Keluarga sebagai rujukan Primer dan bukannya Sekunder

Salam sejahtera..
Hari ni aku ingin kongsikan sedikit pendapat aku berkenaan kehidupan realiti di dunia ini.

Seringkali kita mendengar berita atau sungutan daripada anak-anak berkenaan ibubapa/keluarga mereka. Ada antara sungutan mereka yang benar dan ada juga jika dinilai, Salah! Itu semua bergantung kepada siapakah diri mereka dan apakah ciri-ciri yang terdapat pada diri mereka..

Ada anak-anak yang selalu mendahului rakan-rakan sebelum keluarga mereka. Seringkali pendapat rakan-rakan mereka yang diikuti berbanding keluarga mereka. Perkara itu tidak menjadi masalah jika pendapat rakannya itu lebih benar dan baik untuk mereka berbanding pendapat keluarga mereka. Tetapi bagaimana jika sebaliknya, maka dihujung masalah anak itu, pasti anak tersebut akan meminta jua bantuan daripada keluarga mereka. Kadang-kadang pada waktu itu, keadaan sudah tidak menyebelahi anak itu. Jadi keluarga pula yang akan disalahkan kerana ketidakmampuan mereka membantu anak itu.

Perbuatan ini sebenarnya kurang wajar, kerana sebagai anak, dia sepatutnya memaklumkan kepada keluarganya terlebih dahulu sebelum berkongsi masalah dengan rakan-rakan. Cara ini lebih berkesan kerana dia boleh mendapat 2 pendapat sekaligus dalam waktu yang lebih kurang sama ( di awal waktu). Kemudiannya barulah dia menilai pendapat mana satu yang boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah dia. Jika dia lewat memberitahu masalahnya kepada keluarga dia, maka masalah anak itu akan lewat diselesaikan dan mungkin yang lebih malang, tidak dapat diselesaikan! Oleh itu, jadikanlah keluarga kita sebagai rujukan Primer dan bukannya Sekunder.

Saya mengerti ada juga latar belakang keluarga yang menyebabkan anak itu sukar untuk berkongsi masalah dengan keluarga mereka. Tetapi ingatlah diri kita sendiri tidaklah sesempurna mana. Pandai-pandailah diri kita untuk menyesuaikan diri kita dengan keadaan. Jika kita tidak pandai mengambil hati mereka atau tidak pandai menilai keadaan  yang sesuai untuk berkongsi masalah kita, apalah guna kita menjadi keluarga mereka dalam jangka waktu yang lama. Bak kata seorang Kaunselor aku di sekolah dulu " jika kamu tidak berjaya memujuk ibubapa kamu itu bermakna kamu tidak memiliki ciri-ciri anak yang sebenar. Sia-sia saja mak bapa kamu besarkan kamu".  Mungkin ada antara pembaca yang tidak setuju dengan pendapat cikgu itu, tetapi bagiku, kata-kata cikgu itu ada benarnya.

Jika kita lihat di waktu kecil dahulu, kita mampu membuat ibubapa kita membelikan atau menyediakan sesuatu untuk kita, mengapa bila sudah besar, kita tidak pandai melakukannya? Segarang manapun ibubapa kita, seteruk manapun ibubapa kita, kita sebagai anak harus tahu dimana point atau bahagian yang terdapat pada diri keluarga kita yang jika kita berjaya sentuh, maka  mereka akan menyokong kita dan mengambil perhatian mengenai kita.

Ingatlah.. mungkin pada waktu ini kita menghadapi masalah dengan mereka, tetapi pada masa depan masalah kita itu mungkin menjadi bahan gurauan bersama dengan mereka ketika bersantai.
Dan juga, sejauh manapun kita melarikan diri dari keluarga kita, kelak ketika diri kita menyahut seruan ilahi, merekalah orang pertama yang akan dicari untuk menguruskan diri kita. Insaflah wahai teman.. Kehidupan kita ini ibarat roda. Mungkin diwaktu ini kita benar dan mereka salah, tetapi di lain masa mereka pula benar sebaliknya kita yang salah. Bermaaf-maafanlah selalu.
Yang baik itu dijadika ikutan sebaliknya yang buruk itu dijadikan sempadan.. Wallahualam..

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada pembaca yang beragama Islam. Ambillah kesempatan di Bulan Ramadhan untuk topup akaun akhirat kita dan settle kan hutang kita kepada Nya.. Sekian..

Tiada ulasan:

the follower

networked Blogs