Ingatan di malam hari


Sebelum tidur, aku teringin untuk melihat semula buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 1 kepunyaan kakakku. Sedikit rasa sayu dan banyak rasa bersyukur beraja dalam hatiku dan telah menginsafkan diriku. Ianya juga membuatkan akalku berfikir siapa dia orang-orang yang berada di sekitarku dan apa peranan mereka dalam hidupku. Aku juga telah dapat memikirkan ciri-ciri teman atau orang-orang yang ingin ku dekati dan yang ingin ku jauhi.Antaranya,



Orang yang aku senangi dan ingin ku dekati:

orang yang berdisiplin

orang yang kuat membaca (terutama yang mempercayai menuntut ilmu tidak mengira usia)

orang yang berbudi bahasa

orang yang pandai menjaga hati kawan dan teman di sekelilingnya

orang yang suka memperbaiki diri sendiri (boleh dikatakan bermotivasi atau berfikiran positif)

Kenapa aku suka dengan golongan seperti di atas?

Jawapannya, mereka ini akan memberikan tenaga positif ke dalam hidupku. Biasanya golongan ini akanku jadikan idola ataupun contoh ikutan dalam hidupku. Teman yang baik akan sentiasa membantu untuk memperbaiki diri kita dan teman yang sebaliknya sangat suka melihat kejatuhan kita.



Orang yang aku cuba jauhi ;

orang yang kuat marah

orang yang menggunakan perkataan kasar dalam kehidupan seharian mereka

orang yang mementingkan diri sendiri

orang yang berfikiran sempit (locker room)

orang yang berfikiran negatif

orang yang suka mengumpat

orang yang suka padang remeh perkara yang dituntut dalam Islam



Kenapa aku perlu jauhi orang-orang ini?

Ini kerana sifat aku yang seperti air yang boleh berubah-ubah apabila diisi dalam bekas yang berbeza-beza. Seperti dalam peribahasa ',masuk kandang kambing kita mengembek,masuk kandang kerbau kita menguak' kalau boleh aku tak nak masuk dalam kandang yang akan memudaratkan aku kelak..



p/s: Aku rindu dengan teman-teman ku yang pernah ku jadikan sumber inspirasi suatu ketika dahulu..Moga Allah memberkati dan memelihara kehidupan mereka.Amin..

Tiada ulasan:

the follower

Catatan Popular

networked Blogs