Tahun baru semester baru~~

2011
Tahun yang bakal masuk lagi beberapa hari saja lagi.. Aku akan memasuki semester ke empat dan kelima untuk tahun ini..Kuliahku akan bermula pada 3 Januari dan akan bermulalah lagi assignment dan juga report yang perlu dibuat untuk melepasi semester ini dengan jayanya.

 Untuk tahun baru ini, adikku yang paling kecil akan memasuki Tingkatan 4. Keputusan PMR nya walaupun tidak dapat 8 A tetapi cukup untuk membanggakan aku kerana dia telah berjaya memecahkan rekod aku yang dulunya cuma dapat 4 A sahaja..hehe..( dia dapat 5 A...cayalah) Tahniah diucapkan..Sebagai adik memang sudah menjadi tugas beliau untuk memecahkan rekod kakak dan abangnya..Aku pula perlu sentiasa membuka laluan baru untuknya supaya dia dapat menjadikan aku sebagai rival akademiknya..hehe

Beberapa hari yang lepas, aku sekeluarga telah pulang ke kampung bagi menyertai majlis pertunangan adik tiri ibuku yang paling kecil sekali..hehe..wow~~lama sudah aku tak ke kampung ibuku yang dihuni oleh keluarga tiri ibuku..rupanya ramai sudah sepupu-sepupuku lelaki mahupun perempuan...mereka semua masih kecil-kecil lagi... Paling tua pun muda setahun je dari aku... Seronok jugak jumpa mereka.. Almaklumlah dulu zaman kecil-kecil aku, aku antara yang terkecil sebab abang dan kakak sepupu lain lebih besar umurnya dari aku.. hehe kini, aku dah jadi antara yang terbesar pula..hehe.. sebenarnya adik-adik tiri ibuku ramai..lebih 10 orang.. agak susah jugaklah nak berkumpul ramai-ramai. sesekali jumpa baru kenal muka..

Hmm..oklah.. setakat sini dahulu coretan terbaru aku... Kemudian sambung lagi..

Tiada ulasan:

the follower

networked Blogs