MIMPI- petunjuk atau bukan?

Ya Allah, adakah ini petanda yang ingin KAU berikan kepadaku atau adakah ianya sekadar mainan tidur.. Ya Allah, andai diri ini sudah tiba masanya berikanlah aku petanda yang jelas atau ilmu berkenaannya sebelum terlewat. Aku redha menerimanya dan izinkanlah bagiku untuk membuat persediaan..


MIMPI

setelah jam menunjukkan pukul 4:45 pagi, aku berhenti daripada belajar. Otakku telah memberi signal untuk tidur. Aku pun berkemas dan buat persiapan untuk tidur... -Aku sedang berada dalam situasi yang genting ketika ini, aku dan juga kumpulanku bergegas melarikan diri dari 'apa ntah' yang sedang mengejar kami. Kami perlu masuk ke dalam 1 lubang dan perlu berenang untuk sampai ke Rumah Allah( yang itu aku fikirkan ketika itu). Pada waktu itu, fikiranku begitu yakin aku sedang menuju ke masjid di MEKAH. Aku terus berlari ( tadi berenang ramai2 dengan orang yang aku dah tak ingat tapi sekarang belari) , turun tangga mencari pintu masuk masjid. Orang begitu ramai, dan aku berfikir lagi kalau aku cepat, aku akan sempat bertemu dengan PAK LONG ku yang aku tahu sedang berada di pintu masjid itu juga, Ayahku ada diluar kawasan itu tapi dia tidak dapat masuk dan aku tidak mengetahui apa sebabnya. Yang pasti aku jelas aku sangat gembira bertemu dengan Pak Longku sehinggakan aku peluk dirinya dan hampir menangis. Dari jauh aku terdengar ayahku berkata, Hmm..kalau aku dah sampai di sini ( Mekah) maka dah tamatlah perjuangan ku di dunia ini dan aku dan Pak Longku menerima kata-kata itu dengan gembira sebelum tiba-tiba ayahku menjerit dan mengatakan ,"jaangan, jangan, jangan pergi lagi', aku bingung ketika itu, Pak Longku yang ku peluk sebentar tadi tiba-tiba bertukar menjadi ayahku yang tidak membenarkan aku pergi. - Seterusnya aku terjaga dari mimpiku.
-Berdasarkan pengetahuanku ianya seolah-olah roh ku telah ditahan oleh ayahku supaya tidak pergi meninggalkan dunia ini.Aku teringatkan cerita orang-orang tua bahawa ada antara kita yang akan diuji rohnya untuk pergi ( meninggal dunia) tetapi jika ada saudara maranya yang menghalang maka ianya tidak akan menjadi. Aku tertanya adakah ini dia antaranya atau mainan mimpi semata-mata. Kisah mimpiku ini membuatkan aku tersedar mengenai hutang ku dengan Allah. Tak kiralah betul ke mimpi ini suatu petunjuk atau bukan, yang pasti aku yakin aku kene secepatnya menunaikan hutangku kepada Allah sebagai seorang Muslimah. Ya ALLAH, aku juga ingin berada di samping orang yang aku sayangi sebelum aku pergi dan ini termasuk Encik yang selalu berada dalam Istana hatiku.
Aku terjaga dari tidurku sekitar jam 7 pg dan aku terus pergi mandi dan membuat kerja yang perlu aku lakukan.

MIMPI 2 (Hari yang sama)
 Pukul 10 (lebih) pagi. dek kerana tak cukup tidur maka kepalaku bengal. Aku pun menuju katilku dan pergi tidur. Tujuannya untuk tidur sebentar. Aku lena begitu pantas sekali dan aku dikejutkan juga sekali lagi dengan mimpi yang dahsyat. - Aku berada di sekitar kawasan Sekolah Agamaku suatu ketika dahulu dan dari jauh aku nampak orang ramai sedang membawa jenazah dan dulang-dulang yang di atasnya terletak kepala jenazah yang terputus. Aku seolah-olah dapat merasakan ada dia antara mereka merupakan orang yang aku sayangi. Kepala pertama, aku tak kenal dan orang yang memegang dulang itu berlalu, dulang kedua aku tak kenal dan nasib baik matanya tertutup.Dulang ketiga MASYAALLAH!!!!!!!!!!!!!!!!! temanku Cik TIM ..aku sangat tidak menyangka dia, matanya terbuka dan kulihat ada air mata yang mengalir di pipinya .. seterusnya aku lihat Cik Jihah sahabatku pula..mereka semua mangsa kemalangan jalan raya. aku bertanya kepada sahabatku, Wan, memberitahuku mereka semuanya dalam perjalanan untuk membeli air minuman sebelum kereta yang mereka naiki dilanggar dan mereka meninggal di tempat kejadian...

- Aku terus bangun dari tidurku dan terus menaip mimpiku ini. Aku tak tahu nak berkongsi kedua-dua mimpiku dengan siapa dan aku tertanya apakah sebenarnya terjadi kepadaku. Ya ALLAH, mudahkanlah bagiku untuk tidur dengan tenang malam nanti.. HUHU..esok aku ada final paper dan mimpi ku ini membuat aku begitu tak senang hati.. Hai .nasib badan.... nasib baik ada blog yang sudi menyediakan aku ruang untuk bercerita.  Aku memnag benar-benar takut dan benda ni tak boleh cerita kepada parent terutama bila mereka jauh dariku.Aku risau mereka akan gelabah dan fikir macam-macam dan membuatkan darah tinggi ayahku naik pulak.HUHU..

aku takut dan lagi bimbang

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yati, risau lak dengo citer yati ni. doa byk2 k. kdg2 mimpi blh jd petunjuk. kdg2 cuma mainan syaitan je.

Tanpa Nama berkata...

lupa lak, dr apa yg kak ana baca, mimpi lepas subuh kbykannya mainan syaitan. tp mimpi sebelum subuh kbykannya petunjuk. tp mimpi tu jd petunjuk kalo kita tido dlm keadaan bersih. contohnya ada wudhu, baca doa tidur, selawat ect. apapun tanya yg lbh arif! =)

CeNDeRa KeNaRi berkata...

kak yana : hmm..saya dah dapat jawapan bagi mimpi saya. hmm..walau apapun terima kasih atas info dan nasihat kak yana.. rasa lebih lega dah sekarang..thank you ;-)

the follower

Catatan Popular

networked Blogs