Balik umah..

Yeah!..12.2.2010  pukul 9.40 malam bas bertolak dari kangar ke klang.. ..pagi tadi aku sampai kat umah.. dalam pukul 10.40 pagi pulak ada reunion bagi batch spm2006 smk rantau panjang.. Majlis dibuat di rumah sahabatku Safitri..wow..aku sangat terkejut aku kawan yang pertama sampai..hahaha. apa lagi aku kenelah tolong sahabatku memasak..hehehe..menu pada hari ini adalah nasi ayam dan bihun sup..menu sampingan muffin dan juga lain2..memang best dapat jumpa kawan-kawan sekolah..dapat tukar-tukar cerita..dah pukul 6 baru balik umah..haha lama gila aku kat umah safitri..oh yea..lupa plak nak mention..dalam pertemuan tadi ada seorang sahabatku yang kini sedang mengandung 5 bulan..hehe..ada jugak rupanya kawan aku yang dah kahwin..tahniah aku ucapkan untuk dia..

Kami bercadang nak buat reunion lagi setiap tahun..cadangan dah diterima..Aku akan menanti saat itu..hehe

Tiada ulasan:

the follower

Catatan Popular

networked Blogs