Blog ni ditulis mengikut cita rasa dan idea penulis sama ada berkaitan hidup peribadi beliau atau sekadar omongan yang hendak dikongsikan dengan pelawat blog ini~~
Surat untuk kesayanganku..
Kepada kesayanganku, tahukah engkau akan berat sangat hatiku untuk meluahkan..tetapi engkau tetap memberikan aku rasa sebak kerana tidak mampu menghadapimu. Tahukah engkau, aku juga punya cita rasa sendiri yang perlu dihormati. Tahukah engkau, jika terdapat sebarang perbezaan pendapat tidak bermaksud hanya satu sahaja yang benar. Tahukah engkau, aku sudah penat untuk mengharungi hidupku?? Apakah engkau mengerti akan hatiku dan perasaanku yang amat sensitif terhadap kata-katamu? Aku tidak berupaya untuk berdendam lama-lama denganmu kerana sudah sebati di dalam diriku bahawa setiap insan pasti akan melakukan kesalahan dan kesilapan kerana kekurangan yang terdapat pada insan tersebut, Tetapi aku juga tidak betah untuk terus berkecimpung dalam dunia peraturanmu kerana aku juga perlukan privasiku untuk diriku sendiri. Aku tidak suka diherdik, difitnah oleh siapa-siapa walaupun mereka yang rapat dengan ku. Mungkin sudah sebati dengan diriku untuk terus menghayati setiap perkara yang berlaku di hadapanku, kerna HAYATI itulah nama yang telah diberikan kepadaku. Mungkin engkau kerap melihat aku tersenyum tetapi engkau tidak tahu sebagaimana banyaknya aku tersenyum begitu jugalah aku menangis mengenangkan setiap perkara di sekelilingku. Aku bukanlah insan yang kuat untuk memegang seluruh bebanan sebaliknya aku hanya sekadar pembuka jalan atau penerus kepada usaha-usaha yang ku kirakan mampu untuk aku lakukan. Aku juga bukanlah terlalu berani untuk mengambil segala risiko sebaliknya aku menunggu masa yang sesuai bagi melakukan tiap-tiap sesuatu. Oleh itu, janganlah kamu menganggap aku serba tidak tahu kerana sekali aku letakkan hatiku untuk melakukan sesuatu aku pasti akan melakukannya bersungguh-sungguh walaupun hasilnya tidak semegah mana. Aku cuma mencari kepuasan hidup dan juga ingin melihat akan kekuasaan yang Esa sebagai Pencipta dimana aku akan cuba memahami akan isi tersurat dan isi tersirat yang disediakan olehNya. Fahamilah, akan diriku. kerana jika engkau berusaha memahamiku maka aku juga akan turut berusaha untuk memahamimu. Sekian.
Kad Pelajar + Ramadhan + kerinduan..
Bulan 7,8,9.....wah sudah masuk bulan keriga aku di UiTM Shah Alam menyambung pengajianku dalam bidang Operations Management.. Akhirnya hari ini dapat juga aku mengambil kad matrik ku yang baru minggu ini diwar-warkan sudah siap..Alhamdulillah..Aku masih lagi diberi peluang untuk mengumpul kad pelajar dalam simpanan ku selain kad pengenalan diri ku..hehe.. poyo jer..hehe
Hmm...Dalam bulan Puasa nih, banyak juga amalan ibadah yang tidak mampu ku kejar..sedihnya..rupanya aku masih tak cukup kuat untuk melawan nafsuku.. haiyo...moga aku sentiasa cuba untuk memperbaiki situasi ku ini.. dan moga aku masih sempat untuk menambahkan lagi amalan ku di akhir Ramadhan ini..
Hmm...dalam kejauhan dari rakan2 tersayang, membuatkan aku rindu pada mereka termasuklah si dia yang kerap masuk dalam mimpi-mimpi ku.. huhu ( tak tau kenapa dalam ramai2, dia yang selalu masuk. apa kelebihan dia???) Wahai rakan, rindukah kalian pada ku.. Bagaimanakah keadaan kalian di sana? Baikkah atau sebaliknya.. Walau bagaimanapun keadaan kalian, cekalkanlah hatimu rakan kerna hidup di dunia memang lumrahnya penuh dengan pancaroba.. Moga kalian kuat untuk mengharunginya... Pesanku buat kalian, Moga kalian berbuat pekerjaan niat kerana Allah supaya kalian juga dapat menambahkan jumlah kredit dalam akaun akhirat kalian..
Doaku sentiasa buat temanku yang menyayangiku seikhlas hati dan kerna Allah Taala...
Keluarga sebagai rujukan Primer dan bukannya Sekunder
Salam sejahtera..
Hari ni aku ingin kongsikan sedikit pendapat aku berkenaan kehidupan realiti di dunia ini.
Seringkali kita mendengar berita atau sungutan daripada anak-anak berkenaan ibubapa/keluarga mereka. Ada antara sungutan mereka yang benar dan ada juga jika dinilai, Salah! Itu semua bergantung kepada siapakah diri mereka dan apakah ciri-ciri yang terdapat pada diri mereka..
Ada anak-anak yang selalu mendahului rakan-rakan sebelum keluarga mereka. Seringkali pendapat rakan-rakan mereka yang diikuti berbanding keluarga mereka. Perkara itu tidak menjadi masalah jika pendapat rakannya itu lebih benar dan baik untuk mereka berbanding pendapat keluarga mereka. Tetapi bagaimana jika sebaliknya, maka dihujung masalah anak itu, pasti anak tersebut akan meminta jua bantuan daripada keluarga mereka. Kadang-kadang pada waktu itu, keadaan sudah tidak menyebelahi anak itu. Jadi keluarga pula yang akan disalahkan kerana ketidakmampuan mereka membantu anak itu.
Perbuatan ini sebenarnya kurang wajar, kerana sebagai anak, dia sepatutnya memaklumkan kepada keluarganya terlebih dahulu sebelum berkongsi masalah dengan rakan-rakan. Cara ini lebih berkesan kerana dia boleh mendapat 2 pendapat sekaligus dalam waktu yang lebih kurang sama ( di awal waktu). Kemudiannya barulah dia menilai pendapat mana satu yang boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah dia. Jika dia lewat memberitahu masalahnya kepada keluarga dia, maka masalah anak itu akan lewat diselesaikan dan mungkin yang lebih malang, tidak dapat diselesaikan! Oleh itu, jadikanlah keluarga kita sebagai rujukan Primer dan bukannya Sekunder.
Saya mengerti ada juga latar belakang keluarga yang menyebabkan anak itu sukar untuk berkongsi masalah dengan keluarga mereka. Tetapi ingatlah diri kita sendiri tidaklah sesempurna mana. Pandai-pandailah diri kita untuk menyesuaikan diri kita dengan keadaan. Jika kita tidak pandai mengambil hati mereka atau tidak pandai menilai keadaan yang sesuai untuk berkongsi masalah kita, apalah guna kita menjadi keluarga mereka dalam jangka waktu yang lama. Bak kata seorang Kaunselor aku di sekolah dulu " jika kamu tidak berjaya memujuk ibubapa kamu itu bermakna kamu tidak memiliki ciri-ciri anak yang sebenar. Sia-sia saja mak bapa kamu besarkan kamu". Mungkin ada antara pembaca yang tidak setuju dengan pendapat cikgu itu, tetapi bagiku, kata-kata cikgu itu ada benarnya.
Jika kita lihat di waktu kecil dahulu, kita mampu membuat ibubapa kita membelikan atau menyediakan sesuatu untuk kita, mengapa bila sudah besar, kita tidak pandai melakukannya? Segarang manapun ibubapa kita, seteruk manapun ibubapa kita, kita sebagai anak harus tahu dimana point atau bahagian yang terdapat pada diri keluarga kita yang jika kita berjaya sentuh, maka mereka akan menyokong kita dan mengambil perhatian mengenai kita.
Ingatlah.. mungkin pada waktu ini kita menghadapi masalah dengan mereka, tetapi pada masa depan masalah kita itu mungkin menjadi bahan gurauan bersama dengan mereka ketika bersantai.
Dan juga, sejauh manapun kita melarikan diri dari keluarga kita, kelak ketika diri kita menyahut seruan ilahi, merekalah orang pertama yang akan dicari untuk menguruskan diri kita. Insaflah wahai teman.. Kehidupan kita ini ibarat roda. Mungkin diwaktu ini kita benar dan mereka salah, tetapi di lain masa mereka pula benar sebaliknya kita yang salah. Bermaaf-maafanlah selalu.
Yang baik itu dijadika ikutan sebaliknya yang buruk itu dijadikan sempadan.. Wallahualam..
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada pembaca yang beragama Islam. Ambillah kesempatan di Bulan Ramadhan untuk topup akaun akhirat kita dan settle kan hutang kita kepada Nya.. Sekian..

ish..malasnya...
Pada 2hb Julai 2010, aku telah pergi untuk membuat pendaftaran pelajar baru di UiTM Shah Alam. Betul ke aku nak sambung belajar ni?..Waduh! Aku sendiri pun tak tahu. Segalanya rasa bagaikan bermimpi. Dah besar rupanya aku ni ek. Adeh!..Makin lama makin dewasa!
Bunyi cam aku ni ada masalah. Haa..ni lah aku nak ceritakan masalah aku..
Pertama, aku demand bilik sendiri supaya mudah bagiku untuk meng'hidden'kan diriku dari orang-orang sekeliling.Tapi, kat rumah ni tak cukup biliklah kalau semua adik-beradikku 'demand' cam aku.hehe.. Aku teringin gak nak apply kolej tapi bila dipikir-pikir, alasan aku tak cukup kukuh untuk mendapatkan kolej. Mana taknya, jarak rumahku ke UiTM Shah Alam tu dalam kurang lebih 25 minit. So, memang tak logiklah kalau pihak Kolej nak bagi bilik di kolej mereka kepada aku.hahaha..Ini bermakna aku kena berulang-alik dari rumah ke menara gading tersebut.. ..So, untuk selesaikan masalah ini aku pun amik keputusan supaya biarlah berkongsi katil dan berkongsi bilik asalkan tak kongsi meja belajar dan rak buku aku ngan adik-adikku...huhu..Ok. masalah pertama settle.
Kedua, nak gi ulang-alik nak kene ada transport. Adeh!.. problem..problem.. Sejak aku balik dari Arau nih, kereta Kenari ayahku sudah menjadi kereta utama bagi Adik pertama aku ( Cik A). Kenapa? sebab dia telah ditugaskan untuk mengambil dan menghantar adik aku (Cik I ) pergi ke sekolah dan tempat tuisyennya. So, walaupun aku berada di rumah, aku jarang-jarang memandu. Ok. di mana sebenarnya terletak masalah aku? Sebenarnya, dari zaman diploma lagi ayahku dah kata nak bagi aku kereta kenari tu kalau aku dapat kat shah alam, dan memang benar ayahku nak bagi, tetapi aku sendiri yang menolaknya kerana, kereta itu diperlukan oleh Cik A untuk mengambil Cik I ulang alik ke sekolah dan tempat tuisyen. Then, solution untuk masalah ni adalah, Cik A kene antar aku gi sekolah aku jugak..wakaka..bertambah lagi kerja dia.hehehe..
Ketiga, apa masalah aku lagi nih? Hehe, aku boring lah.. duk terperap kat rumah ni.. nak keluar cuci mata pun tak berani..pitih tak de..wakaka...kenelah aku duk umah je..
Hahaha..dek kerana duk terperap kat umah, aku pun jadi malas.. malas betul..nak baca buku cerita kene tunggu Cik I pinjam dari perpustakaan sekolah..hahaha..dahsyat tul aku nih.. ^ - ^..hehehe

kembali menulis
Diam tak diam lama, dah aku bergolek2, bersenda gurau dengan adik2 kat rumah ni. Ada juga aku nak pergi interview kerja kat shell yg berdekatan dengan rumah aku, alih2 bila dah siap2 ayahku tak bagi pulak aku kerja. Dia suruh bantu kemas rumah dahulu. Katanya nak siapkan mengecat rumah sebelum majlis kakak sepupuku kerana pasti ramai sedara mara yang datang ke rumahku juga..hehe..keluarga besarlah katakan~~
Hmm..dalam post aku yg sebelum ini ada aku nyatakan keinginanku untuk menyediakan Zone Peribadiku kat rumah ni...tetapi..aku hanya merancang, Allah yang menentukannya..huuu.. Disebabkan pertambahan perabot2 di rumahku, ruang di dalam kamar kian sempit. Buku2 yang aku teringin nak baca kembali pun telah disimpan di dalam 'box' yang sukar untuk diambil frequently..Hmm..hilang keinginan ku untuk kembali menjadi ulat buku..Takpelah.. Ada rezeki kelak, aku nak beli rumah dan sediakan bilik aku seperti yg aku idamkan..Harap impian itu kesampaian..huhu
Berkaitan projek komputer adik aku pula, dia sudah selesai setup sebuah pc yang boleh dikatakan paling laju dalam rumahku ini. Siap dengan graphic card lagi..jelesnyer aku..hahaha..Aku pula tak dan nak upgrade ilmu maintenance komputer aku..biarlah, mungkin belum tiba masanya lagi.

Langgan:
Catatan (Atom)
the follower
Catatan Popular
- cuti Raya campur cuti pertengahan semester
- huh..forgot password
- Cuti Ulangkaji datang lagi~~
- SukaHatiAkuNakTaipMende: Tutorial Untuk BLog
- sapa tahu cara nak tag blogger lain dalam entry blog? ajarkan~~
- awak suka pisang goreng or goreng pisang?
- barang penting
- Sorry for myself
- schedule for this month and next month before holiday..