hehe dan terima kasih banyak-banyak juga aku ucapkan kepada sepupuku yang ku panggil Kak Nana kerana sudi menjemput aku mengikut beliau outstation dan juga membelanja aku makan kat luar.. Oh ye, makanan untuk sahur pula disediakan oleh pihak hotel tapi makanannya makanan biasa sahaja jadi tak perlulah aku ceritakan di entry ini..
Sekian.
kepada semua muslimin dan muslimat pembaca blog ini, aku ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan nak dekat separuh bulan ni rajin-rajinlah tambahkan amal ibadah dan semoga kalian bertemu dengan Malam Lailatul Qadar~~
Blog ni ditulis mengikut cita rasa dan idea penulis sama ada berkaitan hidup peribadi beliau atau sekadar omongan yang hendak dikongsikan dengan pelawat blog ini~~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
the follower
Catatan Popular
Archives
-
▼
2011
(49)
-
▼
Ogos
(14)
- nothing at all
- sapa tahu cara nak tag blogger lain dalam entry bl...
- BLOG PUTERI BERIBIRU: Komik Ini Boleh Menyesatkan ...
- How would you tell your crush that you like them?
- how is ur ramadhan for this year? =')
- word " SEXY " ? describe what to you ?
- pernah bodoh kan diri sendiri depan orang ? :)
- pernah mencintai 'dua' org lelaki / perempuan at t...
- pukal
- formspring.me
- bengang
- What scares you the most?
- Kemalangan
- Seremban
-
▼
Ogos
(14)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan