Demo

Akhirnya masa yang ditunggu telah tiba..kami group ACTC GTF dipanggil untuk membuat persembahan setelah kumpulan Silat Cekak Malaysia selesai. Fuh! gabra giler..walaupun ni bukan first time aku buat persembahan tapi gabra tu still ada lagi..Aduhai.. Kali ni aku buat persembahan, aku perlu pecahkan papan. First time ni pecahkan papan! Masa tumbukan pertama aku gagal untuk memecahkannya tapi dengan tumbukan padu untuk kali ke dua, YES! berjaya!!!!. Syukur Alhamdulillah.Aku gembira sangat aku dapat pecahkan papan walaupun ketebalannya setengah inci sahaja..hahaha..takpe Permulaan je tu..coming soon aku akan cuba pecahkan papan lagi dengan pelbagai teknik pukulan dan tendangan dan juga dengan pelbagai jenis ketebalan papan..hehehe( berangan lagi aku ni).
Selain personal defense, aku juga perlu buat sparring dengan rakanku iaitu Hidayati ( junior tapi dah red tip).Lawan punya lawan, tendang punya tendang akhir sekali bila aku cuba untuk buat chopping kick, PUP! aku terjatuh..licin lah pulak lantai kat MUSHROOM ni!!..takpe2 cover malu beb.. ni bukan first time aku jatuh..dah second time.. kira dah ada pengalaman jatuh lah ni..kurang malunya..hehehe

Bukan aku sorang je yang kene pecahkan papan tapi ada lagi member2 ku yang lain yang turut serta memecahkan papan masing-masing. Aku rasa lega kerana semua papan berjaya dipecahkan..Hidup pemecah Papan!!!..hehehe

Selepas buat demo, aku pun meronda gerai-gerai jualan yang ada. Aku ni bukan pandai membeli pun..sekadar tengok2 bolehlah.. orang lain sibuk tengok baju dan makanan, aku sibuk mencari NIPS kegemaranku kat kedai Roti di mushroom..hehe. GIla NIPS..

Akhir sekali, aku pun menyinggah gerai coursemate ku..singgah untuk sembang-sembang..hihihi..

Disebabkan kakiku sakit dan tanganku pedih, aku pun buat keputusan balik kolej. Esok ada training lagi.Sir Azim kata, esok training nak kasi buang 'karat' yang bersemadi dalam diri kami sejak cuti semestar aritu..hehe
teruklah aku esok..waaaa...takpe2. minat punya pasal.aku akan cuba menghadirkan diri untuk training esok..
Ok lah.Sekian sahaja dariku..

Tiada ulasan:

the follower

networked Blogs