Blog ni ditulis mengikut cita rasa dan idea penulis sama ada berkaitan hidup peribadi beliau atau sekadar omongan yang hendak dikongsikan dengan pelawat blog ini~~
Plat Kereta terjatuh
Huhu.. Nak dipendekkan cerita. bila sampai di tempat kerja ibuku, ibuku bertanya, "mana pergi plat kereta depan?'. Hah! Aduhai..ni mesti sebab banjir kecil yang aku rempuh telah menyebabkan plat kereta ayahku tertanggal..Cool beb..cool..bawak kereta tak boleh gabra..Haha(trend mark aku).. Alahai..memikirkan apa yang bakal terjadi selepas ini, aku rasa bersalahlah pulak.Tapi apa nak buat, Aku dah cuba terhabis baik..dalam banjir tak boleh bawak pelan sangat dan gear kene rendah..Aku baru cuba aplikasi tu..manjadi memang menjadi tetapi plat kereta ayahku pulak yang tak cukup kuat mengharungi arus banjir..HuHu..
Takpelah..beberapa minit yang lepas, Ayahku pulang dari tempat kerjanya( waktu kejadian ayahku sedang bekerja). Aku kabarkan berita tersebut kepada ayahku..Alhamdulillah..ayahku terima kejadian tersebut dengan tenang..hihi..Terima kasih Ya Allah kerna dah tolong aku untuk menyampaikan berita tersebut dalam keadaan yang terbaik..Aku rasa lega sekarang dan aku boleh tidur dengan tenang malam ni (dah pagi rasanya)..
Buat kereta ayahku: sabar yek..nanti kami cari plat kereta yang baru..hehe
ZON SELESA
Setiap manusia secara zahirnya mencari zon selesa masing-masing. Apa yang dimaksudkan dengan zon selesa? Apa yang aku faham, zon selesa merupakan keadaan di mana kita berada dalam situasi yang menyenangkan yang tidak perlu serabutkan fikiran untuk memikirkan perkara-perkara selain dari apa yang kita ada kini.
Sebenarnya boleh dikatakan kini aku berada di zon selesa. Baguskan? Semua dah siap ada. Nak duit, tebalkan muka minta dari PAMA. Nak makan, pergi kedai dan beli ikut apa yang kita hendak. Nak jalan, pergi jer ke mana-mana kaki hendak melangkah. Asalkan tak pergi ke tempat-tempat yang memudaratkan. Pendek cerita segala keperluan ASAS hidup sepeti makan,pakaian,tempat tinggal dan lain-lain mencukupi.
Buruk dan baiknya? Haaaa…..inilah nak yang aku nak ceritakan..
Baik. memang bagus semua keperluan aku telah tersedia. Aku cuma perlu jaga prestasi akademikku dan lakukan perkaran yang aku nak lakukan jer..Tak de paksaan. Kalau suruh ke hulu,aku pun ke hulu.Kalau nak aku ke hilir,aku pun ke hilir..Dah memang sebati dengan hidupku ikut jer apa pihak berkuasa minta,asalkan kebajikan ku terjaga.Almaklumlah aku dalam'zon selesa'.
Buruknya pulak. Ni yang tak bestnya bila berada dalam zon selesa.
Pertama, tak reti nak berdikari. Semua perkara takut nak buat sendiri. Kene tunggu arahan yang lengkap baru boleh buat kerja. Lepas tu kenelah bersedia terima kritikan daripada orang lain..huhu.. Kalau kritikan tu disampaikan dalam cara yang berhemat boleh tahan lagi,tapi bila disampaikan dengan tengkingan dan amarah,memang boleh buat hatiku terbakar. Benda dah jadi,aku tak boleh nak buat apa-apa.
Kedua, hilang keyakinan diri. Bila semua benda dah ada depan mata ,kerja memang beres tapi bila perlu buat sedikit penyelidikan mulalah hilang arah. Mana tak nya,dah biasa kene suaplah katakan..bak kata seorang guruku,"muka subsidi"…Lepas tu terkapai-kapai minta pertolongan dari orang lain.Bila orang tak nak bantu atau bantu ala kadar sahaja, perasaan tak yakin mula muncul dan rasa nak mengamuk pula muncul.Tapi berkat rasa takut kepada Allah,maka cool balik. Aku pun mula berdoa mohon petunjuk dariNya.Alhamdulillah,biasanya menjadi.hehe..Allah sayang aku..hihi(perasan)
Balik umah..
Kami bercadang nak buat reunion lagi setiap tahun..cadangan dah diterima..Aku akan menanti saat itu..hehe
Jadual bulan Februari 2010
Diam tak diam sebulan dah aku berada dalam semester baru kat UiTM ni..sekarang dah masuk bulan kedua, aku dah dapat menyesuaikan diriku dalam bilik baruku juga roommates baruku.. Mula-mula agak sukar hingga ada roommateku yang terasa dengan diriku tapi aku minta maaf, itu adalah diriku ketika aku berada dalam keadaan yang tidak selesa( tengah demam masa tu)..Ok lah..buang yang keruh dan ambil yang jernih.. Aku nak teruskan jadual aku untuk bilan ini.
4-2-2010 Test MGT361 ( introduction to international business)
5,6,7-2-2010 Trip ke Langkawi bersama rakan sekelas..wah sangat best.
11-2-2010 Test MKT361 ( principles and practice of selling)
12-2-2010 Malam: balik ke rumah naik bas..huhu tak sabar rasanya nak bertemu family.
13-2-2010 Reunion bersama kawan sekolah menengah di rumah sahabat..tak tahu larat ke tak, nak pi umah dia pepagi buta coz maybe sampai umah dari Perlis before azan subuh..
21-2-2010 baru bertolak balik ke Perlis
22-2-2010 submit marketing report subject ENT300..ALAHAI….
24-2-2010 ada forum pulak, tajuk: roles of culture.. kene search maklumat nih..tak tau sapa yg akan terkena..huhu. subject(IB)
25-2-2010 kelas ganti (malam) subjek ENT300
27&28-2-2010 Sukan DBS
wah..setakat ni tu jer aku tahu..kalau ada sebarang perubahan perlu aku edit semula entry ni..