Salam. aku fikirkan aku takkan balik sehingga ke cuti raya cina,tup-tup cuti mid sem telah diawalkan oleh pihak UiTM bagi diseragamkan dengan kampus cawangan yang telah tutup 2-3 hari lebih awal.Ini semua gara-gara H1N1. hmm..suka atau tidak aku pun tak tahu dengan perasaan aku sendiri. Suka mungkn kerana boleh menghadiri majlis kakak aku yang berlangsung pada hari ini, tak suka mungkin kerana banyak kelas yang akan ditunda lebih-lebih lagi semestar ini ada 3 trip yang perlu aku turuti. huhuhu.
tapi takpelah. mungkin ada hikmah di sebaliknya, walau apapun aku akan cuba sebaik mungkin meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah diriku.
Hidup ini umpama roda. sekejap kat bawah,sekejap kat atas.Harap bila aku di bawah aku tidak mudah berputus asa dan harap bila ada kat atas aku tak akan memjadi bongkak. Moga ALLAH membimbingku..
Blog ni ditulis mengikut cita rasa dan idea penulis sama ada berkaitan hidup peribadi beliau atau sekadar omongan yang hendak dikongsikan dengan pelawat blog ini~~
Aktif,aktifkan dirimu selalu
Dahulu, ku rasakan diri ku tiada ertinya, kurang perhatian dari mereka di sekitarku, kini aku mengerti tiada yang lebih indah dari mengenang segala yang telah aku lalui dahulu. Aku kini mempelajari bahawa sungguh penting untuk manusia menghargai masa kini dan menggunakannya sebaik mungkin kerana hari yang lepas tidak akan kembali dan juga belum tentu hari esok akan diperolehi. Jika dahulu sukar bagi ku untuk berteman, kini aku mampu mempunyai pelbagai jenis teman. Kuncinya hanyalah "aktif, aktifkan dirimu selalu".
mata anda
Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda?
mereka berkedip bersama, bergerak bersama,menangis bersama, melihat bersama dan tidur bersama meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain.
mereka berkedip bersama, bergerak bersama,menangis bersama, melihat bersama dan tidur bersama meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain.
KEJAYAAN
Kejayaan yang kita kecapi kini hanyalah bersifat sementara, kerana tiada yang kekal di dunia ini..
Hanya Allah yang MAha Mengetahui segala-galanya.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Oleh itu, hargailah setiap yang anda miliki sekarang walau hanya sebatang pensel. Gunakanlah ianya dengan sebaik-baiknya...

ANAK SOLEH
Sayang tak kepada mak dan ayah anda?
tak tahu, tak pasti, pasti?
Cuba anda lihat dan renung muka ibubapa anda ketika mereka telah tidur. Teliti garis halus yang wujud di wajah mereka. Haaaa... Garis-garis tu muncul disebabkan oleh anda tau!
BERBUAT BAIK BERPADA-PADA, BERBUAT JAHAT JANGAN SEKALI..
KASIHILAH KEDUA IBUBAPA ANDA SELAGI ANDA DAPAT MELIHAT MEREKA DI DUNIA INI.. APABILA MEREKA TIADA KELAK, ANDA TIDAK DAPAT MELIHAT DAN MERASAI MEREKA LAGI SEHINGGA ALAM AKHIRAT KELAK..

Langgan:
Catatan (Atom)