Training ACTC GTF

Malam tadi telah berlangsungnya Training pertama kelab ACTC GTF bagi semestar ini di gelanggang tenis UiTM,Perlis. Training yang kononnya bermula pukul 8.30 malam tapi hampeh sebab ramai senior datang lewat. Sedih jugalah hati ini kerana kurangnya komitmen dari member-member kelab ni untuk datang awal ( paling kurang pun datanglah sebelum Sir Azim datang), sekurang-kurangnya takdelah tebal muka aku dan Bruno ( presiden kelab) nak bersemuka dengan Sir dan junior-junior baru yang datang awal untuk turut serta dalam training malam ini..

Sepanjang waktu training memang suasana sangat meriah ditambah pula dengan kehadiran ahli yang bertambah di pertengahan training.Harap jumlah yang datang pada malam ini akan berterusan hingga tamat semestar ini dan bersambung pula untuk sem-sem hadapan. Memang menjadi hasrat kami ( MT kelab) untuk meramaikan lagi jumlah keahlian kelab ini. Lupa pulak nak khabarkan ada junior yang dah ada belt calit merah dan secara automatisnya aku pulak yang jadi junior..huhu
Tapi bagus jugak hal ini berlaku kerana bertambah lagi golongan senior belt dalam kelab ini.hehehe.

Malam tadi kami telah dibahagikan kepada 2 group ( satu group untuk buat demo dan satu lagi group buat Training biasa khususnya untuk budak2 baru dan member kelab yang tak dapat turut serta untuk demo FESKEM).Fuh! payah jugak rasanya nak Training untuk demo kerana waktu untuk Training sangat singkat tapi harap-haraplah demo yang kami buat dapat sambutan yang memuaskan dari penonton kelak. Apa tidaknya, kalau tahu dek Kak Manissah (presiden kelab sem lepas yang telah grad pada sem lepas) bahawa kami tak dapat meneruskan perjuangan dia pada semestar-semestar sebelum ni, teruk nanti aku nak jawab dengan dia.Al maklumlah, banyak jugak ilmu pengurusan yang dia turunkan kepada aku tapi ilmu tu semua hanya dapat aku kongsikan kepada mereka yang nakkan ilmu itu sahaja sebab aku ni tak pandai nak curahkan ilmu tepat pada masanya.Selalu sangat aku sampaikan ilmu aku pada orang yang salah dan pada masa yang salah.huhu

Di akhir training, kami telah diberi sedikit taklimat mengenai training akan datang dan persediaan yang perlu dibuat sebelum memulakan training. Semua ahli diingatkan datang awal untuk training akan datang dan bawa yuran kelab,gambar bersaiz passport, duit untuk tempahan uniform serta yang paling penting bawa air minuman untuk diminum sewaktu rehat..Kalau takde air mulalah gelabah nak balik cepat, kononnya haus. Maaflah kalau ada yang terkena.hihihi

Malam ini pula, training untuk demo akan berlangsung sama seperti malam tadi.Hanya mereka yang terlibat dalam demo sahaja yang perlu turun padang dan itu bermaksud saya juga perlu turun sekali pada malam ini(^^). Harap malam ini Training dapat berjalan dengan lancar dan mendapat keredhaan dari ALLAH Yang Maha Esa.Amin..

Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan saya berikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Training pada malam tadi. Tanpa korang semua, training malam tadi pasti akan jadi hambar.Tima kasih diucapkan sekali lagi. Buat Julianah yang tak dapat datang training malam tadi disebabkan ada test jangan risau kerana kehadiran anda dalam training seterusnya pasti dinanti-nantikan oleh member-member lain.

* aku suka training

Tiada ulasan:

the follower

networked Blogs