ZON SELESA

Setiap manusia secara zahirnya mencari zon selesa masing-masing. Apa yang dimaksudkan dengan zon selesa? Apa yang aku faham, zon selesa merupakan keadaan di mana kita berada dalam situasi yang menyenangkan yang tidak perlu serabutkan fikiran untuk memikirkan perkara-perkara selain dari apa yang kita ada kini.

Sebenarnya boleh dikatakan kini aku berada di zon selesa. Baguskan? Semua dah siap ada. Nak duit, tebalkan muka minta dari PAMA. Nak makan, pergi kedai dan beli ikut apa yang kita hendak. Nak jalan, pergi jer ke mana-mana kaki hendak melangkah. Asalkan tak pergi ke tempat-tempat yang memudaratkan. Pendek cerita segala keperluan ASAS hidup sepeti makan,pakaian,tempat tinggal dan lain-lain mencukupi.

Buruk dan baiknya? Haaaa…..inilah nak yang aku nak ceritakan..

Baik. memang bagus semua keperluan aku telah tersedia. Aku cuma perlu jaga prestasi akademikku dan lakukan perkaran yang aku nak lakukan jer..Tak de paksaan. Kalau suruh ke hulu,aku pun ke hulu.Kalau nak aku ke hilir,aku pun ke hilir..Dah memang sebati dengan hidupku ikut jer apa pihak berkuasa minta,asalkan kebajikan ku terjaga.Almaklumlah aku dalam'zon selesa'.

Buruknya pulak. Ni yang tak bestnya bila berada dalam zon selesa.

Pertama, tak reti nak berdikari. Semua perkara takut nak buat sendiri. Kene tunggu arahan yang lengkap baru boleh buat kerja. Lepas tu kenelah bersedia terima kritikan daripada orang lain..huhu.. Kalau kritikan tu disampaikan dalam cara yang berhemat boleh tahan lagi,tapi bila disampaikan dengan tengkingan dan amarah,memang boleh buat hatiku terbakar. Benda dah jadi,aku tak boleh nak buat apa-apa.

Kedua, hilang keyakinan diri. Bila semua benda dah ada depan mata ,kerja memang beres tapi bila perlu buat sedikit penyelidikan mulalah hilang arah. Mana tak nya,dah biasa kene suaplah katakan..bak kata seorang guruku,"muka subsidi"…Lepas tu terkapai-kapai minta pertolongan dari orang lain.Bila orang tak nak bantu atau bantu ala kadar sahaja, perasaan tak yakin mula muncul dan rasa nak mengamuk pula muncul.Tapi berkat rasa takut kepada Allah,maka cool balik. Aku pun mula berdoa mohon petunjuk dariNya.Alhamdulillah,biasanya menjadi.hehe..Allah sayang aku..hihi(perasan)

Balik umah..

Yeah!..12.2.2010  pukul 9.40 malam bas bertolak dari kangar ke klang.. ..pagi tadi aku sampai kat umah.. dalam pukul 10.40 pagi pulak ada reunion bagi batch spm2006 smk rantau panjang.. Majlis dibuat di rumah sahabatku Safitri..wow..aku sangat terkejut aku kawan yang pertama sampai..hahaha. apa lagi aku kenelah tolong sahabatku memasak..hehehe..menu pada hari ini adalah nasi ayam dan bihun sup..menu sampingan muffin dan juga lain2..memang best dapat jumpa kawan-kawan sekolah..dapat tukar-tukar cerita..dah pukul 6 baru balik umah..haha lama gila aku kat umah safitri..oh yea..lupa plak nak mention..dalam pertemuan tadi ada seorang sahabatku yang kini sedang mengandung 5 bulan..hehe..ada jugak rupanya kawan aku yang dah kahwin..tahniah aku ucapkan untuk dia..

Kami bercadang nak buat reunion lagi setiap tahun..cadangan dah diterima..Aku akan menanti saat itu..hehe

Jadual bulan Februari 2010

Diam tak diam sebulan dah aku berada dalam semester baru kat UiTM ni..sekarang dah masuk bulan kedua, aku dah dapat menyesuaikan diriku dalam bilik baruku juga roommates baruku.. Mula-mula agak sukar hingga ada roommateku yang terasa dengan diriku tapi aku minta maaf, itu adalah diriku ketika aku berada dalam keadaan yang tidak selesa( tengah demam masa tu)..Ok lah..buang yang keruh dan ambil yang jernih.. Aku nak teruskan jadual aku untuk bilan ini.


 

4-2-2010    Test MGT361 ( introduction to international business)

5,6,7-2-2010    Trip ke Langkawi bersama rakan sekelas..wah sangat best.

11-2-2010    Test MKT361 ( principles and practice of selling)

12-2-2010    Malam: balik ke rumah naik bas..huhu tak sabar rasanya nak bertemu family.

13-2-2010    Reunion bersama kawan sekolah menengah di rumah sahabat..tak tahu larat ke tak, nak pi umah dia pepagi buta coz maybe sampai umah dari Perlis before azan subuh..

21-2-2010    baru bertolak balik ke Perlis

22-2-2010    submit marketing report subject ENT300..ALAHAI….

24-2-2010    ada forum pulak, tajuk: roles of culture.. kene search maklumat nih..tak tau sapa yg akan terkena..huhu. subject(IB)

25-2-2010    kelas ganti (malam) subjek ENT300

27&28-2-2010    Sukan DBS


 

wah..setakat ni tu jer aku tahu..kalau ada sebarang perubahan perlu aku edit semula entry ni..

dah lama tak menulis!

Adui.. rasanya terlalu lama aku tidak menulis. skill aku tidak meningkat malah semakin menurun kerana aku telah lupa format untuk menulis. Azamku sekarang, aku nak refresh kembali segala perkara yang aku suka lakukan pada zaman kanak-kanakku.. baru sekarang aku sedar, tabiat aku yang dulu yang suka membaca, menulis, melukis, menyanyi, menonton televisyen dan mendengar radio sangat memberi kesan yang positif dalam hidupku.. selama 2 tahun setengah (sejak aku masuk diploma) aku telah tinggalkan semua perkara tersebut. Kesannya aku menjadi katak di bawah tempurung selama 2 tahun setengah. HAH!!! aku benci diriku sendiri yang tak kuat pendirian.. anyway, eksperimen aku terhadap diriku telah selesai. Kesimpulan yang aku dapat hasil dari ujikajiku sendiri, aku tak nak bergantung kepada orang lagi..tak kira apa orang nak kata, tak boleh lari,tak boleh berfesyen, tak boleh guna duit untuk perkara-perkara yang aku suka seperti yang aku sebut di atas, dan lain-lain, Aku 80% menolak kerna semua itu juga punya kepentingan tersendiri.. Wah ternyata aku agak membazirkan masa belasan tahunku kerana tidak membina zonku sendiri.. takpelah.. Moga Aku masih sempat untuk membinanya. Moga Allah membantuku untuk meningkatkan kualiti hidupku..terutama masalahku dalam memilih teman, baik teman belajar mahupun teman bermain..

antara kereta dan rumah?

Banyak cerita yang aku dengar mengenai pilihan antara nak beli kereta atau rumah?

Ada orang yang beli kereta dulu sebelum rumah, ada orang lain beli rumah dulu sebelum kereta. Ianya sebenarnya bergantung kepada tahap keperluan seseorang itu terhadap rumah dan kereta. Rumah merupakan tempat perlindungan bagi hidupan dan kereta pula merupakan salah satu medium yang memudahkan untuk manusia bergerak ke tempat-tempat yang dihajati.

Antara kereta dan rumah (maksudku kepunyaan sendiri dan bukannya sewa). Kehendak untuk memiliki kedua-duanya boleh dijadikan sebagai motivasi yang positif bagi seseorang individu. Aku kerap kali mendengar cerita dari orang-orang tua bahawa kedua-duanya sangat dititikberatkan terutama ketika ingin  mendirikan 'masjid'. haha..mana tak nya, kedua-dua merupakan keperluan penting dalam kehidupan masa kini yang semakin rumit dan mencabar. Tak dapat kita nafikan, disebabkan masalah berkaitan kereta dan rumah,seseorang individu juga boleh berada di ambang kemiskinan dan berdepan dengan kesukaran hidup.

Aku terfikir,jika aku diberi peluang untuk memiliki rumah sendiri adakah aku akan melepaskannya demi memiliki sebuah kereta idaman? Oh! Pasti sukar nak buat pilihankan? Tapi berfikirlah. Rumah merupakan suatu aset dalam kehidupan dan harganya semakin meninggi dari masa ke masa, sebaliknya kereta, ia bukan aset malahan harganya akan menyusut dari harga semasa pembelian dibuat. Ha! Jika anda melihat sekitar anda,  cuba utarakan pada diri anda bila agaknya aku akan memiliki rumah sendiri? Adakah ketika berumur 20-an (hebat), 30-an (boleh tahan), 40-an( dah ada 2 anak kot), sebelum pencen, selepas pencen atau tak ada rumah lansung?huhu.. Walau apapun, rumah bagiku lebih penting dari kereta melainkan aku dah ada rumah sewa...hehe..

Walau apa-apa pun.. bagi pembaca ku, aku harap kalian akan berusaha sedaya upaya untuk memiliki kedua-dua barang yang ku bincangkan di atas. Bukan untuk diri anda dan masa hadapan anda sahaja, tetapi demi untuk keluarga anda pada masa hadapan..

p/s: susah woo nak miliki kedua-duanya, kene kerja kuat..huhu

the follower

networked Blogs