Setiap manusia secara zahirnya mencari zon selesa masing-masing. Apa yang dimaksudkan dengan zon selesa? Apa yang aku faham, zon selesa merupakan keadaan di mana kita berada dalam situasi yang menyenangkan yang tidak perlu serabutkan fikiran untuk memikirkan perkara-perkara selain dari apa yang kita ada kini.
Sebenarnya boleh dikatakan kini aku berada di zon selesa. Baguskan? Semua dah siap ada. Nak duit, tebalkan muka minta dari PAMA. Nak makan, pergi kedai dan beli ikut apa yang kita hendak. Nak jalan, pergi jer ke mana-mana kaki hendak melangkah. Asalkan tak pergi ke tempat-tempat yang memudaratkan. Pendek cerita segala keperluan ASAS hidup sepeti makan,pakaian,tempat tinggal dan lain-lain mencukupi.
Buruk dan baiknya? Haaaa…..inilah nak yang aku nak ceritakan..
Baik. memang bagus semua keperluan aku telah tersedia. Aku cuma perlu jaga prestasi akademikku dan lakukan perkaran yang aku nak lakukan jer..Tak de paksaan. Kalau suruh ke hulu,aku pun ke hulu.Kalau nak aku ke hilir,aku pun ke hilir..Dah memang sebati dengan hidupku ikut jer apa pihak berkuasa minta,asalkan kebajikan ku terjaga.Almaklumlah aku dalam'zon selesa'.
Buruknya pulak. Ni yang tak bestnya bila berada dalam zon selesa.
Pertama, tak reti nak berdikari. Semua perkara takut nak buat sendiri. Kene tunggu arahan yang lengkap baru boleh buat kerja. Lepas tu kenelah bersedia terima kritikan daripada orang lain..huhu.. Kalau kritikan tu disampaikan dalam cara yang berhemat boleh tahan lagi,tapi bila disampaikan dengan tengkingan dan amarah,memang boleh buat hatiku terbakar. Benda dah jadi,aku tak boleh nak buat apa-apa.
Kedua, hilang keyakinan diri. Bila semua benda dah ada depan mata ,kerja memang beres tapi bila perlu buat sedikit penyelidikan mulalah hilang arah. Mana tak nya,dah biasa kene suaplah katakan..bak kata seorang guruku,"muka subsidi"…Lepas tu terkapai-kapai minta pertolongan dari orang lain.Bila orang tak nak bantu atau bantu ala kadar sahaja, perasaan tak yakin mula muncul dan rasa nak mengamuk pula muncul.Tapi berkat rasa takut kepada Allah,maka cool balik. Aku pun mula berdoa mohon petunjuk dariNya.Alhamdulillah,biasanya menjadi.hehe..Allah sayang aku..hihi(perasan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan