Kematian

Semua yang hidup pasti akan mati.
Andai aku mati,
aku berharap kematianku akan mengakhiri sebuah permusuhan
dan
bukannya memulakan sebuah permusuhan.

Andai aku mati,
aku tidak mahu ada di antara mereka yang menziarahiku
atau menguruskan jenazahku berasa gentar atau takut melihat jenazahku,
Sebaliknya,
mereka ku harap merasa belas kasihan dengan jenazahku dan memberikan kata-kata semangat kepada mereka yang aku tinggalkan.

Andainya aku mati,
aku mahu keluargaku redha dengan pemergianku,
aku mahukan keinsafan menyelinap ke dalam hati dan sanubari mereka,
agar mereka lebih dekat dengan Allah, Pencipta Seluruh Alam.
agar mereka menyedari kematian tidak memandang umur, harta, pangkat mahupun ilmu pengetahuan.

Akhirnya,
Andainya aku mati,
aku tidak mahu sesiapapun merasa dihantui dengan pemergianku,
Ya, aku sedar, selama aku hidup,
aku sendiri sentiasa dihantui ketakutan kepada perkara yang tidak sepatutnya ku fikirkan.
Oleh itu, amatlah aku harapkan agar tiada sesiapapun yang dibayangi oleh ku
setelah aku pergi...

******************************************************************************
Note: nukilan ini tercipta setelah mendengar khabar kematian seorang jiran yang umurnya lebih muda dariku..

the follower

networked Blogs