Pada 2hb Julai 2010, aku telah pergi untuk membuat pendaftaran pelajar baru di UiTM Shah Alam. Betul ke aku nak sambung belajar ni?..Waduh! Aku sendiri pun tak tahu. Segalanya rasa bagaikan bermimpi. Dah besar rupanya aku ni ek. Adeh!..Makin lama makin dewasa!
Bunyi cam aku ni ada masalah. Haa..ni lah aku nak ceritakan masalah aku..
Pertama, aku demand bilik sendiri supaya mudah bagiku untuk meng'hidden'kan diriku dari orang-orang sekeliling.Tapi, kat rumah ni tak cukup biliklah kalau semua adik-beradikku 'demand' cam aku.hehe.. Aku teringin gak nak apply kolej tapi bila dipikir-pikir, alasan aku tak cukup kukuh untuk mendapatkan kolej. Mana taknya, jarak rumahku ke UiTM Shah Alam tu dalam kurang lebih 25 minit. So, memang tak logiklah kalau pihak Kolej nak bagi bilik di kolej mereka kepada aku.hahaha..Ini bermakna aku kena berulang-alik dari rumah ke menara gading tersebut.. ..So, untuk selesaikan masalah ini aku pun amik keputusan supaya biarlah berkongsi katil dan berkongsi bilik asalkan tak kongsi meja belajar dan rak buku aku ngan adik-adikku...huhu..Ok. masalah pertama settle.
Kedua, nak gi ulang-alik nak kene ada transport. Adeh!.. problem..problem.. Sejak aku balik dari Arau nih, kereta Kenari ayahku sudah menjadi kereta utama bagi Adik pertama aku ( Cik A). Kenapa? sebab dia telah ditugaskan untuk mengambil dan menghantar adik aku (Cik I ) pergi ke sekolah dan tempat tuisyennya. So, walaupun aku berada di rumah, aku jarang-jarang memandu. Ok. di mana sebenarnya terletak masalah aku? Sebenarnya, dari zaman diploma lagi ayahku dah kata nak bagi aku kereta kenari tu kalau aku dapat kat shah alam, dan memang benar ayahku nak bagi, tetapi aku sendiri yang menolaknya kerana, kereta itu diperlukan oleh Cik A untuk mengambil Cik I ulang alik ke sekolah dan tempat tuisyen. Then, solution untuk masalah ni adalah, Cik A kene antar aku gi sekolah aku jugak..wakaka..bertambah lagi kerja dia.hehehe..
Ketiga, apa masalah aku lagi nih? Hehe, aku boring lah.. duk terperap kat rumah ni.. nak keluar cuci mata pun tak berani..pitih tak de..wakaka...kenelah aku duk umah je..
Hahaha..dek kerana duk terperap kat umah, aku pun jadi malas.. malas betul..nak baca buku cerita kene tunggu Cik I pinjam dari perpustakaan sekolah..hahaha..dahsyat tul aku nih.. ^ - ^..hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan