Aku adalah Aku

Aku adalah aku walaupun aku tak tahu macam mana nak gambarkan diriku.. Allah mencipta manusia dengan pelbagai rupa dan ragam dan bergantung kepada manusia sendiri untuk mencorakkan dirinya.

Kasihi saudara seagamamu dengan niat kerana Allah! pasti dirimu akan merasai nikmat kasih sayang yang sebenar..

Aku pernah memiliki sahabat yang aku terima dirinya seadanya, malangnya sahabat-sahabat ku itu (2 orang tu)telah dan pasti pergi meninggalkan aku.. aduhai..mengapa aku sering tiada sahabat duniawi yang boleh aku bawa kemana-mana sahaja? pastinya jawapan untuk soalan ku itu perlu aku tanya kepada diriku sendiri..
Di mana kelemahanku? Di mana kekuatanku? Di mana kelebihanku? Aku pun tidak pasti di mana..hanya teman-teman ku yang sejati yang sudi untuk menegur dan membetulkan kesilapanku dapat memberitahu jawapan kepada soalan itu.. Aku berdoa moga sesiapa jua yang pernah menasihati diriku yang lemah ini dikurniakan Allah balasan baik yang tidak dapat aku berikan sendiri.

Aku........ aku sedar diriku hanya insan biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Maafkan atas kesalahanku.. Namun aku juga gembira dengan diriku seadanya kerana apabila kita mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan Ilahi kepada diri kita sendiri, pasti akan menenangkan jiwa kita..


Saja omong kosong..nak isi masa lapang..hehehe

Tiada ulasan:

the follower

Catatan Popular

networked Blogs