Banyak cerita yang aku dengar mengenai pilihan antara nak beli kereta atau rumah?
Ada orang yang beli kereta dulu sebelum rumah, ada orang lain beli rumah dulu sebelum kereta. Ianya sebenarnya bergantung kepada tahap keperluan seseorang itu terhadap rumah dan kereta. Rumah merupakan tempat perlindungan bagi hidupan dan kereta pula merupakan salah satu medium yang memudahkan untuk manusia bergerak ke tempat-tempat yang dihajati.
Antara kereta dan rumah (maksudku kepunyaan sendiri dan bukannya sewa). Kehendak untuk memiliki kedua-duanya boleh dijadikan sebagai motivasi yang positif bagi seseorang individu. Aku kerap kali mendengar cerita dari orang-orang tua bahawa kedua-duanya sangat dititikberatkan terutama ketika ingin mendirikan 'masjid'. haha..mana tak nya, kedua-dua merupakan keperluan penting dalam kehidupan masa kini yang semakin rumit dan mencabar. Tak dapat kita nafikan, disebabkan masalah berkaitan kereta dan rumah,seseorang individu juga boleh berada di ambang kemiskinan dan berdepan dengan kesukaran hidup.
Aku terfikir,jika aku diberi peluang untuk memiliki rumah sendiri adakah aku akan melepaskannya demi memiliki sebuah kereta idaman? Oh! Pasti sukar nak buat pilihankan? Tapi berfikirlah. Rumah merupakan suatu aset dalam kehidupan dan harganya semakin meninggi dari masa ke masa, sebaliknya kereta, ia bukan aset malahan harganya akan menyusut dari harga semasa pembelian dibuat. Ha! Jika anda melihat sekitar anda, cuba utarakan pada diri anda bila agaknya aku akan memiliki rumah sendiri? Adakah ketika berumur 20-an (hebat), 30-an (boleh tahan), 40-an( dah ada 2 anak kot), sebelum pencen, selepas pencen atau tak ada rumah lansung?huhu.. Walau apapun, rumah bagiku lebih penting dari kereta melainkan aku dah ada rumah sewa...hehe..
Walau apa-apa pun.. bagi pembaca ku, aku harap kalian akan berusaha sedaya upaya untuk memiliki kedua-dua barang yang ku bincangkan di atas. Bukan untuk diri anda dan masa hadapan anda sahaja, tetapi demi untuk keluarga anda pada masa hadapan..
p/s: susah woo nak miliki kedua-duanya, kene kerja kuat..huhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan