Plat Kereta terjatuh

Hari ni ibuku pulang kerja lewat..disebabkan hari hujan,ibuku meminta aku dan adikku ambil beliau di tempat kerja. Motor akan ditinggalkan di tempat kerja. Hujan memang lebat..Buat pertama kalinya aku memandu kereta dalam keadaan hujan. Pengalaman baruku. Hihi..Ku lihat, jalan raya banyak yang menakung air dan ini perlukan konsentrasi yang tinggi dalam pemanduan,tetapi dalam hati-hatiku tetap ada yang buruk berlaku..

Huhu.. Nak dipendekkan cerita. bila sampai di tempat kerja ibuku, ibuku bertanya, "mana pergi plat kereta depan?'. Hah! Aduhai..ni mesti sebab banjir kecil yang aku rempuh telah menyebabkan plat kereta ayahku tertanggal..Cool beb..cool..bawak kereta tak boleh gabra..Haha(trend mark aku).. Alahai..memikirkan apa yang bakal terjadi selepas ini, aku rasa bersalahlah pulak.Tapi apa nak buat, Aku dah cuba terhabis baik..dalam banjir tak boleh bawak pelan sangat dan gear kene rendah..Aku baru cuba aplikasi tu..manjadi memang menjadi tetapi plat kereta ayahku pulak yang tak cukup kuat mengharungi arus banjir..HuHu..

Takpelah..beberapa minit yang lepas, Ayahku pulang dari tempat kerjanya( waktu kejadian ayahku sedang bekerja). Aku kabarkan berita tersebut kepada ayahku..Alhamdulillah..ayahku terima kejadian tersebut dengan tenang..hihi..Terima kasih Ya Allah kerna dah tolong aku untuk menyampaikan berita tersebut dalam keadaan yang terbaik..Aku rasa lega sekarang dan aku boleh tidur dengan tenang malam ni (dah pagi rasanya)..

Buat kereta ayahku: sabar yek..nanti kami cari plat kereta yang baru..hehe

Tiada ulasan:

the follower

networked Blogs