Blog ni ditulis mengikut cita rasa dan idea penulis sama ada berkaitan hidup peribadi beliau atau sekadar omongan yang hendak dikongsikan dengan pelawat blog ini~~
Tahun baru semester baru~~
Tahun yang bakal masuk lagi beberapa hari saja lagi.. Aku akan memasuki semester ke empat dan kelima untuk tahun ini..Kuliahku akan bermula pada 3 Januari dan akan bermulalah lagi assignment dan juga report yang perlu dibuat untuk melepasi semester ini dengan jayanya.
Untuk tahun baru ini, adikku yang paling kecil akan memasuki Tingkatan 4. Keputusan PMR nya walaupun tidak dapat 8 A tetapi cukup untuk membanggakan aku kerana dia telah berjaya memecahkan rekod aku yang dulunya cuma dapat 4 A sahaja..hehe..( dia dapat 5 A...cayalah) Tahniah diucapkan..Sebagai adik memang sudah menjadi tugas beliau untuk memecahkan rekod kakak dan abangnya..Aku pula perlu sentiasa membuka laluan baru untuknya supaya dia dapat menjadikan aku sebagai rival akademiknya..hehe
Beberapa hari yang lepas, aku sekeluarga telah pulang ke kampung bagi menyertai majlis pertunangan adik tiri ibuku yang paling kecil sekali..hehe..wow~~lama sudah aku tak ke kampung ibuku yang dihuni oleh keluarga tiri ibuku..rupanya ramai sudah sepupu-sepupuku lelaki mahupun perempuan...mereka semua masih kecil-kecil lagi... Paling tua pun muda setahun je dari aku... Seronok jugak jumpa mereka.. Almaklumlah dulu zaman kecil-kecil aku, aku antara yang terkecil sebab abang dan kakak sepupu lain lebih besar umurnya dari aku.. hehe kini, aku dah jadi antara yang terbesar pula..hehe.. sebenarnya adik-adik tiri ibuku ramai..lebih 10 orang.. agak susah jugaklah nak berkumpul ramai-ramai. sesekali jumpa baru kenal muka..
Hmm..oklah.. setakat sini dahulu coretan terbaru aku... Kemudian sambung lagi..
Kenapa soalan kat formspring ni kita tak leh like?
Kenapa soalan kat formspring ni kita tak leh like?
Answer here
Semakin sibuk
Hmm.. bolehlah nak dikatakan minggu ni dan minggu depan aku asyik berkepit dengan buku 'even' aku tak tahu aku pegang buku ker, aku pandang buku ker, aku baca buku ker, aku jawab latihan ker waaaa~~ banyak peringkat sebenarnya study ni..aku ni jenis yang akan ambil tahu 'general knowledge' mengenai sesuatu tajuk dulu baru kemudiannya 'deeply go in the topic. But that way does not really help me until I pretty sure I wasting my TIME'!!!! Setiap subjek punyai cara 'study' yang berbeza tetapi aku masih belum mengetahu cara belajar untuk subjek QMT( 'paper' kedua) lagi.. Aku mulakan dengan 'review' latihan2 yang pernah aku buat dan mula buat 'past year question'.. harap betullah cara aku 'study' ni..
Ok selepas tamat kesibukan 2 minggu 'final exam' ini, minggu berikutnya aku akan menyibukkan diriku dengan persediaan majlis perkahwinan kakak aku pula. Harap sangat aku pandai mengawal emosiku nanti.. Al-maklumlah 'stress exam' belum lepas lagi kan..huhu.. nanti dah 'settle' 2 minggu majlis tu nanti, aku akan bertolak ke Arau pula ke UiTM Perlis untuk menyertai acara konvokesyen...Sekarang ni aku dengar Arau banjir. Aku harap warga Arau tabah menghadapi musibah banjir di sana. Risau jugak aku kalau ada pihak yang tak bertanggungjawab mengambil kesempatan banjir untuk buat projek yang salah seperti mencuri ke, atau apa-apalah yang salah.. Moga Allah melindungi mangsa-mangsa banjir dari kejadian-kejadian yang tidak diingini.
Tamat je minggu 'final exam', minggu majlis perkahwinan kakak aku dan majlis konvokesyen nanti, Insyaallah aku akan pergi bercuti pula nanti.. tempatnya aku rahsiakan dulu.. Tak sabar rasanya nak pergi bercuti tambahan cuti semestar pula dari 15 Nov- 2 Jan 2011.. wah..lamanya aku cuti nanti..Kena rancang program untuk cuti pulak nanti.. wakaka..bz kan? hehehe..takpe, 'even' bz pun kalau hati gembira dan tenang maka segalanya akan berjalan lancar, Insyaallah. Moga aku sentiasa berada dalam keadaan yang sihat untuk menjalani hari-hari ku kelak..
apa sikap yang anda paling benci pada seorang lelaki/perempuan?
huhu..susah ni nak jawab..hmmm, saya tak suka orang yang mengaibkan atau merendahkan orang lain....sila hormati kelemahan masing-masing dan tolong tutup kelemahan orang tu dengan kelebihan yang ada pada diri kita..peace~~
Hampir terjebak
Hah, sim card.. aku pun ambillah dan membeleknya. Abang tu pun tergesa-gesa meminta no phone aku dan aku pun terus beri tanpa fikir panjang.Owh, rupanya dia nak isi borang pendaftaran..abang tu minta ic untuk di fotostat..Aku pun bagilah.. sementara aku menunggu abang tu pergi fotostat, aku bertanya kepada akak yang berada di tempat itu, "ni pelan apa kak?" katanya postpaid..waduh..gawat nih.. aku tak mau,,nanti kene bayar bulan-bulan payah nih.. Abang tu suruh aku isi borang pendaftaran tapi aku tak isi sebab aku masih belum diberi penerangan mengenai sim card tersebut... lantas, aku pun masuk kedalam maybank untuk selesaikan urusan aku di sana. Setelah selesai aku pergi semula ke meja abang celcom tu.. agaknya dia pelik nape lah budak ni tak isi borang lagi..hihihi..lantaklah,, aku pun buat muka selamba tanya kat abang tu.." bang, ni celcom apa bang? kene bayar bulan-bulan ke?". abang tersebut barulah buat penerangan dan memberi contoh jumlah wang yang aku perlu bayar. malangnya, had penggunaan aku tidaklah sampai rm50 sebulan seperti yang abang tu target..wakaka..terima kasih kepada U.O.X yang menawarkan pakej yang murah sesuai dengan tarafku sebagai pelajar. Aku minta maaf kat abang tu sebab aku tak nak sim card executive plan PERCUMA dia tu. Dia masih tak putus asa dan cuba memujuk untuk aku mencuba dulu sim card tersebut.. Oh tidak..aku tidak mahu dibebani bill yang tinggi.. mana nak topup nombor celcom UOX, no DiGi ( no ni pun aku gilir2 topup dengan nombor celcom..nak terminate?..sayang, first number tuuuu), mana nak bayar celcom broadband lagi..plus..mana nak cekau handphone untuk simcard postpaid tu pulak..adeh..Nekad, aku tolak pujuk rayu abang tu.. Maaf bang, saya tak sanggup..huhuhu..Abang tu akur dan dia pun mengalah.. ok bang,saya balik dulu yek...minta maaf yek bang.. Aku pun cepat- cepat menuju ke kereta..Maha Suci Allah telah menyelamatkan aku dari terjebak dengan tipu helah abang celcom tu.. Memang lah sim card tu free TETAPI bayaran bulanan RM50( nasib baik tanya, kalau tak..) sapa nak tanggung bang oooi?? huhu..cukuplah apa yang ada ni, lagipun aku pun bukannya banyak menelefon..hihi..Aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang...lupa plak,tak solat jumaat ke bang oi?adeh...
Kepada encik promoter, janganlah anda tarik customer gaya cam tu..Kasi information yang detail dulu kepada customer anda, kelak nama company you yang teruk..
p/s: fixed line kat rumah aku yang free pun (pakej streamyx) aku tak tahu nak call sapa...
Cuti study week
Berikut merupakan tarikh-tarikh keramat yang aku perlu ingat untuk final exam ni..
1. 31/10 - MGT533 di dewan Raja Muda Musa seksyen 7 (DRMM) mana ntah tempat ni..luar UiTM pulak
exam nyer..huhu
2. 6/11 - QMT 425 dewan kompleks sukan UiTM
3. 8/11 - OPM 534 di DRMM
4. 11/11 - OPM 533 di DRMM
5. 14/11 - OPM 535 di DRMM ( abang sepupu kahwin + ada majlis cukur jambul ada kawan sekolah)
harap sangat aku boleh lepas semua paper untuk sem ini.. penat woo smbg degree.. tak tahu lah pulak berat gaya ni..tapi takpe..Aku buat niat Lillahi Taala..Moga aku dapat kebaikan dariNya.. Doakan aku yek teman-teman..
Konvo untuk diploma masih lagi belum dipasti kesahihan maklumatnya..sekejap di Perlis, sekejap di Shah Alam..Harap2 aku dapat tarikh yg sesuai supaya keluarga aku dapat pergi..
Surat untuk kesayanganku..
Kad Pelajar + Ramadhan + kerinduan..
Keluarga sebagai rujukan Primer dan bukannya Sekunder
Hari ni aku ingin kongsikan sedikit pendapat aku berkenaan kehidupan realiti di dunia ini.
Seringkali kita mendengar berita atau sungutan daripada anak-anak berkenaan ibubapa/keluarga mereka. Ada antara sungutan mereka yang benar dan ada juga jika dinilai, Salah! Itu semua bergantung kepada siapakah diri mereka dan apakah ciri-ciri yang terdapat pada diri mereka..
Ada anak-anak yang selalu mendahului rakan-rakan sebelum keluarga mereka. Seringkali pendapat rakan-rakan mereka yang diikuti berbanding keluarga mereka. Perkara itu tidak menjadi masalah jika pendapat rakannya itu lebih benar dan baik untuk mereka berbanding pendapat keluarga mereka. Tetapi bagaimana jika sebaliknya, maka dihujung masalah anak itu, pasti anak tersebut akan meminta jua bantuan daripada keluarga mereka. Kadang-kadang pada waktu itu, keadaan sudah tidak menyebelahi anak itu. Jadi keluarga pula yang akan disalahkan kerana ketidakmampuan mereka membantu anak itu.
Perbuatan ini sebenarnya kurang wajar, kerana sebagai anak, dia sepatutnya memaklumkan kepada keluarganya terlebih dahulu sebelum berkongsi masalah dengan rakan-rakan. Cara ini lebih berkesan kerana dia boleh mendapat 2 pendapat sekaligus dalam waktu yang lebih kurang sama ( di awal waktu). Kemudiannya barulah dia menilai pendapat mana satu yang boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah dia. Jika dia lewat memberitahu masalahnya kepada keluarga dia, maka masalah anak itu akan lewat diselesaikan dan mungkin yang lebih malang, tidak dapat diselesaikan! Oleh itu, jadikanlah keluarga kita sebagai rujukan Primer dan bukannya Sekunder.
Saya mengerti ada juga latar belakang keluarga yang menyebabkan anak itu sukar untuk berkongsi masalah dengan keluarga mereka. Tetapi ingatlah diri kita sendiri tidaklah sesempurna mana. Pandai-pandailah diri kita untuk menyesuaikan diri kita dengan keadaan. Jika kita tidak pandai mengambil hati mereka atau tidak pandai menilai keadaan yang sesuai untuk berkongsi masalah kita, apalah guna kita menjadi keluarga mereka dalam jangka waktu yang lama. Bak kata seorang Kaunselor aku di sekolah dulu " jika kamu tidak berjaya memujuk ibubapa kamu itu bermakna kamu tidak memiliki ciri-ciri anak yang sebenar. Sia-sia saja mak bapa kamu besarkan kamu". Mungkin ada antara pembaca yang tidak setuju dengan pendapat cikgu itu, tetapi bagiku, kata-kata cikgu itu ada benarnya.
Jika kita lihat di waktu kecil dahulu, kita mampu membuat ibubapa kita membelikan atau menyediakan sesuatu untuk kita, mengapa bila sudah besar, kita tidak pandai melakukannya? Segarang manapun ibubapa kita, seteruk manapun ibubapa kita, kita sebagai anak harus tahu dimana point atau bahagian yang terdapat pada diri keluarga kita yang jika kita berjaya sentuh, maka mereka akan menyokong kita dan mengambil perhatian mengenai kita.
Ingatlah.. mungkin pada waktu ini kita menghadapi masalah dengan mereka, tetapi pada masa depan masalah kita itu mungkin menjadi bahan gurauan bersama dengan mereka ketika bersantai.
Dan juga, sejauh manapun kita melarikan diri dari keluarga kita, kelak ketika diri kita menyahut seruan ilahi, merekalah orang pertama yang akan dicari untuk menguruskan diri kita. Insaflah wahai teman.. Kehidupan kita ini ibarat roda. Mungkin diwaktu ini kita benar dan mereka salah, tetapi di lain masa mereka pula benar sebaliknya kita yang salah. Bermaaf-maafanlah selalu.
Yang baik itu dijadika ikutan sebaliknya yang buruk itu dijadikan sempadan.. Wallahualam..
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada pembaca yang beragama Islam. Ambillah kesempatan di Bulan Ramadhan untuk topup akaun akhirat kita dan settle kan hutang kita kepada Nya.. Sekian..
ish..malasnya...
Bunyi cam aku ni ada masalah. Haa..ni lah aku nak ceritakan masalah aku..
Pertama, aku demand bilik sendiri supaya mudah bagiku untuk meng'hidden'kan diriku dari orang-orang sekeliling.Tapi, kat rumah ni tak cukup biliklah kalau semua adik-beradikku 'demand' cam aku.hehe.. Aku teringin gak nak apply kolej tapi bila dipikir-pikir, alasan aku tak cukup kukuh untuk mendapatkan kolej. Mana taknya, jarak rumahku ke UiTM Shah Alam tu dalam kurang lebih 25 minit. So, memang tak logiklah kalau pihak Kolej nak bagi bilik di kolej mereka kepada aku.hahaha..Ini bermakna aku kena berulang-alik dari rumah ke menara gading tersebut.. ..So, untuk selesaikan masalah ini aku pun amik keputusan supaya biarlah berkongsi katil dan berkongsi bilik asalkan tak kongsi meja belajar dan rak buku aku ngan adik-adikku...huhu..Ok. masalah pertama settle.
Kedua, nak gi ulang-alik nak kene ada transport. Adeh!.. problem..problem.. Sejak aku balik dari Arau nih, kereta Kenari ayahku sudah menjadi kereta utama bagi Adik pertama aku ( Cik A). Kenapa? sebab dia telah ditugaskan untuk mengambil dan menghantar adik aku (Cik I ) pergi ke sekolah dan tempat tuisyennya. So, walaupun aku berada di rumah, aku jarang-jarang memandu. Ok. di mana sebenarnya terletak masalah aku? Sebenarnya, dari zaman diploma lagi ayahku dah kata nak bagi aku kereta kenari tu kalau aku dapat kat shah alam, dan memang benar ayahku nak bagi, tetapi aku sendiri yang menolaknya kerana, kereta itu diperlukan oleh Cik A untuk mengambil Cik I ulang alik ke sekolah dan tempat tuisyen. Then, solution untuk masalah ni adalah, Cik A kene antar aku gi sekolah aku jugak..wakaka..bertambah lagi kerja dia.hehehe..
Ketiga, apa masalah aku lagi nih? Hehe, aku boring lah.. duk terperap kat rumah ni.. nak keluar cuci mata pun tak berani..pitih tak de..wakaka...kenelah aku duk umah je..
Hahaha..dek kerana duk terperap kat umah, aku pun jadi malas.. malas betul..nak baca buku cerita kene tunggu Cik I pinjam dari perpustakaan sekolah..hahaha..dahsyat tul aku nih.. ^ - ^..hehehe
kembali menulis
Hmm..dalam post aku yg sebelum ini ada aku nyatakan keinginanku untuk menyediakan Zone Peribadiku kat rumah ni...tetapi..aku hanya merancang, Allah yang menentukannya..huuu.. Disebabkan pertambahan perabot2 di rumahku, ruang di dalam kamar kian sempit. Buku2 yang aku teringin nak baca kembali pun telah disimpan di dalam 'box' yang sukar untuk diambil frequently..Hmm..hilang keinginan ku untuk kembali menjadi ulat buku..Takpelah.. Ada rezeki kelak, aku nak beli rumah dan sediakan bilik aku seperti yg aku idamkan..Harap impian itu kesampaian..huhu
Berkaitan projek komputer adik aku pula, dia sudah selesai setup sebuah pc yang boleh dikatakan paling laju dalam rumahku ini. Siap dengan graphic card lagi..jelesnyer aku..hahaha..Aku pula tak dan nak upgrade ilmu maintenance komputer aku..biarlah, mungkin belum tiba masanya lagi.
Cuti bermula + Tamat diploma ( belum Rasmi)
Sekarang aku dah selamat berada di rumah... Hmm..ingat nak cari kerja tapi kerja kat rumah aku pun berlambak. Aku kene mengecat rumah dan kene perah otak nak buat redesign reka bentuk susunan perabot kat rumah ni.. Ini semua sebagai persediaan untuk majlis perkahwinan kakakku yang dijangka berlansung di hujung tahun ni InsyaAllah.
Kerja aku nak mengecat rumah bermula hari ini.. Mula dari jam 10 pagi hinggalah jam 6 petang, aku dan keluarga ku sibuk mengecat.. Bagi mereka ini bilik yang terakhir untuk dicat, sebaliknya bagi aku ini bilik pertama. Huhu.. takpe..inilah masanya aku nak meletihkan badanku. Sepanjang minggu final exam penat dah otak ni mengadap buku..Hahaha.
Hmm..Aku nak mulakan hidup baru, itu, aku nak setup semula ZONE SAYA kat dalam umah ni.. tak kiralah apa nak jadi-jadilah.Aku nak cari balik ruang aku kat dalam rumah ni. 3 tahun merantau cukup untuk membuatku kehilangan ruang di dalam rumah ini. Jadi, aku perlu mulakan semula pencarian ruang ku di rumah ini.
Selain itu,aku juga nak mula berkecimpung semula dalam dunia maintenance komputer, tapi untuk melakukannya aku kena cari balik manual maintenance yang aku dapat semasa menjalani kursus pengaturcaraan komputer,Memandangkan adik aku sekarang ni dalam usaha mengumpulkan sedikit demi sedikit barangan pc maka aku pun kene improve pengetahuan komputer ku untuk compete dengan dia.Haha..bunyi cam kelakar, tapi aku memang suka compete ngan adik aku yang ini. Almaklumlah kami punya IQ lebih kurang so aku kene jaga prestasi peribadiku. Berusaha Cik Cenderawasih!Hahaha..
Baiklah, sampai disini dahulu entry aku buat malam ini..Ada masa lapang aku update entry baru..Salam dan Selamat malam.
Tata..
Masalah dah selesai.
MIMPI- petunjuk atau bukan?
MIMPI
setelah jam menunjukkan pukul 4:45 pagi, aku berhenti daripada belajar. Otakku telah memberi signal untuk tidur. Aku pun berkemas dan buat persiapan untuk tidur... -Aku sedang berada dalam situasi yang genting ketika ini, aku dan juga kumpulanku bergegas melarikan diri dari 'apa ntah' yang sedang mengejar kami. Kami perlu masuk ke dalam 1 lubang dan perlu berenang untuk sampai ke Rumah Allah( yang itu aku fikirkan ketika itu). Pada waktu itu, fikiranku begitu yakin aku sedang menuju ke masjid di MEKAH. Aku terus berlari ( tadi berenang ramai2 dengan orang yang aku dah tak ingat tapi sekarang belari) , turun tangga mencari pintu masuk masjid. Orang begitu ramai, dan aku berfikir lagi kalau aku cepat, aku akan sempat bertemu dengan PAK LONG ku yang aku tahu sedang berada di pintu masjid itu juga, Ayahku ada diluar kawasan itu tapi dia tidak dapat masuk dan aku tidak mengetahui apa sebabnya. Yang pasti aku jelas aku sangat gembira bertemu dengan Pak Longku sehinggakan aku peluk dirinya dan hampir menangis. Dari jauh aku terdengar ayahku berkata, Hmm..kalau aku dah sampai di sini ( Mekah) maka dah tamatlah perjuangan ku di dunia ini dan aku dan Pak Longku menerima kata-kata itu dengan gembira sebelum tiba-tiba ayahku menjerit dan mengatakan ,"jaangan, jangan, jangan pergi lagi', aku bingung ketika itu, Pak Longku yang ku peluk sebentar tadi tiba-tiba bertukar menjadi ayahku yang tidak membenarkan aku pergi. - Seterusnya aku terjaga dari mimpiku.
-Berdasarkan pengetahuanku ianya seolah-olah roh ku telah ditahan oleh ayahku supaya tidak pergi meninggalkan dunia ini.Aku teringatkan cerita orang-orang tua bahawa ada antara kita yang akan diuji rohnya untuk pergi ( meninggal dunia) tetapi jika ada saudara maranya yang menghalang maka ianya tidak akan menjadi. Aku tertanya adakah ini dia antaranya atau mainan mimpi semata-mata. Kisah mimpiku ini membuatkan aku tersedar mengenai hutang ku dengan Allah. Tak kiralah betul ke mimpi ini suatu petunjuk atau bukan, yang pasti aku yakin aku kene secepatnya menunaikan hutangku kepada Allah sebagai seorang Muslimah. Ya ALLAH, aku juga ingin berada di samping orang yang aku sayangi sebelum aku pergi dan ini termasuk Encik yang selalu berada dalam Istana hatiku.
Aku terjaga dari tidurku sekitar jam 7 pg dan aku terus pergi mandi dan membuat kerja yang perlu aku lakukan.
MIMPI 2 (Hari yang sama)
Pukul 10 (lebih) pagi. dek kerana tak cukup tidur maka kepalaku bengal. Aku pun menuju katilku dan pergi tidur. Tujuannya untuk tidur sebentar. Aku lena begitu pantas sekali dan aku dikejutkan juga sekali lagi dengan mimpi yang dahsyat. - Aku berada di sekitar kawasan Sekolah Agamaku suatu ketika dahulu dan dari jauh aku nampak orang ramai sedang membawa jenazah dan dulang-dulang yang di atasnya terletak kepala jenazah yang terputus. Aku seolah-olah dapat merasakan ada dia antara mereka merupakan orang yang aku sayangi. Kepala pertama, aku tak kenal dan orang yang memegang dulang itu berlalu, dulang kedua aku tak kenal dan nasib baik matanya tertutup.Dulang ketiga MASYAALLAH!!!!!!!!!!!!!!!!! temanku Cik TIM ..aku sangat tidak menyangka dia, matanya terbuka dan kulihat ada air mata yang mengalir di pipinya .. seterusnya aku lihat Cik Jihah sahabatku pula..mereka semua mangsa kemalangan jalan raya. aku bertanya kepada sahabatku, Wan, memberitahuku mereka semuanya dalam perjalanan untuk membeli air minuman sebelum kereta yang mereka naiki dilanggar dan mereka meninggal di tempat kejadian...
- Aku terus bangun dari tidurku dan terus menaip mimpiku ini. Aku tak tahu nak berkongsi kedua-dua mimpiku dengan siapa dan aku tertanya apakah sebenarnya terjadi kepadaku. Ya ALLAH, mudahkanlah bagiku untuk tidur dengan tenang malam nanti.. HUHU..esok aku ada final paper dan mimpi ku ini membuat aku begitu tak senang hati.. Hai .nasib badan.... nasib baik ada blog yang sudi menyediakan aku ruang untuk bercerita. Aku memnag benar-benar takut dan benda ni tak boleh cerita kepada parent terutama bila mereka jauh dariku.Aku risau mereka akan gelabah dan fikir macam-macam dan membuatkan darah tinggi ayahku naik pulak.HUHU..
aku takut dan lagi bimbang
Tanya sama Allah
1. Korang kenal pasti masalah paling utama korang
2. Amik Al-Quran yang ada tafsir( wudhuk dulu yek) ataupun korang guna tafsir terus pun boleh..
3. Point mana2 ayat dan baca ayat tersebut berserta MAKSUD nya sekali..
InsyaAllah pasti ada jalan penyelesaian yang ada diberitahu dalam bacaan korang tu..tapi hati2..jgn salah faham pulak. korang kaitkan masalah korang dengan maksud ayat tu.. InsyaAllah korang akan bertemu dengan cahaya petunjuk DARI-NYA.Apa-apa pun niat paling penting..Jangan salah guna yek..Wallahualam
p/s: saya ni manusia biasa, kalau ada sebarang perkongsian..kita kongsi sama-sama.tak kisah korang siapa..
sedikit cerita untuk dikongsi
fewh... dua2 killer paper..skrg duk bz analisis past year question dan juga analisis benda2 lain..hehe..
Abg Boy( jiran sebelah rumah merangkap informal abang ) kahwin 9 hb..adoy~~ tak dapat nak hadirkan diri ke majlis tersebut. Tambahan lagi tak boleh minta ayah amik pada hari tu.. So minta ayah amik keesokan harinya. Takpe..sempat den nak kemas barang2 den lepas last paper..
Bila fikir mengenai hal ni, hati rasa syahdu tetiba.Al maklumlah 3 tahun duk merantau di Arau ni.. 5 sem duduk di kolej cengal cl 2048 dan last sem berpindah di cengal cl1015..lokasi bilik memang strategi sebab berhadapan ampai dan menghadap gelanggang badminton yang terang benderang..hehe..dan memang tabiat diriku lepak dalam bilik berbanding luar bilik..tu yang orang kata aku ni katak bawah tempurung..whatever..janji daku tak kacau orang dan tak sakitkan hati orang..hehe.
Apakah aku masih berkesempatan melawat bandar Arau ini suatu hari kelak? Wallahualam.. Degree pun aku tak tahu dapat kat mana lagi..Anyway..aku terima jer walau kat mana kerana aku pasti DIA punya rancangan Maha Hebat dan Secocok dengan diriku..
Hmm..apa nak tulis lagi yek? Ha..roomate dah balik sini..sejak 23hb dia balik rumah baru ari ni dia balik sini..huhu..tamatlah kehidupan single ku untuk beberapa hari ni..hehe..
tournament di PTSS
Sorry for myself
OK this coming Saturday, the tournament gonna be happen. I still cannot make decision whether to followed them as a supporter or not. I have my personal reason not to follow them, but there is a person that told me that I should come for company my sparring partner. Hua.. I want to avoid my feeling disaster but I also cannot make my sparring frust just become i'm not coming. Ai Yay Yay...
DULU..
Offline
wow..bulan 3 ni bulan bz.. aku ada banyak keroje nak dibuat..banyak trip pulak tu termasuklah kenduri-kenduri kahwin yang aku hadiri.. nanti ada masa aku ceritakan aktiviti-aktiviti yang aku buat dalam bulan nih..Sehingga ketemu lagi..
Ingatan di malam hari
Sebelum tidur, aku teringin untuk melihat semula buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 1 kepunyaan kakakku. Sedikit rasa sayu dan banyak rasa bersyukur beraja dalam hatiku dan telah menginsafkan diriku. Ianya juga membuatkan akalku berfikir siapa dia orang-orang yang berada di sekitarku dan apa peranan mereka dalam hidupku. Aku juga telah dapat memikirkan ciri-ciri teman atau orang-orang yang ingin ku dekati dan yang ingin ku jauhi.Antaranya,
Orang yang aku senangi dan ingin ku dekati:
orang yang berdisiplin
orang yang kuat membaca (terutama yang mempercayai menuntut ilmu tidak mengira usia)
orang yang berbudi bahasa
orang yang pandai menjaga hati kawan dan teman di sekelilingnya
orang yang suka memperbaiki diri sendiri (boleh dikatakan bermotivasi atau berfikiran positif)
Kenapa aku suka dengan golongan seperti di atas?
Jawapannya, mereka ini akan memberikan tenaga positif ke dalam hidupku. Biasanya golongan ini akanku jadikan idola ataupun contoh ikutan dalam hidupku. Teman yang baik akan sentiasa membantu untuk memperbaiki diri kita dan teman yang sebaliknya sangat suka melihat kejatuhan kita.
Orang yang aku cuba jauhi ;
orang yang kuat marah
orang yang menggunakan perkataan kasar dalam kehidupan seharian mereka
orang yang mementingkan diri sendiri
orang yang berfikiran sempit (locker room)
orang yang berfikiran negatif
orang yang suka mengumpat
orang yang suka padang remeh perkara yang dituntut dalam Islam
Kenapa aku perlu jauhi orang-orang ini?
Ini kerana sifat aku yang seperti air yang boleh berubah-ubah apabila diisi dalam bekas yang berbeza-beza. Seperti dalam peribahasa ',masuk kandang kambing kita mengembek,masuk kandang kerbau kita menguak' kalau boleh aku tak nak masuk dalam kandang yang akan memudaratkan aku kelak..
p/s: Aku rindu dengan teman-teman ku yang pernah ku jadikan sumber inspirasi suatu ketika dahulu..Moga Allah memberkati dan memelihara kehidupan mereka.Amin..
Plat Kereta terjatuh
Huhu.. Nak dipendekkan cerita. bila sampai di tempat kerja ibuku, ibuku bertanya, "mana pergi plat kereta depan?'. Hah! Aduhai..ni mesti sebab banjir kecil yang aku rempuh telah menyebabkan plat kereta ayahku tertanggal..Cool beb..cool..bawak kereta tak boleh gabra..Haha(trend mark aku).. Alahai..memikirkan apa yang bakal terjadi selepas ini, aku rasa bersalahlah pulak.Tapi apa nak buat, Aku dah cuba terhabis baik..dalam banjir tak boleh bawak pelan sangat dan gear kene rendah..Aku baru cuba aplikasi tu..manjadi memang menjadi tetapi plat kereta ayahku pulak yang tak cukup kuat mengharungi arus banjir..HuHu..
Takpelah..beberapa minit yang lepas, Ayahku pulang dari tempat kerjanya( waktu kejadian ayahku sedang bekerja). Aku kabarkan berita tersebut kepada ayahku..Alhamdulillah..ayahku terima kejadian tersebut dengan tenang..hihi..Terima kasih Ya Allah kerna dah tolong aku untuk menyampaikan berita tersebut dalam keadaan yang terbaik..Aku rasa lega sekarang dan aku boleh tidur dengan tenang malam ni (dah pagi rasanya)..
Buat kereta ayahku: sabar yek..nanti kami cari plat kereta yang baru..hehe
ZON SELESA
Setiap manusia secara zahirnya mencari zon selesa masing-masing. Apa yang dimaksudkan dengan zon selesa? Apa yang aku faham, zon selesa merupakan keadaan di mana kita berada dalam situasi yang menyenangkan yang tidak perlu serabutkan fikiran untuk memikirkan perkara-perkara selain dari apa yang kita ada kini.
Sebenarnya boleh dikatakan kini aku berada di zon selesa. Baguskan? Semua dah siap ada. Nak duit, tebalkan muka minta dari PAMA. Nak makan, pergi kedai dan beli ikut apa yang kita hendak. Nak jalan, pergi jer ke mana-mana kaki hendak melangkah. Asalkan tak pergi ke tempat-tempat yang memudaratkan. Pendek cerita segala keperluan ASAS hidup sepeti makan,pakaian,tempat tinggal dan lain-lain mencukupi.
Buruk dan baiknya? Haaaa…..inilah nak yang aku nak ceritakan..
Baik. memang bagus semua keperluan aku telah tersedia. Aku cuma perlu jaga prestasi akademikku dan lakukan perkaran yang aku nak lakukan jer..Tak de paksaan. Kalau suruh ke hulu,aku pun ke hulu.Kalau nak aku ke hilir,aku pun ke hilir..Dah memang sebati dengan hidupku ikut jer apa pihak berkuasa minta,asalkan kebajikan ku terjaga.Almaklumlah aku dalam'zon selesa'.
Buruknya pulak. Ni yang tak bestnya bila berada dalam zon selesa.
Pertama, tak reti nak berdikari. Semua perkara takut nak buat sendiri. Kene tunggu arahan yang lengkap baru boleh buat kerja. Lepas tu kenelah bersedia terima kritikan daripada orang lain..huhu.. Kalau kritikan tu disampaikan dalam cara yang berhemat boleh tahan lagi,tapi bila disampaikan dengan tengkingan dan amarah,memang boleh buat hatiku terbakar. Benda dah jadi,aku tak boleh nak buat apa-apa.
Kedua, hilang keyakinan diri. Bila semua benda dah ada depan mata ,kerja memang beres tapi bila perlu buat sedikit penyelidikan mulalah hilang arah. Mana tak nya,dah biasa kene suaplah katakan..bak kata seorang guruku,"muka subsidi"…Lepas tu terkapai-kapai minta pertolongan dari orang lain.Bila orang tak nak bantu atau bantu ala kadar sahaja, perasaan tak yakin mula muncul dan rasa nak mengamuk pula muncul.Tapi berkat rasa takut kepada Allah,maka cool balik. Aku pun mula berdoa mohon petunjuk dariNya.Alhamdulillah,biasanya menjadi.hehe..Allah sayang aku..hihi(perasan)
Balik umah..
Kami bercadang nak buat reunion lagi setiap tahun..cadangan dah diterima..Aku akan menanti saat itu..hehe
Jadual bulan Februari 2010
Diam tak diam sebulan dah aku berada dalam semester baru kat UiTM ni..sekarang dah masuk bulan kedua, aku dah dapat menyesuaikan diriku dalam bilik baruku juga roommates baruku.. Mula-mula agak sukar hingga ada roommateku yang terasa dengan diriku tapi aku minta maaf, itu adalah diriku ketika aku berada dalam keadaan yang tidak selesa( tengah demam masa tu)..Ok lah..buang yang keruh dan ambil yang jernih.. Aku nak teruskan jadual aku untuk bilan ini.
4-2-2010 Test MGT361 ( introduction to international business)
5,6,7-2-2010 Trip ke Langkawi bersama rakan sekelas..wah sangat best.
11-2-2010 Test MKT361 ( principles and practice of selling)
12-2-2010 Malam: balik ke rumah naik bas..huhu tak sabar rasanya nak bertemu family.
13-2-2010 Reunion bersama kawan sekolah menengah di rumah sahabat..tak tahu larat ke tak, nak pi umah dia pepagi buta coz maybe sampai umah dari Perlis before azan subuh..
21-2-2010 baru bertolak balik ke Perlis
22-2-2010 submit marketing report subject ENT300..ALAHAI….
24-2-2010 ada forum pulak, tajuk: roles of culture.. kene search maklumat nih..tak tau sapa yg akan terkena..huhu. subject(IB)
25-2-2010 kelas ganti (malam) subjek ENT300
27&28-2-2010 Sukan DBS
wah..setakat ni tu jer aku tahu..kalau ada sebarang perubahan perlu aku edit semula entry ni..