Salam Lebaran

Perhatian..kepada semua yang mengenali diri ini.. saya ingin memohon ampun dan maaf bagi segala kesilapan saya terhadap korang.. saya cuma insan biasa yang tak bisa lari dari melakukan kesalahan..mohon diampunkan yek..

Bagi semua muslimin dan muslimat yang diberkati Allah, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin..

moga segala yang berlalu dapat menjadikan diri kita lebih baik dari sebelum ini..Amin.

test

8/9/09 : TEST OB tetapi telah ditunda ke 14/9/09
9/9/09 : TEST HRM + hari jadi Lisa
10/9/09 : ada kelas malam so tak boleh turun TRAINING..huhu
14/9/09 : TEST IM dan TEST OB
16/9/09 : ptg -> group presentation ECO
               mlm -> naik bas pulang ke umah

minta maaf yek geng-geng TKD..hari khamis den tak dapat turun..huhuhu

kenapa

Aku pelik,
orang yang badannya kecil,makan banyak tetapi badan tak mahu naik, cuma perut je buncit.
orang yang badannya besar, makan sikit pun boleh naik.kalau makan banyak lagilah naik.

orang yang biasa bersukan tetiba berhenti bersukan dalam jangka masa sederhana boleh naik badannya berlipat kali ganda daripada orang yang tidak bersukan langsung. pelik..pelik..

Semangat

Akhirnya, hari ini aku berjaya mendapatkan semangat ku untuk teruskan pembelajaranku. Terima kasih Nadiah dan Kak Epar atas bantuan kalian dan juga mereka yang telah membantuku secara tidak langsung.

Perkara yang aku perlu buat sekarang adalah:

1) Print past year question bagi setiap subjek
2) Tutup akaun kelab ACTC GTF tapi kene tunggu pembantuku (Cik J) mencari semula belanjawan akaun yang telah kami buat untuk AGM yang lalu
3) Baca tajuk-tajuk yang bakal keluar dalam test (ni paling berat aku rasa sebab aku kene cari port yang jauh dari laptop ku dan broadband ku..huhuhu)
4) Bersedia untuk presentation Malaysia Economy (eco subjek yang aku paling lemah)
5) Mulakan kembali amalan solat hajat..
6) ...

tu jelah buat masa ni..harap aku mampu lakukan..
Terima kasih Ya Allah kerana telah membimbingku semula..Alhamdulillah..

p/s: Tahniah Nadiah kerana dapat berjaya mendapat bengkung merah..Pasni kita nak belajar silat dari Nadiah bila ada kesempatan..Proud to be your friend..kita entah bila nak Tali Hitam pulak..huhuhu


Balik umah

Jadual ku hari ini adalah balik umah. Training Taekwondo ku terpaksa ku tinggalkan. Hatiku memberontak untuk pulang ke rumah..Fikiranku agak runsing dalam 2-3 minggu ni. Alhamdulillah, dalam pukul 5 lebih aku selamat tiba di rumahku. Begitu gembira hatiku melihat ahli keluargaku. (berapa banyak 'ku' da...)

Di dalam bas, ada sepasang suami isteri yang agak berumur, ku kira pangkat atuk dan nenek bagi diriku.Nenek tersebut kelihatan agak lemah dan ternyata sepanjang perjalanan beberapa kali dia telah muntah. Tetapi aku begitu kagum dengan kecekalan hatinya untuk menunaikan solat zohor. Nenek tersebut telah menunaikan solat zohor di dalam bas! aku betul2 terkejut... hehe
First time aku tgk seorang wanita yang menunaikan solat dalam bas.Malu jugak aku dibuatnya. Mana tak nya, dulu masa sekolah ada jugak aku belajar cara2 solat dalam kenderaan bergerak, solat ketika sakit, solat ketika musafir tapi disebabkan tiada aplikasi dalam kehidupan seharianku, akhirnya aku lupa cara2 nak buat perkara tersebut.. hehe rugi..rugi..
Bermula 2 sem lepas, aku telah diajar kembali oleh Kak Manissah cara nak menjamakkan solat.
Sepanjang perkenalan aku dengannya,banyak ingatan dan ilmu dunia dan akhirat yang aku dapat darinya. Sayang kak Manissah...

Sebelum menaiki bas,sempat jugak aku membeli majalah Al-Islam. Aku tertarik dengan kisah Natrah yang terdapat dalam majalah itu. Sungguh! aku benar2 rasa terharu dan sedih apabila membaca kisah si Natrah ini. Ku kira semangat Melayu Islam sangat kuat pada zaman dahulu. Sekarang, anak muda hanya pandai bercakap tapi kurang bertindak. Natrah yang telah dimurtadkan menangis-nangis tidak rela untuk diKristiankan,tetapi anak melayu zaman sekarang (yang terlibat sahaja) beria-ria untuk dimurtadkan.Dunia..Dunia. Aku bermohon kepada Tuhan agar aku dan mereka yang aku sayangi jauh dari peritiwa murtad ini.Amin.

Selain kisah Natrah ada jugak kisah Facebook yang bertajuk AWAS:FACEBOOK DIGUNA UNTUK BUNUH RAKYAT PALESTIN dan juga kisah ISA MASIH RELEVAN?. tapi kedua-dua kisah tersebut aku tak baca lagi kerana aku tak boleh baca buku dalam kenderaan yang bergerak. nanti sakit kepala..hehe
Jadi aku tak boleh nak komen pasal kedua-dua kisah tersebut..

the follower

networked Blogs