Cuti bermula + Tamat diploma ( belum Rasmi)

Alhamdulillah..akhirnya habis juga semester 6 ini..risau juga nak tungggu hasil result.. Adakah mungkin aku Dekan? Adakah mungkin aku perlu ambil Sub paper? Wallahualam..Aku pun tak tahu... Aku bertawakal dan redha apa jua result yang aku dapat. Tapi aku mohon biarlah result ku lepas at least 2.5..huhu..Aku tak nak semestar 6 ku berakhir dengan sia-sia jika aku repeat..huhu...


Sekarang aku dah selamat berada di rumah... Hmm..ingat nak cari kerja tapi kerja kat rumah aku pun berlambak. Aku kene mengecat rumah dan kene perah otak nak buat redesign reka bentuk susunan perabot kat rumah ni.. Ini semua sebagai persediaan untuk majlis perkahwinan kakakku yang dijangka berlansung di hujung tahun ni InsyaAllah.


Kerja aku nak mengecat rumah bermula hari ini.. Mula dari jam 10 pagi hinggalah jam 6 petang, aku dan keluarga ku sibuk mengecat.. Bagi mereka ini bilik yang terakhir untuk dicat, sebaliknya bagi aku ini bilik pertama. Huhu.. takpe..inilah masanya aku nak meletihkan badanku. Sepanjang minggu final exam penat dah otak ni mengadap buku..Hahaha.


Hmm..Aku nak mulakan hidup baru, itu, aku nak setup semula ZONE SAYA kat dalam umah ni.. tak kiralah apa nak jadi-jadilah.Aku nak cari balik ruang aku kat dalam rumah ni. 3 tahun merantau cukup untuk membuatku kehilangan ruang di dalam rumah ini. Jadi, aku perlu mulakan semula pencarian ruang ku di rumah ini.  
Selain itu,aku juga nak mula berkecimpung semula dalam dunia maintenance komputer, tapi untuk melakukannya aku kena cari balik manual maintenance yang aku dapat semasa menjalani kursus pengaturcaraan komputer,Memandangkan adik aku sekarang ni dalam usaha mengumpulkan sedikit demi sedikit barangan pc maka aku pun kene improve pengetahuan komputer ku untuk compete dengan dia.Haha..bunyi cam kelakar, tapi aku memang suka compete ngan adik aku yang ini. Almaklumlah kami punya IQ lebih kurang so aku kene jaga prestasi peribadiku. Berusaha Cik Cenderawasih!Hahaha..


Baiklah, sampai disini dahulu entry aku buat malam ini..Ada masa lapang aku update entry baru..Salam dan Selamat malam.  
Tata..

Tiada ulasan:

the follower

Catatan Popular

networked Blogs