Surat untuk kesayanganku..

Kepada kesayanganku, tahukah engkau akan berat sangat hatiku untuk meluahkan..tetapi engkau tetap memberikan aku rasa sebak kerana tidak mampu menghadapimu. Tahukah engkau, aku juga punya cita rasa sendiri yang perlu dihormati. Tahukah engkau, jika terdapat sebarang perbezaan pendapat tidak bermaksud hanya satu sahaja yang benar. Tahukah engkau, aku sudah penat untuk mengharungi hidupku?? Apakah engkau mengerti akan hatiku dan perasaanku yang amat sensitif terhadap kata-katamu? Aku tidak berupaya untuk berdendam lama-lama denganmu kerana sudah sebati di dalam diriku bahawa setiap insan pasti akan melakukan kesalahan dan kesilapan kerana kekurangan yang terdapat pada insan tersebut, Tetapi aku juga tidak betah untuk terus berkecimpung dalam dunia peraturanmu kerana aku juga perlukan privasiku untuk diriku sendiri. Aku tidak suka diherdik, difitnah oleh siapa-siapa walaupun mereka yang rapat dengan ku. Mungkin sudah sebati dengan diriku untuk terus menghayati setiap perkara yang berlaku di hadapanku, kerna HAYATI itulah nama yang telah diberikan kepadaku. Mungkin engkau kerap melihat aku tersenyum tetapi engkau tidak tahu sebagaimana banyaknya aku tersenyum begitu jugalah aku menangis mengenangkan setiap perkara di sekelilingku. Aku bukanlah insan yang kuat untuk memegang seluruh bebanan sebaliknya aku hanya sekadar pembuka jalan atau penerus kepada usaha-usaha yang ku kirakan mampu untuk aku lakukan. Aku juga bukanlah terlalu berani untuk mengambil segala risiko sebaliknya aku menunggu masa yang sesuai bagi melakukan tiap-tiap sesuatu. Oleh itu, janganlah kamu menganggap aku serba tidak tahu kerana sekali aku letakkan hatiku untuk melakukan sesuatu aku pasti akan melakukannya bersungguh-sungguh walaupun hasilnya tidak semegah mana. Aku cuma mencari kepuasan hidup dan juga ingin melihat akan kekuasaan yang Esa sebagai Pencipta dimana aku akan cuba memahami akan isi tersurat dan isi tersirat yang disediakan olehNya. Fahamilah, akan diriku. kerana jika engkau berusaha memahamiku maka aku juga akan turut berusaha untuk memahamimu. Sekian.

2 ulasan:

Ara Nadea berkata...

sabarlah wahai sahabat ku..hidup ini umpama memegang bunga mawar berduri.. tidak namalah kehiduan kalau tidak merasakan kesakitan, kesedihan, kepayahan.. namun kita akn berasa bersyukur kerana diberi peluang utk merasai dan mengetahui bahawa kita mampu mengharungi walaupun dgn luka dihati..

CeNDeRa KeNaRi berkata...

betul jugak nasihat cik ara..huhu..thanks.. thanks for make me thinking out of the box..

the follower

networked Blogs