dah lama tak menulis!

Adui.. rasanya terlalu lama aku tidak menulis. skill aku tidak meningkat malah semakin menurun kerana aku telah lupa format untuk menulis. Azamku sekarang, aku nak refresh kembali segala perkara yang aku suka lakukan pada zaman kanak-kanakku.. baru sekarang aku sedar, tabiat aku yang dulu yang suka membaca, menulis, melukis, menyanyi, menonton televisyen dan mendengar radio sangat memberi kesan yang positif dalam hidupku.. selama 2 tahun setengah (sejak aku masuk diploma) aku telah tinggalkan semua perkara tersebut. Kesannya aku menjadi katak di bawah tempurung selama 2 tahun setengah. HAH!!! aku benci diriku sendiri yang tak kuat pendirian.. anyway, eksperimen aku terhadap diriku telah selesai. Kesimpulan yang aku dapat hasil dari ujikajiku sendiri, aku tak nak bergantung kepada orang lagi..tak kira apa orang nak kata, tak boleh lari,tak boleh berfesyen, tak boleh guna duit untuk perkara-perkara yang aku suka seperti yang aku sebut di atas, dan lain-lain, Aku 80% menolak kerna semua itu juga punya kepentingan tersendiri.. Wah ternyata aku agak membazirkan masa belasan tahunku kerana tidak membina zonku sendiri.. takpelah.. Moga Aku masih sempat untuk membinanya. Moga Allah membantuku untuk meningkatkan kualiti hidupku..terutama masalahku dalam memilih teman, baik teman belajar mahupun teman bermain..

Tiada ulasan:

the follower

networked Blogs