Balik umah

Jadual ku hari ini adalah balik umah. Training Taekwondo ku terpaksa ku tinggalkan. Hatiku memberontak untuk pulang ke rumah..Fikiranku agak runsing dalam 2-3 minggu ni. Alhamdulillah, dalam pukul 5 lebih aku selamat tiba di rumahku. Begitu gembira hatiku melihat ahli keluargaku. (berapa banyak 'ku' da...)

Di dalam bas, ada sepasang suami isteri yang agak berumur, ku kira pangkat atuk dan nenek bagi diriku.Nenek tersebut kelihatan agak lemah dan ternyata sepanjang perjalanan beberapa kali dia telah muntah. Tetapi aku begitu kagum dengan kecekalan hatinya untuk menunaikan solat zohor. Nenek tersebut telah menunaikan solat zohor di dalam bas! aku betul2 terkejut... hehe
First time aku tgk seorang wanita yang menunaikan solat dalam bas.Malu jugak aku dibuatnya. Mana tak nya, dulu masa sekolah ada jugak aku belajar cara2 solat dalam kenderaan bergerak, solat ketika sakit, solat ketika musafir tapi disebabkan tiada aplikasi dalam kehidupan seharianku, akhirnya aku lupa cara2 nak buat perkara tersebut.. hehe rugi..rugi..
Bermula 2 sem lepas, aku telah diajar kembali oleh Kak Manissah cara nak menjamakkan solat.
Sepanjang perkenalan aku dengannya,banyak ingatan dan ilmu dunia dan akhirat yang aku dapat darinya. Sayang kak Manissah...

Sebelum menaiki bas,sempat jugak aku membeli majalah Al-Islam. Aku tertarik dengan kisah Natrah yang terdapat dalam majalah itu. Sungguh! aku benar2 rasa terharu dan sedih apabila membaca kisah si Natrah ini. Ku kira semangat Melayu Islam sangat kuat pada zaman dahulu. Sekarang, anak muda hanya pandai bercakap tapi kurang bertindak. Natrah yang telah dimurtadkan menangis-nangis tidak rela untuk diKristiankan,tetapi anak melayu zaman sekarang (yang terlibat sahaja) beria-ria untuk dimurtadkan.Dunia..Dunia. Aku bermohon kepada Tuhan agar aku dan mereka yang aku sayangi jauh dari peritiwa murtad ini.Amin.

Selain kisah Natrah ada jugak kisah Facebook yang bertajuk AWAS:FACEBOOK DIGUNA UNTUK BUNUH RAKYAT PALESTIN dan juga kisah ISA MASIH RELEVAN?. tapi kedua-dua kisah tersebut aku tak baca lagi kerana aku tak boleh baca buku dalam kenderaan yang bergerak. nanti sakit kepala..hehe
Jadi aku tak boleh nak komen pasal kedua-dua kisah tersebut..

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

slmat tiba di kg halaman.. btul kata hayati.. islam x prnh memberatkan umatnya.. hatta di dlm perjalanan pun diberi panduan cara2 utk bersolat.. hmm.. ttg generasi melayu zaman skrg.. amat berbeza dgn generasi dahulu.. dr segi pemikiran, tindakan, etc.. mungkin disebabkan oleh kemodenan yg dicari tanpa mengambil berat ttg unsur2 mulia yg sedia ada, spt ketimuran, kemanusiaan, etc..

p/s: inilah nasib bangsa ku..

CeNDeRa KeNaRi berkata...

Tima kasih..seperti yg kak EPAR katakan..ni lah nasib bangsa kita, tapi kita berkuasa untuk mengubahnya..cuma caranya kita kurang paham..moga ada yang memberi petunjuk..nak berjuang membabi buta tanpa strategi pown tak bleh gak..even Nabi pown berperang menggunakan strategi..hehe

Tanpa Nama berkata...

yup.. btul kata2 hayati tu.. apa2 pun, apa2 benda pun kna ade strategi yg btul.. even, nk blajar pun ada strategi yg tersendiri.. hehe

CeNDeRa KeNaRi berkata...

hehe..Minda umat Islam first class sebenarnya..tapi sebab tak jaga betul2 jadi lower class plak..walhal kita ada pemimpin agung sebagai sumber rujukan kita..

the follower

networked Blogs